Duit palsu bukanlah duit. Muslim palsu bukanlah Muslim. Dan DAP, iaitu Democratic Action Party adalah seperti Parti Demokrat USA. Fahaman Demokrasi tidaklah sehaluan dengan fahaman Komunis (Kominis), maka munasabahkah bahawa Cina DAP adalah Komunis atau pro-Komunis? Bagaimanakah kejujuran dan keadilan Melayu UMNO atau Melayu PAS? Dan sudah berapa kali Cina DAP menang kes saman fitnah, maka? Apapun, apakah antara kesalahan atau kesilapan orang Cina DAP atau orang India DAP mengenai Islam, atau mengenai sesuatu yang ada kaitan dengan Islam? Cina dan India DAP silap besar kalau percaya bahawa Melayu UMNO atau Melayu PAS adalah Muslim atau orang Islam.
Berlandaskan Quran 1:5 dan 109:1-3, semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, tetapi adakah atau betulkah Melayu UMNO atau Melayu PAS menyembah Allah, hanya Allah? Awas, jangan silap mengenai erti sembah. Dan semestinya Muslim adalah "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Fahami bahawa "Muslim" bukan bermakna pengikut sesuatu mazhab. Dan Allah bukanlah pencipta ataupun pengasas apa pun mazhab. Janganlah selamba mengaku Muslim kalau tidak tahu erti Muslim dan Islam dan sembah dan tuhan. Dan erti "Islam" bukanlah "salaam" atau "peace", tetapi "surrender" atau "penyerahan". Penyerahan apa? Penyerahan diri. Penyerahan diri kepada siapa? Kepada Allah. Fahami bahawa lawan kepada penyerahan (diri) adalah penentangan. Dan menurut Quran 51:56, Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya, maka apakah yang patut kita sedari? Sedarlah bahawa menyembah Allah, hanya Allah adalah sangat penting. Apa itu menyembah? Dan adakah atau betulkah Melayu UMNO atau Melayu PAS menyembah Allah, hanya Allah? Jangan kena tipu atau silap mengenai erti sembah atau beribadat. Beribadat adalah sama ertinya dengan menyembah. Dan yang menyembah selain Allah adalah Kafir, berlandaskan Quran 109:1-3. Sesungguhnya, ajaran sesat atau bohong besar atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan sedarlah bahawa kita adalah ciptaan Allah.
Kita adalah ciptaan Allah. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan kepada Allah kita dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan. Tidakkah wajar kalau kita merendah diri kepada pencipta kita? Tidakkah wajar kalau kita menghambakan diri kepada pencipta kita? Dan tidakkah wajar kalau kita taat serta setia kepada yang berhak sebagai tuan kita? Janganlah sombong atau angkuh terhadap Allah, Dia, pencipta kita, Dia yang berhak sebagai tuan kita, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Allah bukanlah yang memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. Allah adalah pencipta agama Islam dan pengarang al Quran. Al Quran patut ditadabbur, bukan patut dihafaz. Dan buatlah apa yang patut dibuat: Jangan melampau dan jangan bohong. Bukalah minda. Fikirkan secara rasional dan jujur. Dan janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Kebenaran dan ajaran Allah tidak patut ditolak. Dan jagalah diri dan ahli keluarga dari api Neraka. Awas, jangan kena tipu atau silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan shirik dan tauhid dan kemerdekaan dan perhambaan dan hadis dan sunnah. Dan janganlah kena tipu atau tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Sembah: Apa itu sembah? Di dalam bahasa Arab, "sembah" dan "hamba" adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Kesimpulannya, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri. Menyembah adalah menghambakan diri, iaitu merendahkan diri sebagai hamba, tetapi sedarlah juga bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan, dan bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan.
Mempertuankan, apatah lagi memperajakan adalah menyembah, maka atau tetapi adakah Melayu UMNO atau Melayu PAS menyembah hanya Allah, iaitu mempertuankan hanya Allah dan memperajakan hanya Allah, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia? Dan fikir, tidakkah Melayu UMNO dan Melayu PAS sudah memberikan Cina dan India DAP gambaran yang buruk atau salah mengenai Islam? Hmm. Pelampau, juga pendusta bukanlah Muslim, usahkan Mukmin. Ingat, kalau selain Allah adalah yang engkau perajakan atau pertuankan, maka selain Allah adalah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, dan engkau adalah Kafir, juga Mushrik, najis, walaupun engkau melakukan solaat 5 kali sehari setiap hari. Dan Mushrik adalah najis menurut ayat 28 di surah Taubah. Sedar dan terimalah bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Allahu akbar. Dan erti tuhan bukanlah pencipta, juga bukanlah sembahan, tetapi "sovereign ruler", iaitu pemerintah yang tidak dikuasai (oleh siapapun): Maka?
•••••
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim
- https://bit.ly/2Y61GMJ
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab
- https://bit.ly/352upWH
•••••
Hakikat Shirik, Dan Mengenai Merdeka
Dan Kesetiaan Kepada Allah
- https://bit.ly/3iLU3GD
•••••
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh
- https://bit.ly/2UpBBdi