Showing posts with label Pelampau. Show all posts
Showing posts with label Pelampau. Show all posts

Friday, May 4, 2012

UMNO Dan Sembahyang, Dan Hakikat Melayu Dan Sebenar Islam

Apa erti awam: adakah awam bermakna UMNO-BN; adakah penjawat awam bermakna barua ataupun kakitangan UMNO? Apakah erti dan tugas penjawat awam sebenarnya: patutkah penjawat awam diperalatkan oleh UMNO untuk melakukan apa yang UMNO inginkan; dan patutkah penjawat awam melakukan sesuatu demi keselamatan ataupun kepentingan UMNO? Dan pentingkah keadilan dan kebenaran dan kejujuran, kepada UMNO, berbanding marwah dan kebendaan duniawi dan keamanan? Zionis Israel mementingkan keamanan dan perpaduan kaumnya, bukan ataupun berbanding keadilan: tidakkah begitu juga UMNO? Hmm, UMNO: tak sudah-sudah dengan putar-belit dan ketidak-jujuran dan ketidak-adilannya; mengata dulang paku serpih, mengata orang tapi dialah yang lebih, atau sebenarnya, dialah punca ketidak-baikan yang terjadi. Tengoklah TV dan suratkhabar: nampak tak putar-belit dan ketidak-adilan dan kesombongan dan kebodohan UMNO? Dan kejadian tidak baik berkaitan demonstrasi BERSIH: tidakkah itu juga dalil atau menunjukkan bahawa UMNO bukanlah yang lebih baik untuk mentatbir?
        Siasatlah, jangan percaya saja; ketahuilah punca atau sebab sebenar; dan dapatkanlah bukti: jadilah orang akal dan orang ilmiah dan orang wajar. Pejuang bukanlah pelampau; perkauman, lebih-lebih lagi perhambaan, adalah bercanggahan dengan kesaksamaan dan dengan keadilan, maka bercanggahan dengan Islam, sebenar Islam; dan adil, bukan sayang, juga bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa: janganlah yang mementingkan marwah ataupun keamanan, berbanding keadilan, dikatakan pejuang, dan janganlah tak tahu menilai, usahkan kena tipu, usahkan diperbodohkan; penilaian dan hukum dan ajaran Allah, iaitu Dia yang maha berkuasa serta akbar berbanding semua, iaitu Dia, pengarang al Quran dan yang paling mampu untuk mengajarkan al Quran, adalah penilaian dan hukum dan ajaran yang patut diketahui serta diterima-pakai, diambil-kira, tidak diketepikan; dan kita, Melayu dan Cina dan India dan manusia selainnya, adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita semua dikembalikan. Layakkah engkau masuk Syurga, kalau engkau tidak layak mendapat hidayah? Patutkah engkau mendapat kefahaman, sebenar kefahaman, tidak tersalah-simpul, tidak tersalah-percaya, kalau engkau tidak mahu berfikir, ataupun kalau engkau tidak jujur? Dan adakah atau betulkah engkau, ataupun si ustaz, adalah orang Islam, sedangkan semestinya orang Islam adalah menyembah Allah serta menyerah diri kepada Allah?
        Ada hamba maka adalah tuan: engkau hamba siapa; siapa tuanmu? Engkau sembah siapa, yakni kepada siapa engkau menghambakan diri: siapa yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Dan siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu; siapakah yang engkau sanjung-agungkan; siapakah yang engkau pertuan-rajakan: apakah jawapan Muhammad, rasulullah; adakah jawapan engkau sama saja, tidak satupun berbeza, dengan jawapan Muhammad, rasulullah; dan adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka ataupun redho? Sedarlah, kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan, dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya; dan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, oleh itu, menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, bermakna mempertuankan Allah: sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, atau kalau engkau sekadar mempertuhankan Allah, maka tidaklah engkau menyembah Allah, maka bukanlah engkau orang Islam, usahkan muttaqin; sedarlah, semakin engkau tidak tahu ajaran yang terkandung dalam al Quran, kalamullah, terutamanya ajaran mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan shafaat dan jihad dan najis dan akal dan kejayaan, maka semakin mudahlah engkau dipesong-sesatkan, termasuk atau terutamanya oleh pengikut Hadis dan Sunnah dan suatu mazhab, di samping semakin mudahlah engkau untuk terpedaya serta diperbodohkan; dan ingatlah, Allah adalah yang maha berkuasa serta akbar berbanding semua, maka sikap dan layanan terhadap Allah, dan hubungan dengan Allah, dan penilaian dan hukum dan ajaran Allah, adalah yang penting, cukup penting, sungguh penting, berbanding yang lain.
        Tidakkah cemerlang atau bahkan gemilang adalah kejayaan syaitan ke atas Melayu sejak berzaman, dan ke atas manusia umumnya? Hmm, politik Malaysia, dan UMNO; dan Melayu; dan ustaz: betapa UMNO patut dikatakan makhluk perosak ataupun pelampau, ataupun pejuang perasan, mabuk kemarwahan, bukan orang akal, bukan orang kewajaran, bukan pejuang pada pandangan Allah; betapa ramainya Melayu yang bagaikan anjing ataupun lembu ataupun kakaktua, bukan orang akal, bukan orang ilmiah, bukan yang mementingkan keadilan dan kebenaran dan kejujuran; dan betapa pengikut Hadis, lebih-lebih lagi mereka yang dipanggil ustaz dan ustazah, adalah pemesong dan tidak wajar, di samping boleh dianggap barua syaitan ataupun pengikut ajaran sesat, bukan yang taat-setia kepada Allah yang konon disembah. Ketahuilah, perhambaan adalah di mana selain Allah adalah yang disembah, yakni dipertuankan, dan semestinya raja berhak sebagai tuan ke atas yang dikuasainya; menyembah siapapun selain Allah adalah shirik, dan mushrik adalah najis menurut al Quran iaitu menurut ayat 28 di Surah Taubah; dan sedarlah, yang mempertuankan selain Allah, apatah lagi yang memperajakan selain Allah, adalah mushrik, tidak mentauhidkan Allah, tidak setia kepada Allah. Suka atau tidak, Allah tetaplah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, sebagaimana Allah tetaplah pencipta manusia serta penguasa Alam semesta, dan sedarlah bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah; kaji-selidik atau tadabburlah al Quran, dan ikutlah wahyu, pendek kata, ketahui dan terima-pakailah ajaran Allah, Dia yang patut disanjung-agungkan, Dia yang patut dipertuan-rajakan; dan terjemahan ataupun makna yang salah, atau sesuatu yang tidak munasabah, janganlah tidak disedari.
        Tidaklah Allah letakkan keadilan, apatah lagi SyurgaNya, di bawah telapak kaki ibubapa; bodoh, tidak bijak, serta tidaklah patut, kalau keadilan dan kebenaran dan kejujuran diletakkan di bawah marwah, ataupun di bawah cinta, apatah lagi kalau diletakkan di kencing-berak ataupun di bawah telapak kaki seseorang makhluk; dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna, berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggahan dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam ugama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Berakal dan baikkah engkau; mahukah engkau memikirkan dengan jujur, dan menerima yang benar, atau yang munasabah; atau adakah marwah sudahpun menguasai dan merencat pemikiran; atau adakah sombong sudahpun membutakan dan syaitan sedang tersenyum?

Sunday, February 6, 2011

Engkau Dan Kejayaan, Dan Sikap Dan Masa Depan

Berjayakah Qorun ketika dia bermarwah dan banyak harta;
muliakah Firaun ketika ramai adalah yang mempertuan-agungkannya;
dan hebat atau bijakkah (Tok Guru Tuan Haji) Umar ibnu Hisham
ketika ramai menggelarnya Abu Hakam, yakni Bapa Hikmah atau Bapa Kebijaksanaan,
berbanding yang mengelarnya Abu Jahal, yakni Bapak Bodoh atau Kepala Bangang?
Niatku bukanlah untuk menjadi jutawan, atau berkereta mewah, atau berumah besar serba indah,
kerana tumpuan dan bidangku adalah falsafah dan kerohanian, bukan untung dan kebendaan duniawi:
takrif kejayaan kita berbeza kerana kepercayaan dan isi hati kita ada kelainan,
namun tidakkah penilaian yang penting berbanding semua penilaian
adalah penilaian Dia yang akbar tiada tandingan, Dia, tuan Alam
di mana Bumi yang kecil ini berada, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka?
Takrif kejayaan kita mungkin berbeza; tahap kesedaran kita mungkin tidak sama;
dan begitulah halnya dengan kepekaan dan beberapa lagi isu atau perkara;
namun hakikat tidak berubah menurut kehendak kita;
hakikat tidaklah bergantung kepada kehendak siapapun yang dikuasai.
Suka atau tidak, Allah adalah yang akbar, bahkan Allah adalah satu-satunya tuhan, sebenar tuhan,
iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai oleh siapapun,
maka penilaian Allah, bukan penilaian engkau dan aku dan siapapun makhluk,
adalah penilaian yang penting, cukup penting, sungguh penting;
dan begitulah juga halnya dengan ajaran dan perintah dan perundangan:
fikirkanlah; jujurlah; dan patut-patutlah, bukan ikut marwah, bukan ikut suka.
Ringkas kata, setiap yang bermula pasti ada akhirnya;
setiap makhluk yang bernyawa pasti ada matinya;
kita mampu merancang dan berusaha, selain berangan dan yakin membuta,
namun Allah adalah yang sungguh amat berkuasa ke atas setiap sesuatu:
rela atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah,
dan walau seramai manapun membantah, tidak dilapangkan dada, tidak mahu menyembah,
Allah tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia;
derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, adalah kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah;
dan kepada Allah kita akan dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan dariNya;
maka, pandai atau berjaya atau muliakah engkau,
atau adakah engkau sebenarnya bodoh atau rugi atau hina,
menurut pandangan dan penilaian Allah, iaitu Dia yang bukan mata duitan,
iaitu Dia yang tidak memerlukan, iaitu Dia yang tidak bodoh serta tidak zalim?
Hakikatnya, solat bukanlah sembahyang, juga tidaklah sama dengan zikrullah;
melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah; dan Allah bukanlah sekadar tuhan:
rob dan ilah dan malik tidaklah sama ertinya; solat dan sembahyang dan zikir tidaklah sama ertinya;
zikrullah adalah akbar berbanding solat, dan mushrik adalah najis, menurut ajaran pengarang al Quran;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
Berjaya ilusi, bukan berjaya hakiki; betul yakin, bukan betul sungguh, dan bukan betul tahu;
sekadar muslim perasan atau muslim yakin, bukan sungguh menyembah Allah, bukan betul orang Islam:
apabila yang diambil sebagai imam atau ketua sebenarnya adalah ulama derhaka atau alim palsu,
atau apabila al Quran, kalamullah, bukanlah yang sebenarnya diberikan kepercayaan,
atau apabila Hadis bagaikan guru, dan marwah pula bagaikan tuan, ke atas akal dan kejujuran,
maka tidakkah kebanyakan yang solat adalah muslim palsu mushrik, kalaupun tidak sezalim Abu Jahal,
dan tidakkah kebanyakan yang mengaku orang Islam adalah kafir, yakni yang derhaka terhadap Allah,
lalu tidakkah syaitan selalu tersenyum, atau ketawa, sambil merasa bangga?
Hakikatnya, bukanlah engkau orang Islam kalau engkau sebenarnya tidak menyembah Allah;
menyembah Allah, maka apatah lagi masuk Islam, bukanlah dengan mengucap dua kalimah syahadah;
menyembah Allah, iaitu menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah,
kerana erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan;
dan ketuanan Allah bermakna kemerdekaan dan kesaksamaan dan keadilan,
sedangkan ketuanan makhluk bermakna perhambaan dan penindasan dan kezaliman,
namun syaitan adalah yang mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan:
apapun, sebenar kemuliaan tidaklah bergantung kepada penerimaan manusia dan pemilikan harta benda;
sebenar kemuliaan, dan pencapaian kita, adalah bergantung kepada Allah, Dia yang terlalu amat berkuasa;
betul baik, juga betul bijak, bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta, pada pandangan Allah;
dan Allah, iaitu Dia, pengajar al Quran, bukanlah yang memerlukan, namun Neraka sedia menanti;
maka, berusahalah untuk menjadi orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan,
bukan tin kosong atau haiwan ternakan, dan bukan yang singkat pandangan.

Tuesday, December 14, 2010

Jati Diri Dan Nilai Murni @ Kepatutan Dan Islam

Yang lurus, ataukah yang tidak;
yang jujur, ataukah yang putar-belit;
dan yang memerdekakan, ataukah yang memperhambakan:
yang mana adalah betul ataupun baik, jika tidakpun suci bahkan mulia;
yang mana adalah sesuai untuk temberang dan dalih syaitan, berbanding hidayah;
dan yang manakah yang mungkin Allah sedang redho, atau bahkan kasih?
Sebenarnya, di manakah engkau letakkan keadilan dan kebenaran,
berbanding marwah dan syahwat dan kebendaan duniawi,
dan berbanding ibubapa dan sahabat dan makhluk lain,
dan berbanding adat atau juga mazhab,
sedangkan Allah adalah akbar berbanding semua, bahkan tidak terlawankan,
dan sedangkan Allah adalah maha mengetahui dan maha adil, bahkan maha mulia,
tidak kotor, tidak bodoh, bahkan tidak sedikitpun zalim?
Kalaulah Syurga adalah di bawah telapak kaki seseorang makhluk,
maka tidakkah keadilan dan kebenaran adalah di kencing beraknya,
atau tidakkah bertaqwa kepada Allah, apatah lagi keadilan dan kebenaran,
menjadi kurang atau bahkan tidak penting
berbanding menyokong dan mentaati si makhluk:
hmm, tidakkah syaitan adalah yang suka kepada kepercayaan atau ajaran itu;
dan tidakkah sudah ramai yang tidak bersalah menjadi mangsa, teraniaya?
Baik, atau bahkan mulia, adalah derhaka atau engkar
terhadap ibu dan bapa dan siapapun makhluk,
demi keadilan atau demi kebenaran, apatah lagi demi kesetiaan kepada Allah;
keadilan dan kebenaran, apatah lagi ajaran Allah, tidaklah patut diketepi-remehkan;
pendek kata, tiada makhluk patut zalim atau menidakkan kebenaran,
dan tiada makhluk patut diletakkan di atas ataupun di depan keadilan,
apatah lagi di atas ataupun di depan Islam, sebenar Islam,
lebih-lebih lagi manusia yang shirik,
yakni curang terhadap Allah, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas:
derhaka, curang, tidak setia, adalah kufur, shirik, tidak mentauhidkan;
maka, terhadap siapakah kita memang tidak patut derhaka, apatah lagi curang;
dan tidakkah Allah, iaitu Dia yang akbar, adalah yang sesungguhnya patut
dilayan dengan penuh hormat serta ketaat-setiaan?
Pelampau dan pendusta, menurut pandangan dan penilaian Allah,
adalah yang patut dipanggil penderhaka, yakni kafir, betul jahat, juga biadab, maka hina;
dan Allah adalah penilai terarif serta hakim termulia, dan Dialah yang akbar berbanding semua,
maka penilaian dan hukumNya, dan layanan terhadapNya, adalah yang patut dipenting-utamakan.
Rela menerima ataupun tidak, pelampau adalah yang tidak cukup mementingkan keadilan,
sedangkan pendusta adalah yang tidak cukup mementingkan kebenaran;
dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya,
kepada pelampau dan pendusta: subhanallah; walhamdulillah.
Kepercayaan dan cakap dan perbuatan, begitu juga sikap dan ajaran dan hukuman,
biarlah yang betul atau yang munasabah, bukan ikut suka, bukan ikut sedap rasa,
dan bukanlah demi marwah atau nafsu keduniaan:
keadilan dan kebenaran adalah yang patut dijunjung dan dibela,
berbanding siapapun makhluk dan hamba;
dan Allah adalah yang patut dipertuan-agungkan, bukan siapapun makhluk dan hambaNya:
rela atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia, penguasa Alam semesta;
Allah adalah rob-binnas, yakni tuan manusia, juga malikin-nas, yakni raja manusia,
serta ila-hinnas, yakni tuhan manusia; oleh itu, kemerdekaan, bukan perhambaan,
adalah hak asasi setiap manusia, sedangkan ketuanan adalah hak asasi Allah;
dan kepada Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka,
kita akan dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan.
Baik, usahkan mulia, bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta;
Dunia yang sementara tidaklah patut disama-pentingkan dengan Akhirat;
maka, disiplinkan, dan perbaiki, dan jagalah diri dari api Neraka.