Apakah 2 ilmu terpenting yang aku ada, tetapi ulama dan ustaz tidak tahu atau macam tidak tahu? Jawapan: "Ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam". Bagaimana pula dengan ajaran mengenai hubungan yang asas antara kita dan Allah: Tidakkah benar bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita? Hmm, betapa ulama dan ustaz adalah yang menyesatkan.
Sedarlah, musuh Islam yang paling bahaya bukanlah Yahudi, tetapi Munafiq, terutama pengikut "ajaran sesat Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan". Dan hidayah Allah, apatah lagi SyurgaNya, bukanlah untuk pelampau dan pendusta. Hmm, apakah erti "bersaksi"? Apapun, ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", tetapi adakah engkau menyaksikan bahawa "laa-ilaha-illallah" ataupun bahawa "Muhammad adalah Rasulullah"? Dan apakah sebenarnya erti Muslim dan Islam, maka apakah susulan itu? Munasabahlah.
Pendek kata, mengucap "kalimah Syahadah" adalah untuk menjadi Munafiq, bukan untuk menjadi Muslim. Dan al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber kesesatan dan bidaah. Fahamilah. Alhamdulillah, aku bukanlah pengikut ulama yang mencanggah ajaran Allah mengenai najis dan sunnah dan syahadah dan akal. Apapun, patutkah mereka yang tidak betul mengenai erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan dan "rob" (rabb) dan sunnah dianggap sebagai ulama Islam, ataupun diambil sebagai "guru" dalam mempelajari Islam ataupun al Quran? Ada akal, sila fikir. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah.
Perbaikilah sikap dan kepercayaan. Kalau engkau menyangka-nyangka dan berdolak-dalih, serta tidak jujur, maka patutlah engkau menjadi Kafir atau sesat ataupun bodoh tak sedar diri. Dan Allah adalah guru yang paling tahu serta paling mampu. Hmm, betapa ramai yang sudah menjadi Kafir, ataupun sedang sesat akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" dan sembah dan sunnah dan syahadah, ataupun akibat ulama dan Hadis "sahih".