Wednesday, February 1, 2012

Salam SeMalaysia Dan Makmur SeDunia @ Kenali Sebenar Islam

Janganlah tertipu atau terpedaya; yang betul mementingkan keamanan bukanlah yang cakap pentingkan keamanan, juga bukanlah yang mengajak supaya memperjuangkan keamanan dan perpaduan: yang sungguh mementingkan keamanan adalah yang cukup mementingkan keadilan dan kebenaran; keadilan adalah kunci keamanan dan perpaduan, tidak seperti perkauman, tidak seperti keangkuhan; dan yang betul orang Islam, yakni yang menyerah diri kepada Allah, bukanlah pelampau ataupun pendusta, juga bukanlah yang sekadar mempertuhankan Allah. Sedarlah, keamanan di Malaysia hingga sekarang bukanlah akibat kepandaian dan kebaikan UMNO, tetapi akibat kesabaran dan kebaikan lawannya, di samping kerana Allah masih kesian atau masih sabar: Allah tahu berapa banyak kesalahan yang telah dilakukan oleh UMNO yang tidaklah salah kalau dibalas atau dilayan dengan kekerasan; dan Allah tahu betapa UMNO Malaysia adalah seperti Zionis Israel. Demi marwah, atau juga demi kebendaan duniawi, tidakkah mungkin UMNO akan membuat kacau kalau kalah; dan patutkah dibiarkan saja usaha jahat UMNO untuk berkuasa: hmm, murni atau bijakkah kalau membiarkan kejahatan demi keamanan?
       Perkauman, apatah lagi perhambaan, tidaklah sejajar dengan kesaksamaan; perkauman, apatah lagi perhambaan, tidaklah sejajar dengan keadilan, maka tidaklah sejajar dengan ketaqwaan kepada Allah; dan semestinya orang Islam adalah menyembah Allah: sedarlah, adil, bukan sayang, dan bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa, yakni ketaqwaan kepada Allah; menyembah Allah, apatah lagi masuk Islam, bukanlah dengan cakap, tetapi dengan sikap; dan adil, apatah lagi taqwa, adalah sesuatu yang murni atau bahkan mulia, tidak seperti perkauman, tidak seperti perhambaan. Hakikatnya, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia yang akbar berbanding semua, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan, Dia yang sepatutnya dipertuan-rajakan; suka atau tidak, hak dan kekuasaan Allah, dan kemuliaan dan kedudukan Allah, tidaklah bergantung kepada penerimaan siapapun makhlukNya, apatah lagi sekadar Melayu; dan hakikatnya, Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia: soalnya, mahukah kita menyembah Allah dan menyerah diri kepadaNya, dan mahukah kita setia serta taat kepada Allah, tidak curang ataupun derhaka terhadapNya?
       Kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan, dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya. Kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri; oleh itu, menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah, bukan bermakna mempertuhankan Allah. Dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah, dan erti menyembah adalah menghambakan diri; oleh itu, erti sembahyang adalah penghambaan diri, yakni ibadat, bukan solat. Sedarlah, solat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang, dan rob tidaklah sama ertinya dengan tuhan; juga sedarlah, bahawa perhambaan adalah di mana selain Allah adalah raja ataupun tuan ke atas sebilangan yang lain, dan bahawa perkauman adalah di mana sesuatu kaum, yakni bangsa, diistimewakan ataupun dipentingkan dari yang lain; dan fahami dan sedarlah, bahawa tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan perkauman, dan dengan pemaksaan dalam ugama, khususnya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Sesungguhnya, ketuanan Allah, si pencipta, bermakna kemerdekaan untuk manusia, juga bermakna kesaksamaan; mempertuankan, apatah lagi memperajakan, Isa atau siapapun selain Allah bermakna perhambaan, juga bermakna shirik, yakni curang terhadap Allah; dan mushrik adalah najis, menurut al Quran, kalamullah: sepatutnya, Allah adalah yang dipertuankan, juga yang diperajakan, bukan makhlukNya, apatah lagi hambaNya; sepatutnya, Allah adalah yang disanjung-agungkan, serta yang dipertuan-rajakan, kerana Allah adalah yang sungguh maha mulia serta sungguh maha berkuasa berbanding semua; dan Allah adalah akbar tiada tandingan, maka tidaklah patut kalau perintah atau ajaranNya, atau hukum atau kehendakNya, atau penilaian atau pandanganNya, disama-pentingkan dengan yang lain, apatah lagi kalau dicanggah atau diketepikan; namun kesedaran, apatah lagi hidayah Allah, bukanlah untuk semua; subhanallah; walhamdulillah.
       Terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar, dan perbaikilah sikap dan isi hati; percaya saja, apatah lagi yakin membuta, adalah kerja bodoh, di samping ianya adalah ajaran untuk menyesat-butakan; dan jadilah orang akal dan orang ilmiah dan orang wajar: Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, maka fahamkan dan hayatilah; perkauman, apatah lagi perhambaan, adalah antara perkara melampau yang patut ditentang keras, tidak patut diredhoi, usahkan disokong; dan Islam, sebenar Islam, adalah untuk kemerdekaan manusia dan kesaksamaan, di samping untuk keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran, tidak seperti muslim palsu mushrik, juga tidak seperti pengikut Hadis dan orang perkauman; sedarlah. Setelah mengikut Hadis atau Sunnah atau sesuatu mazhab, atau setelah bergurukan seseorang manusia, apakah hasilnya: adakah, atau betulkah Allah adalah yang disembah, bukan cakap saja, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri, dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; dan adakah ajaran Allah adalah yang diterima-pakai, bukan yang sebenarnya dicanggah walaupun sedikit? Ingatlah, kalau kita tidak tahu ajaran yang terkandung dalam al Quran, kalamullah, maka mudahlah kita dipesong-sesatkan, dan bukanlah kita sebenarnya dari golongan yang berimamkan al Quran; kalau kita tidak menggunakan logik dan otak, maka mudahlah kita terpedaya serta tercemar, lebih-lebih lagi kalau marwah atau kebendaan duniawi ataupun Hadis adalah yang dipentingkan; dan kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah yang kepadaNya kita dikembalikan untuk perkiraan dan pembalasan, sejajar dengan titah dan ajaran yang terkandung dalam al Quran; Allahu akbar. 
»»»  Renungkanlah Juga  ««« 
Siapakah yang engkau sanjung-agungkan; siapakah yang engkau pertuan-rajakan; siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu: adakah jawapan engkau sama saja dengan jawapan Muhammad, rasulullah, iaitu dia, pejuang kemerdekaan manusia, iaitu dia, penentang perhambaan dan perkauman? Dan siapakah yang suka atau redho, kalau engkau mengaku tuan atau bahkan mengaku raja ke atas seseorang hamba ataupun makhluk Allah: adakah Allah dan rasulNya, atau adakah Iblis dan baruanya?