Tuesday, November 13, 2018

Kristian Dan Muslim, Dan Agamaku Dan Agamamu

Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ. Jesus Christ ialah Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa, Rasulullah. Dan siapa pun Rasulullah adalah Muslim. Pengikut siapapun Rasulullah adalah Muslim. Kalau sebenarnya bukan Muslim, maka bukanlah pengikut siapa pun Rasulullah. Apakah erti Muslim, iaitu orang Islam, iaitu yang berada di dalam Islam? Erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Erti Muslim ialah yang "aslim". Dan pengikut Nabi Muhammad patut dipanggil Muhammadis atau Muhammadan.
       Malangnya, yang ramai bukanlah Kristian, juga bukanlah Muhammadis, tetapi Kristian palsu dan Muhammadis palsu. Selain aslim atau menyerah diri kepada Allah, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Pendek kata, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap mengenai "masuk Islam". Hmm, apakah agamaku? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Sebenarnya, adakah engkau atau si ustaz menyembah Allah, hanya Allah, dan berada di dalam penyerahan diri kepada Allah?
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar @ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8