Monday, March 2, 2020

Parti Paling Jujur Dan Paling Adil @ Nak Undi Siapa?

Aku pentingkan kebenaran, bagaimana dengan engkau? Hmm, macam-macam dolak-dalih. Apapun, parti politik manakah yang paling jujur dan paling adil di Malaysia? Atau parti politik manakah yang paling mementingkan kejujuran dan keadilan di Malaysia? Pastinya, perkauman Melayu adalah bercanggah dengan keadilan, di samping bercanggah dengan agama Islam, sebagaimana perkauman Cina dan apapun bangsa. Maka? Apa kata masuk DAP?
       Hmm, macam-macam fitnah atau buruk sangka terhadap DAP. Fahamilah, MCA dan Kominis adalah anti-DAP, begitu juga UMNO dan PAS. Dan yang ramai bukanlah pengikut Nabi Muhammad @ Muhammadis, tetapi pengikut "ajaran sesat Syahadah" @ PASS. Fikir, kalau engkau tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim, maka patutkah engkau mengaku Muslim atau orang Islam? Munasabahlah. Kalau engkau tidak betul mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, maka engkau bukan sebenarnya Muslim, usahkan "pewaris Nabi". Muslim adalah seseorang yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah).
       Pendek kata, kalau engkau ingin mentauhidkan Allah dan masuk Islam atau menjadi Muslim, maka hayati atau amalkan, "oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Ikutlah akal, bukan marwah (maruah). Dan sedarlah, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Tak percaya? Kaji atau selidiklah. Terimalah kebenaran @ jangan berdolak-dalih.
•••••
Bohong Atau Propaganda MCA Dan UMNO
- https://bit.ly/32iPIke
•••••
Selamatkan Malaysia, Dan Kenali Muslim
- https://bit.ly/2H2Y85G
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Jom Tubuhkan Atau Sokong "Wajar Bersatu"
- https://goo.gl/uB3TwV
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA