Kalau engkau sedang selesa percaya
bahawa engkau adalah perigi, lalu aku, sang timba,
adalah yang patut mencari dan menghampiri engkau
kerana takkanlah perigi mencari timba,
maka segeralah sedar dan membuat pembetulan:
timba adalah tempat untuk diisikan air
sedangkan perigi adalah tempat yang mengandungi air;
sebenar-benarnya, adakah lelaki, atau adakah perempuan,
adalah tempat untuk diisikan air;
oleh itu, tidakkah perempuan adalah sang timba,
maka lelaki, mungkin kecuali pondan, adalah sang perigi?
Lagipun, tidakkah Muhammad, rasulullah, dilamar oleh Khadijah;
elok benarkah kalau perempuan marwah, atau lelaki syahwat,
diambil sebagai model ikutan, atau pasangan hidup;
dan kalau si isteri bukanlah yang mahu menggoda,
bukan pula yang suka melayan, tetapi yang mengharap dilayan,
maka apakah mungkin jadinya, atau sudahnya?
Jujur dan munasabahlah; berpijaklah di bumi nyata, bukan ikut suka;
dan kewajaran, selain pengetahuan, bukan adat, bukan salah-percaya,
dan bukanlah marwah serta kebendaan duniawi,
adalah yang meninggikan martabat diri, serta membawa ke Syurga.
Sedarlah, yang penting untuk dinilai bukanlah cintamu, tetapi sikapmu,
sebagaimana yang penting bukanlah wajahmu, tetapi hatimu;
Allah, tuan Alam, pencipta Islam, adalah maha suci bahkan teramat mulia,
bukan mata duitan, bukan bodoh, dan bukanlah kurang dalam kewajaran;
dan berterus-terang memberikan kepastian, mempermudahkan urusan,
sedangkan mementingkan kesucian, bukan menyombong, bukan meninggi diri,
adalah yang patut dikatakan jual mahal, selain menjaga diri dan memperbaiki.
Hmm, patutkah aku dibiarkan ragu, tidak pasti mengenai perasaanmu;
adakah yang engkau sebenarnya mahu adalah bohjan,
atau muka tembok, atau ayam jantan, maka bukanlah aku;
dan tidakkah berterus-terang, lebih-lebih lagi berlandaskan
keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran,
adalah tangga kebahagiaan, bahkan kemuliaan?