Monday, April 15, 2019

Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar

Apakah 2 ciri utama Muslim? Sesungguhnya, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Buktinya? Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan fahami erti Muslim. Dan fahami erti sembah. Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, maka amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Berat? Susah? Tak suka? Berakallah. Dan buat apa yang patut dibuat. 
        Mengenai "syahadah Munafiq", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Ingat, "ash-hadu" ialah "aku menyaksikan", bukan "aku memperakui". Dan ingat, kebenaran patut diterima walau siapapun yang menyampaikannya. Awas, jangan silap mengenai sembah, usahkan silap mengenai masuk Islam. Fikir, bagaimanakah Rasulullah masuk Islam? Dan mengenai tuan dan raja: Bayangkan bertanya kepada Allah, "oh Allah, siapakah tuanku, dan siapakah rajaku?" Atau bayangkan bertanya kepada seseorang Rasulullah, "oh Rasulullah, siapakah tuan kita, dan siapakah raja kita?" Bukalah minda. Dan fikirkanlah secara jujur. Kebenaran atau fakta: Adakah engkau lapang dada atau sanggup untuk menerimanya, atau adakah engkau berdolak-dalih? Disiplinkanlah diri. Dan ingat mati. Sedarlah, yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji, bukan atau berbanding yang "mengaji" (berguru). Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. Ketahuilah bahawa "sembah" ialah "worship" di dalam bahasa English. "Worship", bukan "pray". Dan "sembah", begitu juga "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Kesimpulannya atau pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. 
       Sebenarnya, "abdi" adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Sebenarnya, menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Jangan tertipu. Dan janganlah terpesong atau keliru akibat terjemahan atau pengertian yang mengandungi perkataan yang berasal dari bahasa Arab. Mengenai sembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, serta bahawa raja adalah tuan, semestinya raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya. Tidaklah menyembah Allah kalau tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan tidaklah menghambakan diri kepada Allah kalau tidak mempertuankan Allah. Fahamilah bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah. Kalau inginkan pahala atau balasan yang baik dari Allah, maka ikutlah ajaran Allah. Masuk akal? Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terimalah, dan sampaikanlah. Dan Allah menyuruh supaya "tadabbur", iaitu memikirkan secara mendalam, maka siapakah yang melarang dari menggunakan akal sendiri? Janganlah terpedaya. Janganlah dipesong-sesatkan. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. 
       Syok solaat? Pentingkan solaat? Janganlah memperbesarkan solaat dan amal ibadat lain berbanding menyembah Allah. Ingat atau sedarlah, kalau selain Allah adalah yang engkau sembah, atau kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka sia-sia atau bahkan membawa ke Neraka adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan. Benar, menyembah ialah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Yang menyembah selain Allah adalah Kafir, menurut atau berlandaskan 3 ayat pertama di surah Kafirun. Yang menyembah selain Allah adalah Mushrik, iaitu yang shirik terhadap Allah. Dan Mushrik adalah najis, menurut ayat 28, surah Taubah (Quran 9:28). Sila selidik. 
••••• 
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ 
Antara Ajaran Sesat Atau Bohong Melalui 
Doa Di Dalam Bahasa Arab 
- https://bit.ly/352upWH 
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w
•••••
Tuan Dan Raja Dan Tuhan:
Sekadar Soalan Dan Mesej Ringkas
- https://goo.gl/9ET8j3
•••••
Awas, Terjemahan Atau Pengertian
Yang Menyesatkan, Dan Mengenai Syahadah
- https://goo.gl/GyZPJ4
•••••
"Hukum" Menghambakan Diri,
Dan Mengenai Sembah Dan Tuan
- https://goo.gl/4dWABh