Siapa rasis? Atau siapa adalah rasis dan Munafiq yang bertopengkan Islam? DAP, ataukah UMNO dan PAS?
•••••
Apa itu rasis, iaitu "racist"? Fahami definisi "racism" dan "racist". Janganlah memutar-belit atau tidak jujur. Dan hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, patut diterima, walaupun ianya dari pelacur atau apa pun.
•••••
ICERD adalah sejajar dengan keadilan serta Islam, tidak seperti perkauman. Dan ICERD adalah anti-perkauman, bukan anti-Islam. Hmm, orang UMNO dan orang PAS tahu apa mengenai Islam ataupun keadilan? Bagaimana pula dengan orang Melayu yang lain? Apapun, janganlah sesat tak boleh dibimbing, ataupun bodoh tak boleh diajar. Bukalah minda.
•••••
Adakah kita seagama? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Dan sesungguhnya, yang berada di dalam "salaam", iaitu aman atau "peace", patut dipanggil Muslaam, bukan Muslim.
•••••
Jadilah pro-Islam, bukan pro-perkauman. Allah adalah pencipta Islam. Allah adalah pencipta semua manusia, walau apa pun bangsanya. Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam atau menjadi Muslim? Sedarlah, bidaah dan bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Dan kalau agamamu bukanlah penyerahan diri kepada Allah, maka agamamu bukanlah Islam.
•••••
Jangan ambil mudah mengenai kebenaran atau fakta yang ada kaitan dengan Islam. Dan patutkah ulama atau ustaz atau seseorang yang tidak betul mengenai erti Islam dan sembah diambil sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran?
•••••
Hmm, penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit marwah gila. Allah tahu. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Antara PAS Dan UMNO Dan Islam Sebenar
@ Ciri Utama Islam
https://goo.gl/v7ffAP