Yang menyamakan “rob” dengan tuhan, iaitu “ilah”, adalah yang mempercayai terjemahan ataupun pengertian yang salah, atau bahkan patut dikatakan menyesatkan ataupun pembohong. Dan yang patut ataupun boleh dikatakan berpandukan al Quran adalah yang berpandukan terjemahan ataupun pengertian yang betul, bukan yang percayakan terjemahan ataupun pengertian yang salah. Tidaklah patut dianggap pengikut al Quran, juga tidaklah patut dianggap Muslim, adalah mereka yang salah faham ataupun tidak tahu erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Fahamilah, bahawa Nabi Ibrahim adalah Muslim, walaupun bukanlah pengikut al Quran serta bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Maka? Dan renung atau fikirlah dengan jujur serta dengan rasional.
Kejahilan bukanlah satu-satunya sebab berlakunya salah terjemah ataupun suatu kesalahan. Terjemahan yang salah bukanlah alih-bahasa, tetapi alih-makna. Dan yang percaya, betul percaya, bukanlah yang salah faham ataupun tidak tahu. Yang tahu tidaklah sama dengan yang sebenarnya salah faham ataupun tidak tahu. Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat hidayah Allah dan penghormatanNya. Kalau engkau tidak memikirkan, maka tidakkah engkau serupa pekak ataupun buta, ataupun seperti haiwan ternakan, atau bahkan lebih teruk? Dan antara hidayah Allah dan tipu-daya syaitan, apakah yang sesuai untuk seseorang yang mementingkan marwah dan kebendaan berbanding kebenaran dan keadilan dan kejujuran? Awas, yang percayakan Hadis bukanlah yang sebenarnya mentaati ataupun beriman kepada Muhammad, Rasulullah. Bandingkan Hadis dengan al Quran, lalu sedarlah bahawa Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan. Dan fahamilah, tidak semua layak untuk mendapat hidayah Allah.
Fahamilah, bahawa Muslim bukanlah bermakna yang mengikut al Quran, oleh itu, tidaklah perlu mengikut al Quran untuk menjadi Muslim. Setepatnya, erti Muslim adalah yang menyerah diri kepada Allah, oleh itu, perlulah menyerah diri kepada Allah untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan awas, yang menyamakan “rob” dengan “ilah” ataupun dengan tuhan bukanlah yang sebenarnya mengikut al Quran, tetapi adalah yang bohong atau yang tak reti bahasa atau yang percayakan pengertian yang salah. Melakukan solat bukanlah bermakna menyembah Allah. Dan janganlah sembah hyang, tetapi sembahlah Allah, hanya Allah, iaitu pertuankanlah Allah, hanya Allah, dan perajakanlah Allah, hanya Allah. Ibadat, bukan solat, adalah yang patut disamakan dengan sembahyang ataupun penyembahan. Dan sila fahami tiga ayat pertama di surah Kafirun, serta tiga ayat pertama di surah Munafiqun. Sedarlah, bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, serta bahawa yang tidak menyembah Allah bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin, walaupun melakukan solat serta faham al Quran. Dan perangi atau tolaklah ajaran sesat Syahadah. Fahami atau sedarlah, bahawa mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah. Dan awas, amat rugi dan bahaya serta tidaklah selamat adalah kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah.
Hmm, melakukan solat, tetapi bohong atau membuat pengakuan palsu dalam solat. Dan dia mengajak supaya beriman kepada Allah dan al Quran, tetapi siapakah yang dia sebenarnya sembah? Hakikatnya, erti menyembah adalah menghambakan diri, maka adakah engkau menyembah Allah, iaitu menghambakan diri kepada Allah? Sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan? Kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, menghambakan diri bermakna mempertuankan. Sedarlah, kalau engkau tidak mempertuankan Allah, maka tidaklah engkau menghambakan diri kepada Allah, maka tidaklah engkau menyembah Allah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Adakah engkau percaya bahawa tidak perlu menyembah Allah, hanya Allah, untuk menjadi pengikut al Quran ataupun pengikut Muhammad, Rasulullah? Adakah engkau percaya bahawa tidak perlu menyerah diri kepada Allah untuk menjadi Muslim? Dan adakah engkau percaya ataupun menyangka bahawa seseorang tidak perlu menjadi Muslim sebelum boleh menjadi Muttaqin ataupun Mukmin?
Siasatlah. Fahamilah ajaran Allah mengenai sembah dan Kafir dan aslam dan syahadah. Dan janganlah menyangka ikut suka, usahkan syok sendiri dan mabuk kemarwahan. Hmm, betapa ustaz dan imam adalah yang sesat dan menyesatkan. Awas. Apapun, yang tidak menyembah Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, janganlah dipercayai dalam mempelajari Islam ataupun al Quran. Fahamilah, bahawa ulama bukanlah bermakna yang jujur, usahkan bermakna yang taat-setia kepada Allah, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas. Dan awas, yang tidak menyembah Allah, lebih-lebih lagi yang sebenarnya menyembah selain Allah, tidaklah patut dianggap pengikut al Quran, juga bukanlah yang beriman kepada Allah, di samping tidaklah patut dianggap sebagai pejuang Islam dan kemerdekaan. Sesungguhnya, yang menyembah selain Allah adalah Kafir, maka bukanlah Muslim, usahkan Mukmin, usahkan Muttaqin. Dan sesungguhnya, yang menyembah selain Allah adalah sesat, sangat sesat, serta biadab, sangat biadab terhadap Allah, walaupun sangat tahu al Quran dan melakukan solat dan apa-apa lagi.
Perhambaan bukanlah di mana Allah berkuasa sebagai raja ataupun tuan, tetapi perhambaan adalah di mana selain Allah berkuasa sebagai raja ataupun tuan. Merdeka: Hanya Allah berhak sebagai tuan kita, raja kita. Dan Allah, hanya Allah, adalah yang berhak disembah. Sedarlah, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Awas, solat bukanlah sembahyang ataupun penyembahan. Dan pengertian atau terjemahan yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Pakar, juga ulama, bukanlah yang sentiasa jujur. Dan kalau ada otak, maka gunakanlah ia dengan wajar. Benar, ilmu ada macam-macam. Dan benar, ilmu tidaklah sama saja nilai ataupun kepentingannya. Ilmu apakah yang lebih penting berbanding ilmu masuk Islam? Pokoknya, jadi apa kalau salah ataupun kalau tidak tahu mengenai bagaimana untuk masuk Islam? Jadi Muttaqin ataupun Mukmin ataupun Muslim? Jadi pengikut al Quran ataupun pengikut seseorang Rasulullah? Jadi mulia ataupun baik pada pandangan Allah, Dia, satu-satunya pencipta Islam, Dia, satu-satunya pengarang al Quran, Dia, pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita, Dia, pencipta dan penguasa mutlak Syurga dan Neraka? Fikirlah. Jujurlah. Dan munasabahlah.
Hakikatnya, Muslim bukanlah suatu bangsa, juga bukanlah suatu keturunan. Dan seseorang tidaklah dilahirkan Muslim, juga tidaklah dilahirkan Kafir. Muslim, iaitu orang Islam, adalah seseorang yang berada di dalam Islam. Dan seseorang mestilah masuk Islam untuk berada di dalam Islam. Setepatnya, erti Muslim adalah yang “aslam” kepada Allah, iaitu menyerah diri kepada Allah. Dan “aslam” adalah kata kerja ataupun kata perbuatan, tetapi “Islam” adalah kata nama. Sesungguhnya, erti Islam bukanlah “Salam” ataupun “Peace”, tetapi “Surrender” ataupun Penyerahan, iaitu penyerahan diri kepada Allah yang kepadaNya kita dikembalikan. Fahamilah. Dan terimalah hakikat, walaupun ianya amat bercanggahan dengan marwah dan apapun dan siapapun. Ingatlah, bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah. Menyembah, iaitu menghambakan diri, bermakna mempertuankan. Dan mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah.