Showing posts with label Pendusta. Show all posts
Showing posts with label Pendusta. Show all posts

Thursday, May 19, 2011

Engkau Dan UMNO Dan Islam, Dan Pejuang Dan Prinsip Dan Kewajaran

Kebenaran dan keadilan: itukah yang sungguh engkau penting-beratkan?
Kebenaran dan keadilan dan kesucian dan kejujuran: itukah yang UMNO pentingkan,
berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi?
Secukup-warasnya, patutkah ahli atasan UMNO dianggap pejuang, bukan pelampau, bukan pendusta;
wajarkah ahli atasan UMNO dipercayai pejuang, bukan pejuang perasan, bukan barua murahan syaitan;
dan tidakkah ramai ahli UMNO cukup layak untuk dilihat sebagai makhluk perosak,
atau juga sebagai sekumpulan pencemar imej Islam nombor satu di Malaysia, kalaupun tidak di Dunia?
Sedarlah, bahawa muslim, sebenar muslim, adalah tinggi martabatnya, tidak seperti pelampau dan pendusta,
oleh itu, takkanlah muslim adalah juga pelampau, dan takkanlah muslim adalah juga pendusta;
sedarlah juga bahawa engkau bukanlah sebenarnya muslim, usahkan mukmin, usahkan muttaqin,
kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah, Dia yang bukan sekadar tuhan;
dan sedarlah juga bahawa menyembah Allah bukanlah
dengan mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah,
oleh itu, masuk Islam, yakni menjadi sebenar muslim atau ahli Islam,
bukanlah sebenarnya dengan mengucap dua atau sebanyak manapun kalimah syahadah:
sebenarnya, menyembah Allah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri kepada Allah;
sebenarnya, menyembah Allah bermakna mempertuankan Allah, bukan mempertuhankan Allah,
kerana kalau ada hamba maka adalah tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri;
dan sembahyang, yakni penghambaan diri, iaitu suatu sikap, bukan suatu cakap,
adalah sama ertinya dengan ibadat, bukan dengan solat.
Kalau ada si hamba maka mestilah ada si tuan, oleh itu, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya;
takkanlah Allah, si pencipta, si pemberi nyawa, tidak berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya,
sedangkan Dia adalah akbar berbanding semua, bahkan akbar tidak terlawankan;
dan takkanlah Islam sebaik-baik ugama, ataupun sistem politik, kalau ia tidaklah bercanggah dengan
perhambaan dan pemaksaan dalam ugama dan sikap perkauman, khususnya, dan dengan kezaliman, amnya:
adakah Allah sukakan prinsip atau sikap engkau terhadap kaum lain, atau adakah syaitan adalah yang suka;
adakah Allah sukakan sikap engkau terhadap keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran;
dan adakah Allah suka kalau engkau derhaka atau bahkan curang terhadapNya?
Wahai engkau manusia, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah;
Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua, kerana Allah meletakkan diriNya
sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia,
dan kerana hak dan kekuasaan Allah tidaklah bergantung kepada kehendak seramai manapun makhlukNya;
dan rela atau tidak, kepada Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, kita akan dikembalikan.
Bukanlah engkau betul orang Islam kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah;
sekadar mempertuhankan Allah bermakna tidak menyembah Allah dan tidak setia kepada Allah;
dan yang menyamakan solat dengan sembahyang adalah sombong atau tak reti bahasa, atau bahkan najis:
tuhan, sebenar tuhan, bukanlah ciptaan, dan Allah tetap tuhan walaupun tidak disembah;
Allah tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia,
walau seramai manapun manusia membantah, tidak rela, tidak dilapangkan dada;
dan pelampau, begitu juga pendusta, menurut penilaian dan ajaran Allah, bukanlah sebenarnya ahli Islam:
ingatlah, bahawa derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, samalah erti atau maknanya dengan kufur,
shirik, tidak mentauhidkan Allah, Dia yang akbar, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan;
tidak percayakan al Quran samalah dengan tidak beriman kepada al Quran;
dan apapun kepalsuan, atau ajaran yang memang zalim ataupun bodoh, takkanlah sebenarnya ajaran Allah.
Muslim, sebenar muslim, apatah lagi pejuang Islam, adalah yang memerdekakan atau pro kemerdekaan,
tidak sepertimana muslim palsu mushrik, tidak sepertimana mereka yang curang terhadap Allah;
sepatutnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, Dia, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan,
iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai,
maka, kemerdekaan sepatutnya adalah hak asasi manusia, setiap manusia;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
Pejuang bukanlah pelampau, dan muslim, apatah lagi mukmin, bukanlah yang tidak setia kepada Allah;
yang penting, cukup penting, adalah pandangan dan penilaian dan ajaran dan perintah Allah
kerana Allah adalah yang maha mulia serta yang maha berkuasa berbanding semua;
dan yang penting, sungguh penting, adalah tidak derhaka terhadap Allah,
berbanding menyokong dan mentaati dan bersetia kepada siapapun makhlukNya:
janganlah sekadar tahu atau betul dalam mengucapkan Allahu akbar, tetapi tidak tahu makna atau ertinya;
kalau yang tersurat pun sudah tak faham atau tak betul, maka apatah lagi yang tersirat atau yang tidak langsung;
dan takkanlah si makhluk adalah yang patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan.
Tak reti bahasa dan ketidak-jujuran, apatah lagi sombong dan mengikut marwah, boleh amat membuta-sesatkan;
rujuklah al Quran dan ikutlah wahyu, bukan hadis atau apapun yang bercanggah dengan sebenar ajaran Allah;
dan al Quran, kalamullah, iaitu kitab yang mengandungi sebenar ajaran Muhammad, rasulullah,
sepatutnya diambil sebagai kitab panduan, bukan sebagai koleksi lagu, bukan sebagai kitab mentera:
jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah, sempit pemikiran, bukan orang kebendaan, murahan;
fikir dan jujur dan insaflah, bukan jadi kaldai sesat atau kakaktua buta ataupun tin kosong, usahkan barua syaitan;
dan semestinya, elakkan dari menjadi pelampau ataupun pendusta pada pandangan Allah, Dia, hakim terwajar
dan guru teralim, Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, pencipta dan penguasa mutlak Syurga serta Neraka.

Sunday, February 6, 2011

Engkau Dan Kejayaan, Dan Sikap Dan Masa Depan

Berjayakah Qorun ketika dia bermarwah dan banyak harta;
muliakah Firaun ketika ramai adalah yang mempertuan-agungkannya;
dan hebat atau bijakkah (Tok Guru Tuan Haji) Umar ibnu Hisham
ketika ramai menggelarnya Abu Hakam, yakni Bapa Hikmah atau Bapa Kebijaksanaan,
berbanding yang mengelarnya Abu Jahal, yakni Bapak Bodoh atau Kepala Bangang?
Niatku bukanlah untuk menjadi jutawan, atau berkereta mewah, atau berumah besar serba indah,
kerana tumpuan dan bidangku adalah falsafah dan kerohanian, bukan untung dan kebendaan duniawi:
takrif kejayaan kita berbeza kerana kepercayaan dan isi hati kita ada kelainan,
namun tidakkah penilaian yang penting berbanding semua penilaian
adalah penilaian Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, tuan Alam
di mana Bumi yang kecil ini berada, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka?
Takrif kejayaan kita mungkin berbeza; tahap kesedaran kita mungkin tidak sama;
dan begitulah halnya dengan kepekaan dan beberapa lagi isu atau perkara;
namun hakikat tidak berubah menurut kehendak kita;
hakikat tidaklah bergantung kepada kehendak siapapun yang dikuasai.
Suka atau tidak, Allah adalah yang akbar, bahkan Allah adalah satu-satunya tuhan, sebenar tuhan,
iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun,
maka penilaian Allah, bukan penilaian engkau dan aku dan siapapun makhluk,
adalah penilaian yang penting, cukup penting, sungguh penting;
dan begitulah juga halnya dengan ajaran dan perintah dan perundangan:
fikirkanlah; jujurlah; dan patut-patutlah, bukan ikut marwah, bukan ikut suka.
Ringkas kata, setiap yang bermula pasti ada akhirnya;
setiap makhluk yang bernyawa pasti ada matinya;
kita mampu merancang dan berusaha, selain berangan dan yakin membuta,
namun Allah adalah yang sungguh amat berkuasa ke atas setiap sesuatu:
rela atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah,
dan walau seramai manapun membantah, tidak dilapangkan dada, tidak mahu menyembah,
Allah tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia;
derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, adalah kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah;
dan kepada Allah kita akan dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan dariNya;
maka, pandai atau berjaya atau muliakah engkau,
atau adakah engkau sebenarnya bodoh atau rugi atau hina,
menurut pandangan dan penilaian Allah, iaitu Dia yang bukan mata duitan,
iaitu Dia yang tidak memerlukan, iaitu Dia yang tidak bodoh serta tidak zalim?
Hakikatnya, solat bukanlah sembahyang, juga tidaklah sama dengan zikrullah;
melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah; dan Allah bukanlah sekadar tuhan:
rob dan ilah dan malik tidaklah sama ertinya; solat dan sembahyang dan zikir tidaklah sama ertinya;
zikrullah adalah akbar berbanding solat, dan mushrik adalah najis, menurut ajaran pengarang al Quran;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
Berjaya ilusi, bukan berjaya hakiki; betul yakin, bukan betul sungguh, dan bukan betul tahu;
sekadar muslim perasan atau muslim yakin, bukan sungguh menyembah Allah, bukan betul orang Islam:
apabila yang diambil sebagai imam atau ketua sebenarnya adalah ulama derhaka atau alim palsu,
atau apabila al Quran, kalamullah, bukanlah yang sebenarnya diberikan kepercayaan,
atau apabila Hadis bagaikan guru, dan marwah pula bagaikan tuan, ke atas akal dan kejujuran,
maka tidakkah kebanyakan yang solat adalah muslim palsu mushrik, kalaupun tidak sezalim Abu Jahal,
dan tidakkah kebanyakan yang mengaku orang Islam adalah kafir, yakni yang derhaka terhadap Allah,
lalu tidakkah syaitan selalu tersenyum, atau ketawa, sambil merasa bangga?
Hakikatnya, bukanlah engkau orang Islam kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah;
menyembah Allah, maka apatah lagi masuk Islam, bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah;
menyembah Allah, iaitu menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah,
kerana erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan;
dan ketuanan Allah bermakna kemerdekaan dan kesaksamaan dan keadilan,
sedangkan ketuanan makhluk bermakna perhambaan dan penindasan dan kezaliman,
namun syaitan adalah yang mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan:
apapun, sebenar kemuliaan tidaklah bergantung kepada penerimaan manusia dan pemilikan harta benda;
sebenar kemuliaan, dan pencapaian kita, adalah bergantung kepada Allah, Dia yang terlalu amat berkuasa;
betul baik, juga betul bijak, bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta, pada pandangan Allah;
dan Allah, iaitu Dia, pengajar al Quran, bukanlah yang memerlukan, namun Neraka sedia menanti;
maka, berusahalah untuk menjadi orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan,
bukan tin kosong atau haiwan ternakan, dan bukan yang singkat pandangan.

Tuesday, December 14, 2010

Jati Diri Dan Nilai Murni @ Kepatutan Dan Islam

Yang lurus, ataukah yang tidak;
yang jujur, ataukah yang putar-belit;
dan yang memerdekakan, ataukah yang memperhambakan:
yang mana adalah betul ataupun baik, jika tidakpun suci bahkan mulia;
yang mana adalah sesuai untuk temberang dan dalih syaitan, berbanding hidayah;
dan yang manakah yang mungkin Allah sedang redho, atau bahkan kasih?
Sebenarnya, di manakah engkau letakkan keadilan dan kebenaran,
berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi,
dan berbanding ibubapa dan sahabat dan makhluk lain,
dan berbanding adat atau juga mazhab,
sedangkan Allah adalah akbar berbanding semua, bahkan tidak terlawankan,
dan sedangkan Allah adalah maha mengetahui dan maha adil, bahkan maha mulia,
tidak kotor, tidak bodoh, bahkan tidak sedikitpun zalim?
Kalaulah Syurga adalah di bawah telapak kaki seseorang makhluk,
maka tidakkah keadilan dan kebenaran adalah di kencing beraknya,
atau tidakkah bertaqwa kepada Allah, apatah lagi keadilan dan kebenaran,
menjadi kurang atau bahkan tidak penting
berbanding menyokong dan mentaati si makhluk:
hmm, tidakkah syaitan adalah yang suka kepada kepercayaan atau ajaran itu;
dan tidakkah sudah ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa, teraniaya?
Baik, atau bahkan mulia, adalah derhaka atau engkar
terhadap ibu dan bapa dan siapapun makhluk,
demi keadilan atau demi kebenaran, apatah lagi demi kesetiaan kepada Allah;
keadilan dan kebenaran, apatah lagi ajaran Allah, tidaklah patut diketepi-remehkan;
pendek kata, tiada makhluk patut zalim atau menidakkan kebenaran,
dan tiada makhluk patut diletakkan di atas ataupun di depan keadilan,
apatah lagi di atas ataupun di depan Islam, sebenar Islam,
lebih-lebih lagi manusia yang shirik,
yakni curang terhadap Allah, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas:
derhaka, curang, tidak setia, adalah kufur, shirik, tidak mentauhidkan;
maka, terhadap siapakah kita memang tidak patut derhaka, apatah lagi curang;
dan tidakkah Allah, iaitu Dia yang akbar, adalah yang sesungguhnya patut
dilayan dengan penuh hormat serta ketaat-setiaan?
Pelampau dan pendusta, menurut pandangan dan penilaian Allah,
adalah yang patut dipanggil penderhaka, yakni kafir, betul jahat, juga biadab, maka hina;
dan Allah adalah penilai terarif serta hakim termulia, dan Dialah yang akbar berbanding semua,
maka penilaian dan hukumNya, dan layanan terhadapNya, adalah yang patut dipenting-utamakan.
Rela menerima ataupun tidak, pelampau adalah yang tidak cukup mementingkan keadilan,
sedangkan pendusta adalah yang tidak cukup mementingkan kebenaran;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya,
kepada pelampau dan pendusta: subhanallah; walhamdulillah.
Kepercayaan dan cakap dan perbuatan, begitu juga sikap dan ajaran dan hukuman,
biarlah yang betul atau yang munasabah, bukan ikut suka, bukan ikut sedap rasa,
dan bukanlah demi marwah atau nafsu keduniaan:
keadilan dan kebenaran adalah yang patut dijunjung dan dibela,
berbanding siapapun makhluk dan hamba;
dan Allah adalah yang patut dipertuan-agungkan, bukan siapapun makhluk dan hambaNya:
rela atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa Alam semesta;
Allah adalah rob-binnas, yakni tuan manusia, juga malikin-nas, yakni raja manusia,
serta ila-hinnas, yakni tuhan manusia; oleh itu, kemerdekaan, bukan perhambaan,
adalah hak asasi setiap manusia, sedangkan ketuanan adalah hak asasi Allah;
dan kepada Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka,
kita akan dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan.
Baik, usahkan mulia, bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta;
Dunia yang sementara tidaklah patut disama-pentingkan dengan Akhirat;
maka, disiplinkan, dan perbaiki, dan jagalah diri dari api Neraka.