dan sepatutnya, lelaki adalah perigi, iaitu tempat yang mengandungi air, bukan timba,
bukan tempat untuk dimasukkan air; oleh itu, perempuanlah yang sepatutnya menghampiri,
atau yang memulakan kemesraan, tidak seharusnya menanti, tidak sepatutnya diam saja:
mampukah kamu faham atau tercapaikah akalmu, kalau kamu sanggup atau juga berani
untuk memikirkan dengan jujur serta munasabah, tidak ikut suka, tidak ikut marwah;
atau adakah sombong sudahpun merencat pemikiran, atau ketidak-jujuran memesongkan?
Aku bukanlah orang syahwat mata ke-ranjang, juga bukanlah aku orang marwah yakin hebat;
marwah, bukan hanya nafsu, patutlah dikawal atau diketepikan atau juga dibersihkan,
tidaklah patut diambil bagaikan tuan ataupun imam, ataupun sebagai sahabat;
dan al Quran, kalamullah, patutlah kita ketahui dan terima-pakai ajaran yang terkandung
sebelum ianya betul adalah imam ataupun kitab panduan kepada kita, makhluk kepunyaan Allah:
aku adalah pemikir, dan aku adalah singa ataupun kuda, pastinya bukan si jantan yang berkokok;
aku bukanlah pengorat usahkan bohjan, dan janganlah syahwat disangkakan cinta;
dan percaya saja, apatah lagi sembrono yakin, adalah kerja bodoh, pastinya bukan tindakan bijak,
di samping ianya adalah ajaran untuk menyesat-butakan, pastinya bukan untuk kesempurnaan akal.
Antara cinta sejati dan cinta syahwat dan cinta kebendaan, cinta apakah yang sepadan dengan sikapmu?
Setelah kamu tahu ataupun faham, adakah kamu menerima, walaupun menyakitkan, kebenaran
ataupun kewajaran yang boleh dikatakan membantu ke Syurga?
Sudahkah kamu mendapat hidayah, maka kamu betul menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah?
Dan layakkah kamu diselamatkan, sedangkan Allah amat mementingkan keadilan dan kebenaran
hinggakan Dia tidaklah sudi untuk memberikan hidayah kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta?
Mengaku diri hamba Allah, dan “Allahu akbar” bersungguh-sungguh diucapkan, tetapi tidaklah Allah
dipertuan-agungkan, dan tidaklah Allah setia diperajakan: apa hal; apa kes; mabukkah; tak reti bahasakah?
Setelah mengikut Hadis dan Sunnah dan sesuatu mazhab, atau setelah bergurukan seseorang makhluk,
adakah, atau betulkah kamu menyembah Allah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri,
dan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan sedangkan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas?
Dan adakah bodoh tidaklah sesuai untuk kamu, ataupun untuk dia yang diambil sebagai imam ataupun guru,
tetapi yang sesuai adalah bangang dan mabuk keegoan, perasan atau bahkan yakin yang bukan-bukan?
Betapa ramainya muslim palsu, sesat, atau jahil, atau bahkan najis tak sedar diri;
betapa ramai yang layak dikatakan kaldai sesat ataupun kakaktua buta;
dan betapa pengikut Hadis dan Sunnah dan mazhab adalah pemesong dan penyesat dan pendusta dan pelampau,
sebenarnya tidak mengikut wahyu, sebenarnya tidak berimamkan al Quran, sebenarnya tidak mentaati Allah;
hmm, betapa hebat dan cemerlang adalah kejayaan syaitan, mak andam kejahatan dan kebodohan:
ikutlah wahyu, yakni ketahui dan terima-pakailah ajaran Allah, termasuklah mengenai hadis dan sunnah
dan syafaat dan najis dan ulama dan kafir dan akal dan kejayaan;
tak reti bahasa dan kejahilan, lebih-lebih lagi sombong dan ketidak-jujuran, boleh amat merosak-rugikan;
dan tidaklah Islam itu indah, usahkan sempurna berbanding ugama ataupun sistem politik yang lain, kalau ianya
tidaklah bercanggah dengan perhambaan dan pemaksaan dalam ugama dan perkauman, khususnya,
dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya; subhanallah.
Sedarlah, Muhammad, rasulullah, dan sebenar sahabatnya, adalah pejuang kemerdekaan manusia,
yakni penentang perhambaan, tidak seperti Abu Jahal dan muslim palsu mushrik selainnya;
sebenar pengikut apatah lagi sahabat kepada Muhammad, atau rasulullah yang lain, bukanlah
yang menyanjung-agungkan dirinya, tetapi yang menyanjung-agungkan Allah, tuannya, rajanya, tuhannya;
dan ketuanan Allah, si pencipta, bermakna kemerdekaan untuk manusia, juga bermakna kesaksamaan,
tetapi ketuanan Muhammad, atau Isa, atau siapapun selain Allah bermakna perhambaan,
juga bermakna shirik, yakni curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, tidak mentauhidkan Allah:
hakikatnya, sama ada disembah atau tidak, Allah adalah dan tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas,
yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, maka fahamkan dan hayatilah sepenuhnya.
Kalau kamu ikutkan marwah, tidakkah kamu akan menjadi sombong, atau juga sesat serta bangang;
kalau kamu ikutkan marwah, adakah kamu akan mempertuan-rajakan Allah serta menyerah diri kepada Allah;
dan tidakkah kerana marwah, lalu Iblis dan Firaun dan Abu Jahal menjadi hina, tidak suci usahkan mulia?
Adakah berjaya, sungguh berjaya, adalah mereka yang hina ataupun bodoh menurut penilaian Allah?
Adakah mulia, sungguh mulia, ataupun bijak, adalah mereka yang curang ataupun derhaka terhadap Allah?
Dan layakkah kamu mendapat hidayah, atau adakah sombong dan ketidak-jujuran sudahpun membutakan?
Semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin mementingkan akal dan kewajaran;
semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin berpandukan al Quran, kalamullah;
dan semakin mementingkan marwah dan kebendaan duniawi, takkanlah semakin sesuai untuk cinta sejati,
apatah lagi untuk hidayah dan ketenteraman, apatah lagi untuk kasih Allah dan SyurgaNya.
» Renungkanlah Juga «
Janganlah tertipu; janganlah terpedaya; dan marwah tidaklah patut diikutkan: sebenar pengikut, apatah lagi sahabat rasulullah, adalah yang menyanjung-agungkan Allah; menyembah Allah dan menyerah diri kepada Allah adalah bagaimana untuk menjadi muslim, sebenar muslim; dan bukanlah mukmin, usahkan muttaqin, apatah lagi rasulullah, kalau sebenarnya tidak menyembah Allah, apatah lagi kalau menentang Allah, tidak menyerah diri kepada Allah, Dia yang tetap tuhan walaupun tidak disembah.