Friday, September 24, 2021

Pembahagian Harta Pusaka Dan Hakikat Muslim


Sepatutnya, ikutlah pembahagian yang asal atau yang lama sebelum membuat dan mengikut pembahagian yang baru. Dan pembahagian patutlah berlandaskan fakta dan ajaran Allah, Dia, pencipta agama Islam, Dia, hakim terbaik. Sepatutnya, tidak ada pewaris yang "membolot" atau tamak. Dan sepatutnya, tidak ada pewaris yang tidak mendapat apa-apa sebelum pembahagian yang baru. Masuk akal? Hmm, tidakkah gila harta lebih teruk berbanding gila gila? Dan tidakkah makan daging babi lebih baik berbanding makan hak orang lain? Apapun, ingat mati. Kita boleh mati, walaupun belum tua. Dan Allah tahu niat dan apa-apa yang kita sembunyikan. 
       Sebenarnya, siapakah yang membuat pembahagian yang asal atau yang lama? Dan adakah atau betulkah pembahagian itu salah atau tidak betul? Buatlah yang betul atau yang patut. Hak orang jangan diperlekeh. Hak sendiri jangan diperbesar. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Hmm, siapakah yang gila harta? Tidakkah yang menolak ajaran Allah mengenai pembahagian harta adalah yang patut dikatakan gila harta? Dan tidakkah yang menolak hukum atau hudud Allah adalah melampau dan Kafir, walaupun melakukan solaat? Fahami bahawa kerja atau perbuatan yang menghasilkan untung jangka pendek, tetapi mengakibatkan sakit atau rugi jangka panjang adalah kerja bodoh. Dan Dunia adalah sementara, sedangkan Akhirat adalah kekal. Kita adalah ciptaan Allah. Dan kita adalah hamba kepunyaan Allah. Kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Masuk akal? Selain taat kepada Allah, kita wajib setia kepada Allah, tidak menyembah selain Allah, tidak mengambil selain Allah sebagai tuan kita, usahkan sebagai raja kita. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka kita perlulah "aslim" (kepada Allah) untuk menjadi Muslim. Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim". Dan "aslim" adalah menyerah (diri), sedangkan "tawakkal" adalah berserah. 
       Fahami ayat 5 di surah Fatihah dan 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Ingat, selain "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, Muslim menyembah Allah, hanya Allah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Kafir, walaupun melakukan solaat. Ketahuilah bahawa menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Dan abdi adalah sama ertinya dengan hamba, maka mengabdikan diri adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. "Rob" (rabb) adalah tuan, sedangkan "ilah" adalah tuhan. "Raja manusia" adalah "malikin-nas" di dalam bahasa Arab. Dan kita dikembalikan kepada Allah untuk perkiraan yang tepat dan untuk pembalasan yang adil. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Ingat mati. Dan jagalah diri dan ahli keluarga dari api Neraka. 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv 
••••• 
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka 
Dan Kesetiaan Kepada Allah 
- https://bit.ly/3iLU3GD 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ 
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim 
- https://bit.ly/2Y61GMJ