Tuesday, April 5, 2016

Tak Mungkin Bersama, Dan Ciri Perempuan Idaman


Berkawan sanggup, berkahwin belum: Begitulah pendirianku terhadapnya. Dan menurut kata seseorang, dia baru berkahwin lagi. Hmmm. Mahukah dia menjadi yang ke 2 atau ke 3 ataupun ke 4 untukku? Dan mahukah dia melamarku? Hmm, tidak mungkin. Maka? Apapun, sudah bertahun aku terbelenggu ataupun terbeban oleh perasaan yang bernama cinta. Betapa aku sekadar boleh menyangka. Dan sejak Khamis atau Jumaat lalu, sudah entah berapa kali aku mengucapkan “Goodbye, Rubi” ataupun “It’s over” kepada diriku. Semoga hilang selamanya atau tidakkan ada lagi sakit atau beban ataupun gelisah gara-gara cinta itu. Semoga akan datang sakinah dan kelapangan untuk hati dan jiwaku. Dan semoga aku akan didampingi kebahagiaan. Allahu akbar.
    Hmm, adakah untukku seorang perawan yang percaya bahawa Allah adalah penciptanya, tuannya, rajanya, tuhannya? Sebenarnya, ramaikah yang akur bahawa Allah adalah pencipta mereka, tuan mereka, raja mereka, tuhan mereka? Dan sekarang ini, ramaikah ibubapa yang percaya bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah? Hmm, gara-gara Munafik dan ajaran sesat Syahadah. Betapa ramai yang mempercayai terjemahan atau pengertian ataupun ajaran yang salah mengenai “rob” dan solat dan sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam dan hadis dan sunnah dan kemerdekaan dan shirik. Betapa ramai yang bohong ataupun membuat pengakuan palsu dalam solat. Dan betapa mereka yang bergelar ustaz dan imam dan ulama adalah mereka yang sesat serta memesong-sesatkan. Nauzubillah.