Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam atau menjadi Muslim? Dan setepatnya, apakah erti Muslim, maka apakah susulan itu? Apapun, apakah yang patut diikut atau dipercaya? Sebenar-benarnya, apakah yang diikut atau yang dipercaya oleh Rasulullah, termasuklah Muhammad dan Ibrahim serta Isa al-Masih, iaitu Jesus Christ? Redho atau tidak, apakah yang kita serta Rasulullah sepatutnya ikut atau percaya? Adakah al Quran dan Hadis “sahih”? Atau adakah hakikat dan ajaran Allah? Sila fahami hakikat bahawa Nabi Muhammad tidaklah mengikut Hadis “sahih”, dan Nabi Ibrahim tidaklah berpandukan al Quran. Maka?
Jujur dan luruslah. Sedarlah, yang sepatutnya diikut atau dipercaya adalah hakikat dan ajaran Allah, iaitu bukan al Quran dan Hadis “sahih”, usahkan ulama. Dan sedarlah, bahawa yang tidak betul mengenai masuk Islam tidaklah patut diterima sebagai ulama Islam, juga tidaklah patut dianggap sebagai Muslim sebenar. Secara perbandingan, hakikat dan ajaran Allah, bukan ulama, juga bukan al Quran dan Hadis “sahih”, adalah yang patut diikut atau dipercaya. Benar, al Quran, kalamullah, patut dipercaya, serta patut diikut, tetapi tidak Hadis “sahih”. Dan sedar atau fahamilah, Hadis “sahih” tidaklah patut dianggap sebagai sumber hukum dan ajaran Islam, tetapi patut disedari serta dianggap sebagai sumber kesesatan dan kezaliman serta ada-adaan yang tidak wajar. Hakikat ialah kebenaran atau fakta. Yang menidakkan atau mengenepikan kebenaran patut dianggap pendusta ataupun pembohong. Dan yang menidakkan atau mengenepikan keadilan patut dianggap pelampau. Sedarlah, Muslim sebenar bukanlah pelampau, juga bukanlah pendusta ataupun pembohong. Dan awas, marwah bukan kehormatan, juga bukanlah nilai diri.
Marwah, sebagaimana syahwat, bukanlah yang patut diikut. Awas, jangan salah ataupun silap mengenai masuk Islam, ataupun mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan tauhid dan najis. Dan berpeganglah kepada hakikat serta ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran. Sesungguhnya, al Quran adalah kitab karangan Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, si pemberi rezeki dan hidayah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Sebenar al Quran, atau al Quran yang tulen, adalah kitab yang kini berada di Lauhul Mahfudz. Dan fahamilah, al Quran, iaitu bukan Hadis “sahih”, adalah bukti bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah. Hmm, siapakah saksi sebenar bahawa Nabi Muhammad adalah Rasulullah? Atau siapakah yang menyaksikan peristiwa di mana Ahmad atau Muhammad dilantik menjadi Rasulullah? Jawapan: Bukan ulama muktabar mazhab Sunnah wal Jamaah, juga bukanlah imam besar Syiah. Hmm, siapa suruh ikut mazhab? Dan mengenai “Syahadah Munafiq”, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Sedar atau fahamilah, bahawa yang tidak menyaksikan tidak patut menjadi saksi, juga tidaklah patut “bersaksi”. Dan awas, menyaksikan, begitu juga “bersaksi”, bukanlah sama ertinya dengan memperakui.
Hmm, betapa ramai yang mengaku mengikut al Quran atau mengaku beriman kepada al Quran, padahal sebenar ajaran atau kepercayaan mereka bercanggah atau tidak sejajar dengan al Quran. Betapa ramai yang hafal, atau yang betul pada sebutan, tetapi sebenarnya tidaklah mempercayai, atau tidaklah faham apa yang diucapkan. Dan betapa ramai yang mengaku menyembah hanya Allah, atau beria-ia mengucap ayat 5 surah Fatihah, sedangkan selain Allah adalah yang diperajakan. Hmm, janganlah silap mengenai erti sembah ataupun tuhan, usahkan silap mengenai masuk Islam atau mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Redho atau tidak, Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Dan sewajarnya, kita berhak merdeka, iaitu tidak diperhambakan oleh selain Allah. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Hanya Allah adalah yang berhak sebagai raja kita. Dan hanya Allah adalah sebenar tuhan, iaitu pemerintah yang sesungguhnya tidak dikuasai.
Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai ataupun dipercayai. Dan perangi atau tolaklah “Ajaran Sesat Syahadah”. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, serta erti Muslim, lalu sedarlah bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, bukanlah dengan mengucap dua atau berapapun kalimah Syahadah, juga bukanlah dengan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai Rukun Islam, serta bukanlah dengan mengikut al Quran. Dan awas, Allah benci atau tidak suka kepada pelampau dan pendusta, maka pentingkanlah kewajaran dan keadilan dan kebenaran serta kejujuran. Bijaklah. Jangan untung jangka pendek, tapi rugi jangka panjang. Dan al Quran sepatutnya ditadabbur, bukan sepatutnya dihafaz.