Showing posts with label Akbar. Show all posts
Showing posts with label Akbar. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Engkau Dan UMNO Dan Islam, Dan Pejuang Dan Prinsip Dan Kewajaran

Kebenaran dan keadilan: itukah yang sungguh engkau penting-beratkan?
Kebenaran dan keadilan dan kesucian dan kejujuran: itukah yang UMNO pentingkan,
berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi?
Secukup-warasnya, patutkah ahli atasan UMNO dianggap pejuang, bukan pelampau, bukan pendusta;
wajarkah ahli atasan UMNO dipercayai pejuang, bukan pejuang perasan, bukan barua murahan syaitan;
dan tidakkah ramai ahli UMNO cukup layak untuk dilihat sebagai makhluk perosak,
atau juga sebagai sekumpulan pencemar imej Islam nombor satu di Malaysia, kalaupun tidak di Dunia?
Sedarlah, bahawa muslim, sebenar muslim, adalah tinggi martabatnya, tidak seperti pelampau dan pendusta,
oleh itu, takkanlah muslim adalah juga pelampau, dan takkanlah muslim adalah juga pendusta;
sedarlah juga bahawa engkau bukanlah sebenarnya muslim, usahkan mukmin, usahkan muttaqin,
kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, Dia yang bukan sekadar tuhan;
dan sedarlah juga bahawa menyembah Allah bukanlah
dengan mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah,
oleh itu, masuk Islam, yakni menjadi sebenar muslim atau ahli Islam,
bukanlah sebenarnya dengan mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah:
sebenarnya, menyembah Allah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri kepada Allah;
sebenarnya, menyembah Allah bermakna mempertuankan Allah, bukan mempertuhankan Allah,
kerana kalau ada hamba maka adalah tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri;
dan sembahyang, yakni penghambaan diri, iaitu suatu sikap, bukan suatu cakap,
adalah sama ertinya dengan ibadat, bukan dengan solat.
Kalau ada si hamba maka mestilah ada si tuan, oleh itu, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya;
takkanlah Allah, si pencipta, si pemberi nyawa, tidak berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya,
sedangkan Dia adalah akbar berbanding semua, bahkan akbar tidak terlawankan;
dan takkanlah Islam sebaik-baik ugama, ataupun sistem politik, kalau ia tidaklah bercanggah dengan
perhambaan dan pemaksaan dalam ugama dan sikap perkauman, khususnya, dan dengan kezaliman, amnya:
adakah Allah sukakan prinsip atau sikap engkau terhadap kaum lain, atau adakah syaitan adalah yang suka;
adakah Allah sukakan sikap engkau terhadap keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran;
dan adakah Allah suka kalau engkau derhaka atau bahkan curang terhadapNya?
Wahai engkau manusia, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah;
Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua, kerana Allah meletakkan diriNya
sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia,
dan kerana hak dan kekuasaan Allah tidaklah bergantung kepada kehendak seramai manapun makhlukNya;
dan rela atau tidak, kepada Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, kita akan dikembalikan.
Bukanlah engkau betul orang Islam kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah;
sekadar mempertuhankan Allah bermakna tidak menyembah Allah dan tidak setia kepada Allah;
dan yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah sombong atau tak reti bahasa, atau bahkan najis:
tuhan, sebenar tuhan, bukanlah ciptaan, dan Allah tetap tuhan walaupun tidak disembah;
Allah tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia,
walau seramai manapun manusia membantah, tidak rela, tidak dilapangkan dada;
dan pelampau, begitu juga pendusta, menurut penilaian dan ajaran Allah, bukanlah sebenarnya ahli Islam:
ingatlah, bahawa derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, samalah erti atau maknanya dengan kufur,
shirik, tidak mentauhidkan Allah, Dia yang akbar, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan;
tidak percayakan al Quran samalah dengan tidak beriman kepada al Quran;
dan apapun kepalsuan, atau ajaran yang memang zalim ataupun bodoh, takkanlah sebenarnya ajaran Allah.
Muslim, sebenar muslim, apatah lagi pejuang Islam, adalah yang memerdekakan atau pro kemerdekaan,
tidak sepertimana muslim palsu mushrik, tidak sepertimana mereka yang curang terhadap Allah;
sepatutnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan,
iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai,
maka, kemerdekaan sepatutnya adalah hak asasi manusia, setiap manusia;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
Pejuang bukanlah pelampau, dan muslim, apatah lagi mukmin, bukanlah yang tidak setia kepada Allah;
yang penting, cukup penting, adalah pandangan dan penilaian dan ajaran dan perintah Allah
kerana Allah adalah yang maha mulia serta yang maha berkuasa berbanding semua;
dan yang penting, sungguh penting, adalah tidak derhaka terhadap Allah,
berbanding menyokong dan mentaati dan bersetia kepada siapapun makhlukNya:
janganlah sekadar tahu atau betul dalam mengucapkan Allahu akbar, tetapi tidak tahu makna atau ertinya;
kalau yang tersurat pun sudah tak faham atau tak betul, maka apatah lagi yang tersirat atau yang tidak langsung;
dan takkanlah si makhluk adalah yang patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan.
Tak reti bahasa dan ketidak-jujuran, apatah lagi sombong dan mengikut marwah, boleh amat membuta-sesatkan;
rujuklah al Quran dan ikutlah wahyu, bukan hadis atau apapun yang bercanggah dengan sebenar ajaran Allah;
dan al Quran, kalamullah, iaitu kitab yang mengandungi sebenar ajaran Muhammad, rasulullah,
sepatutnya diambil sebagai kitab panduan, bukan sebagai koleksi lagu, bukan sebagai kitab mentera:
jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah, sempit pemikiran, bukan orang kebendaan, murahan;
fikir dan jujur dan insaflah, bukan jadi kaldai sesat atau kakaktua buta ataupun tin kosong, usahkan barua syaitan;
dan semestinya, elakkan dari menjadi pelampau ataupun pendusta pada pandangan Allah, Dia, hakim terwajar
dan guru teralim, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, pencipta dan penguasa mutlak Syurga serta Neraka.

Thursday, April 7, 2011

Terfikir Si Dia, Dan Ketidak-Cukupan Kaum Melayu Dan Ramai Manusia

Perempuan apakah yang sanggup bersetubuh
dengan seseorang yang tidak dicintai, atau bahkan sebenarnya tidak dihormati:
adakah istimewa; adakah tinggi nilainya; adakah suci atau bahkan mulia?
Tidak semua lelaki adalah ayam jantan, atau muka tembok;
aku adalah kuda ataupun singa, pastinya bukan si jantan yang berkokok:
kalau ibubapa tidak mahu mengajar anak supaya berterus-terang dan jujur dalam cinta,
dan menyukai kesucian, bukan sebaliknya seks, dan supaya mementing-beratkan pandangan
dan penilaian dan ajaran Allah, Dia yang akbar, maka yang sepatutnya disanjung-agungkan,
maka elok, atau bahkan patut dipujikah akibat atau hasilnya;
dan bodoh atau jahat atau biadab atau merugikankah kalau mementingkan,
atau kalau bahkan menyuruh supaya mementing-beratkan, keadilan dan kebenaran
dan kesucian dan kejujuran, lebih-lebih lagi kesetiaan kepada Allah, Dia
yang akbar tiada tandingan, Dia yang bukan sekadar tuhan?
Siapakah si dia yang cuba aku lepaskan, tinggalkan, atau biarkan saja,
sebagaimana yang telah sanggup atau pernah aku lakukan terhadap perempuan cinta pertamaku:
siapakah si dia yang perangainya serupa atau banyak persamaan, walaupun mengaku orang Islam?
Sepertimana semua atau kebanyakan ayam betina, begitulah antara sikapnya,
sedangkan aku bukanlah sepertimana semua atau kebanyakan ayam jantan;
dan sepertimana kebanyakan atau begitu ramai Melayu, dia nampaknya percaya
bahawa takkanlah perigi mencari timba, tetapi malangnya,
tak nampak dan tak sedar, atau sengaja tak terima,
bahawa takkanlah lelaki adalah timba, iaitu tempat untuk dimasukkan air;
maka, sepertimana kebanyakan atau begitu ramai Melayu, dia berpegang kepada
fahaman songsang dan ajaran yang salah mengenai perigi dan timba.
Apapun, janganlah percaya saja, apatah lagi yakin membuta:
itu kerja bodoh; itu menyesatkan; dan itu bukanlah ajaran Allah, pengarang al Quran,
iaitu Dia yang amat mementingkan kewajaran, iaitu Dia yang tidak memberi hidayah,
atau bahkan cinta sejati, kepada pelampau dan pendusta.
Kalau engkau tak faham, adakah engkau tahu, betul tahu;
dan kalau engkau tak reti bahasa, atau tak tahu erti sebenar sesuatu istilah,
maka mampukah engkau faham, cukup faham, tidak mungkin perasan yang bukan-bukan?
Fikirkanlah dengan jujur dan munasabah, serta berani; jadilah orang akal dan orang ilmiah;
dan jadilah orang wajar, bukan orang marwah, mabuk keegoan, bukan orang kebendaan, murahan.
Hmm, perempuan apakah si dia sedangkan aku bukanlah tong sampah, ataupun tempat kitar semula;
dan perempuan apakah si dia, sedangkan perempuan adalah yang sepatutnya diumpamakan timba,
yakni tempat untuk dimasukkan air, berbanding perigi, berbanding tempat yang mengandungi air?
Janganlah percaya, apatah lagi yakin ikut marwah, ikut sedap rasa, ikut suka;
janganlah tercemar, atau terpedaya, oleh sikap atau adat atau kepercayaan Melayu sesat, muslim palsu mushrik;
dan janganlah tertipu oleh mereka yang sekadar mempertuhankan Allah, walaupun Allah diperakui akbar
dan kalimah dari al Quran pula cukup sempurna serta merdu dilafazkan, dialunkan, disampaikan:
takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan;
takkanlah si makhluk adalah yang patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan;
dan takkanlah Muhammad, rasulullah, adalah penderhaka, yakni kafir, tidak taat-setia kepada Allah.
Patut-patutlah; terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar, bukan ikut citarasa marwah,
bukan ikut adat, juga bukan ikut orang, lebih-lebih lagi yang sebenarnya shirik, yakni curang terhadap Allah,
Dia yang bukanlah sekadar ilah, Dia yang bukanlah sekadar penguasa; dan rujuklah al Quran, kalamullah:
ikutlah wahyu, bukan Hadis dan apapun yang sebenarnya bercanggahan dengan sebenar ajaran Allah;
Allah adalah akbar, bahkan tiada tandingan, maka Dialah yang patut, cukup patut untuk disanjung-agungkan,
dan amat tidak patut disama-pentingkan dengan yang lain; dan ingatlah, bahawa Allah tidak memberi hidayah,
maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta,
oleh itu, disiplinkanlah diri, dan perbaikilah sikap dan kepercayaan dan isi hati.
Hmm, sedangkan syaitan cukup layak untuk digelar mak andam kejahatan dan kebodohan,
siapakah yang tidak terpedaya, tidak yakin atau percaya yang bukan-bukan, walaupun tidaklah sejauh-sesat
dan seyakin-sembrono dia yang sepatutnya digelar Abu Jahal, yakni Bapak Bodoh atau Kepala Bangang,
iaitu dia yang sebenarnya bernama Umar ibnu Hisham, iaitu dia yang sebaliknya digelar Abu Hakam,
yakni Bapa Hikmah atau Kebijaksanaan, oleh pengikut dan penyokongnya?