Kalau engkau sedang perasan
bahawa engkau istimewa, lalu aku tidak,
atau kalau engkau sedang perasan
bahawa engkau adalah perigi, maka aku adalah timba,
segeralah sedar bahawa hakikat tidak berubah,
dan kewajaran, bukan perasan, adalah yang membawa ke Syurga.
Samada engkau setuju atau dengan ego menyampah,
yang penting untuk dinilai bukanlah cintamu, tetapi sikapmu,
sebagaimana yang penting bukanlah paras wajahmu, tetapi isi hatimu:
tidakkah perempuan angkuh sesuai untuk bohjan;
tidakkah perempuan marwah sepadan dengan lelaki syahwat;
dan tidakkah berterus-terang, lebih-lebih lagi mementingkan
keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran,
adalah tangga kebahagiaan, juga kemuliaan?
Mengenai perigi dan timba:
tidakkah timba adalah tempat untuk diisikan air
sedangkan perigi adalah tempat yang mengandungi air;
sebenarnya, adakah lelaki, atau adakah perempuan,
adalah tempat untuk diisikan air;
oleh itu, tidakkah perempuan adalah yang patut diumpamakan timba
sedangkan lelaki, mungkin melainkan pondan, patut diumpamakan perigi;
dan tidakkah Muhammad, rasulullah, dilamar oleh Khadijah?
Lagipun, elokkah kalau lelaki syahwat, atau perempuan marwah,
dijadikan teman hidup, atau contoh panduan;
tidakkah perempuan, berbanding lelaki, adalah yang sesuai
untuk memulakan kemesraan dan lembut membelai;
dan kalau si isteri adalah yang meminta dilayan,
bukan yang suka melayan, bukan yang mahu menggoda,
maka apakah mungkin akibatnya?
Marwah bukanlah betul bijak, juga tidaklah cukup prihatin;
marwah, lebih-lebih lagi nafsu, tidaklah kenal keadilan
dan kebenaran dan kesucian dan kemuliaan;
dan tidakkah kerana marwah Iblis derhaka, lalu menjadi hina?
Hmm, betapa banyaknya fahaman menyeleweng dan putar-belit
dan kebodohan dan ketidak-wajaran di alam sempit bangsa Melayu;
betapa sering keadilan dan kejujuran tidak diambil-kira dengan sepatutnya;
dan betapa sering kebenaran dan kesucian diketepi-lupakan
demi citarasa marwah, atau nafsu keduniaan.