Tuesday, January 15, 2019

Engkau Dan Rasulullah @ Untuk Keuntungan Abadi

Adakah engkau sebenarnya rasis atau pelampau yang bertopengkan Islam? Fahami beberapa fakta dan ajaran Allah. Jangan untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Ingatlah mati, atau bahawa kepada Allah kita dikembalikan. Wahai Melayu dan siapa pun manusia, percayalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.
•••••
Tidakkah Rasulullah adalah yang percaya bahawa Allah adalah pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Tidakkah Rasulullah adalah yang setia kepada Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah? Dan tidakkah Rasulullah adalah yang menyerah diri kepada Allah? Fikirlah. Jujurlah. Dan yang penting bukanlah betul sebut berbanding betul faham dan betul percaya.
•••••
Adakah Nabi Muhammad mengucap 2 kalimah Syahadah untuk masuk Islam, ataupun semasa melakukan solaat? Dan masuk akalkah bahawa Muslim atau orang Islam adalah yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan? Jawapan: Tidak, dan tidak. Maka? Sesungguhnya, bidaah atau bohong adalah bahawa "masuk Islam" adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Bidaah atau bohong adalah bahawa solaat adalah tiang agama Islam. Dan sedarlah, bidaah atau bohong adalah bahawa solat ialah sembahyang.
•••••
Kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah pengikut siapapun Rasulullah. Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ, sedangkan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Dan Jesus Christ ialah Nabi Isa. Maka? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti Muslim, lalu sedarlah bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, dan menyerah diri kepada Allah.