Tuesday, January 15, 2019

Fobia Asap Rokok Dan Keselamatan Diri

"Gays Don't Smoke, They Suck"? Menteri Kesihatan dan To'Ki adalah "Gay"? Apapun, apakah hak pekedai atau penguasaha kedai makan? Dan apakah hak perokok? Janganlah fobia terhadap asap rokok, usahkan melampau terhadap perokok ataupun pengusaha kedai makan. Perkara remeh atau kecil jangan diperbesarkan. Dan undang-undang ataupun peraturan perlulah adil atau berpatutan.
       Premis atau kawasan kedai yang terbuka tidaklah patut dijadikan kawasan larangan merokok. Kalau patut disediakan perhentian bas dan teksi, maka tidakkah patut disediakan zon merokok? Dan sebenarnya, bahayakah asap rokok berbanding asap kenderaan? Jujurlah. Janganlah memutar-belit atau berdolak-dalih, usahkan bohong. Sila bandingkan secara rasional. Penyakit dan ubat: Tidakkah Kementerian Kesihatan patut menghasilkan dan mempromosikan "ubat herba"? Dan bagaimana pula dengan khasiat ketum dan ganja sebagai ubat?
       Hmm, tokan heroin dan dadah lain akan kerugian, begitu juga dengan doktor dan pembekal "ubat modern"? Bukalah minda. Fahamilah fakta. Dan ubat: Patutkah pesakit "makan ubat sampai mati"? Tidakkah ubat yang patut diutamakan adalah "ubat herba"? Tidakkah baja yang "mesra alam" adalah baja organik, bukan baja kimia? Dan lebih penting, untung atau selamatkah engkau kalau engkau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah? Ingat, kehidupan di Dunia hanyalah sementara.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w