Aku lelaki, bukan jantan. Bersyahwat, begitu juga bermarwah, bukanlah lebih baik ataupun lebih berfaedah berbanding berakal, apatah lagi berbanding berhikmah. Dan aku lelaki sejati, bukan timba, yakni bukan tempat untuk dimasukkan air, tidak seperti maknyah. Perigi adalah tempat yang mengandungi air; dan timba adalah tempat untuk dimasukkan air; maka, siapakah yang patut diumpamakan perigi, bukan timba? Hakikatnya, adakah lelaki, atau adakah perempuan, adalah tempat dimasukkan air, yakni bagaikan timba? Berpijaklah di bumi nyata; terimalah yang benar ataupun yang munasabah; dan janganlah menyangka-nyangka, usahkan membohong. Mesra, serta berterus-terang dan jujur: begitulah sikap ataupun pendekatan yang sesuai untuk digunakan terhadap aku. Betapa penting adalah kejujuran; dan betapa merosakkan ataupun tidak wajar adalah marwah: sedarlah. Wahai perempuan, berpura-pura menyukai lelaki lain tidaklah membuatkan aku menghampirimu, tetapi membuatkan aku menjauhkan diri. Dan syahwat, iaitu keinginan, bukanlah cinta, iaitu perasaan. Cinta sejati bukanlah cinta syahwat, usahkan cinta kebendaan. Cinta sejati bukanlah ada di mana-mana saja. Dan sikap, terutamanya sikap terhadap Allah, adalah yang paling penting untuk diambil-kira. Lain hati, lain isinya. Lain jiwa, lain nilainya. Dan janganlah dangkal ataupun tak pandai menilai. Sepadankah jiwa yang kotor dengan hati yang mulia? Sesuaikah yang mementingkan kejujuran dan keadilan dengan yang mementingkan marwah dan kebendaan duniawi? Dan sesuaikah cinta sejati dan Syurga untuk pelampau ataupun pendusta? Janganlah terpedaya oleh keyakinan. Hakikat tidaklah bergantung kepada keyakinan dan kehendak makhluk. Dan Islam, sebenar Islam, iaitu agama ciptaan Allah, adalah sepertimana yang dinyatakan melalui al Quran, kitab wahyu, kalamullah. Tadabburlah surah Kafirun dengan jujur, lalu sedarlah bahawa yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam, dan bahawa yang menyembah selain Allah adalah kafir. Hidayah Allah dan SyurgaNya, begitu juga cinta sejati, dan begitu juga kefahaman sebenar dan kesedaran, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Setakat manakah kebaikan engkau? Dan Allah bukan bodoh, juga bukanlah yang memerlukan. Fahamilah.
Sesungguhnya, tidaklah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad masuk Islam dengan mengucap kalimah syahadah, maka takkanlah Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad mengajar bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Demi Allah, bohong ataupun tidak benar adalah bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah. Dan aku adalah singa ataupun kuda, bukan ayam, juga bukan muka tembok. Lelaki idaman janganlah dinanti, tetapi dihampiri. Dan ingatlah, takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, bahawa tidaklah lelaki, tetapi perempuan, adalah tempat dimasukkan air, yakni bagaikan timba. Takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, bahawa lelaki adalah yang patut diumpamakan perigi. Lebih penting, yang menyembah selain Allah tidaklah baik untuk yang menyembah Allah, hanya Allah. Dan tidaklah Allah mencipta jin dan manusia melainkan supaya beribadat kepadaNya, yakni supaya menyembahNya; maka, tiadalah yang lebih penting berbanding menyembah Allah, hanya Allah; dan tiadalah yang lebih teruk berbanding menyembah selain Allah. Kepada yang mengaku orang Islam, juga kepada yang mengaku orang Kristian: percayakah engkau bahawa Allah adalah tuanmu, rajamu, tuhanmu, dan bahawa Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, serta bahawa kepada Allah kita patut aslam, yakni menyerah diri? Selidiklah. Janganlah menyangka-nyangka, usahkan sembrono yakin. Dan janganlah membuta percaya ataupun membuta tidak percaya. Fikirlah dengan jujur serta dengan rasional, bukan ikut sedap marwah, bukan ikut suka hati. Dan sedarlah, bahawa al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan. Tidaklah Allah meletakkan SyurgaNya di bawah telapak kaki rasulNya; maka, takkanlah Syurga berada di bawah telapak kaki ibu ataupun bapa ataupun suami. Dan Allah adalah yang paling berkuasa, juga yang paling berilmu, serta yang paling mulia; maka, sikap terhadap Allah adalah yang penting berbanding sikap terhadap siapapun selain Allah; dan begitulah juga halnya dengan ajaran dan hukum serta penilaian Allah. Marwah, sebagaimana syahwat, patutlah dikuasai ataupun dikawal ataupun diketepikan, bukan patut diikutkan, bukan patut diperjuangkan, juga bukanlah patut dipertahankan. Disiplinkanlah diri. Dan jadilah orang akal dan orang ilmiah, serta jadilah orang wajar atau bahkan mulia.