Wednesday, March 4, 2020

Politik Malaysia Dan Perkauman, Dan Sedikit Mengenai Kepercayaan Muslim

Yang mana adalah budak nakal dan gelojoh?
1. DAP   2. PKR   3. UMNO
•••••
Sejak berpuluh tahun dahulu, siapakah yang menguasai ekonomi dan perniagaan di Malaysia:
1. UMNO   2. DAP   3. MCA
•••••
Lihatlah sikap dan perbuatan mereka. Ketahui sangkaan mereka. Pendek kata, UMNO dan PAS adalah budak nakal dan gelojoh, serta tidak matang, berbanding PKR dan DAP. Lebih penting, orang UMNO dan orang PAS mengaku bahawa mereka adalah Muslim atau orang Islam, tetapi adakah mereka tahu erti Muslim dan Islam? Adakah yang tidak tahu erti Muslim dan Islam adalah Muslim atau orang Islam? Munasabahlah. Terus-terang, pengikut "ajaran sesat Syahadah" bukanlah Muslim, juga bukan pengikut Nabi Muhammad. Fahamilah.
•••••
Tua bukan bermakna matang. Perkauman, iaitu "racism", tidaklah sehaluan dengan agama Islam. Dan janganlah "menghina" seseorang kerana kaum atau bangsanya, tetapi kerana sikap atau perbuatannya. Jangan lupa, kita adalah ciptaan Allah. Dan Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Sekali lagi, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Faham? Sila fikir, siapakah yang Nabi Ibrahim atau Nabi Isa atau Nabi Muhammad pertuankan dan perajakan? Jawapan: Allah, hanya Allah. Maka? Terimalah hakikat, jangan sombong.
       Sesungguhnya, Muslim adalah seseorang yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya. Dan Muslim menyembah Allah, hanya Allah, tidak menghambakan diri kepada selain Allah, maka tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Soalan, apakah "hamba" dan "sembah" dan "aku menyaksikan" di dalam bahasa Arab? Sebenarnya, abdi = hamba. Sebenarnya, menyembah = menghambakan diri = beribadat = mengabdikan diri. Dan "ash-hadu" = "aku menyaksikan", bukan "aku bersaksi", bukan "aku memperakui". Maka? Hmm, Melayu Munafiq lebih putar-belit berbanding Arab Munafiq? Awas, jangan silap mengenai sembah, usahkan silap mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim atau orang Islam. Pendek kata, ulama UMNO dan ulama PAS bukanlah mereka yang ada "ilmu masuk Islam", iaitu ilmu mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Dan ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam.
•••••
Apapun, kebenaran wajib atau patut diterima. Menolak kebenaran bermakna mendustakan. Menolak kebenaran adalah melampau atau tidak wajar. Dan Muslim mementingkan ajaran Allah dan kebenaran dan keadilan serta kejujuran, tidak seperti Munafiq, Kafir. Jangan berdolak-dalih. Disiplinkanlah diri. Dan sedarlah, "percaya saja" adalah kerja bodoh, di samping bukan ajaran Allah. Pentingkanlah kebenaran, lebih-lebih lagi ajaran Allah. Kalau tidak mahu kena tipu atau menjadi sesat, maka kaji atau selidiklah. Dan ikut atau pentingkanlah akal, bukan marwah (maruah).
•••••
Buruk sangka dan membohong adalah tanda busuk hati. Kepada ahli UMNO dan PAS, aku pentingkan kebenaran, maka? Fahamilah. Jangan main sangka. Jangan putar-belit ataupun berdolak-dalih. Dan kalau engkau atau seseorang berfikir bahawa aku salah, maka sila buktikan. Boleh? Berakallah. Dan jujurlah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta
- https://goo.gl/YbvKnA
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w