Suka atau tidak, apakah akibatnya kalau takut, atau kalau tidak mahu untuk mentadabur ataupun memikirkan? Dan antara berguru dan mengkaji-selidik atau memikirkan, yang manakah lebih baik atau lebih penting? Suka atau tidak, siapakah yang wajar atau sepatutnya diambil sebagai guru? Dan siapakah yang tidak wajar diterima sebagai guru? Sebenarnya, apakah akibat tersalah guru? Dan sebenarnya, apakah ajaran Allah mengenai berguru atau berfikir atau tadabur atau hafal atau hadis atau ulama? Suka atau tidak, apakah yang perlu engkau buat, kalau ingin faham, betul faham, atau kalau ingin tahu, betul tahu? Dan bagaimanakah untuk mengelak dari menjadi sebodoh binatang ternakan, usahkan lebih teruk? Sebenarnya, elokkah kalau tidak faham, tetapi hafal ataupun ingat? Sebenarnya, tidakkah al Quran patut ditadabur, bukan patut dihafaz? Dan mengenai imam agama ataupun imam kehidupan, tidakkah al Quran, bukan Hadis, juga bukan seseorang manusia, adalah yang patut diambil sebagai imam?
Sila bandingkan al Quran dengan Hadis, termasuk yang dipercayai sahih oleh ulama Sunnah wal Jamaah. Faham atau sedarlah, Hadis tidaklah patut diterima sebagai kata-kata Nabi Muhammad, usahkan sebagai sumber Islam. Dan awas, janganlah terpedaya oleh ajaran sesat atau temberang ataupun salah-faham mengenai berguru dan ulama dan sunnah dan letaknya Syurga. Sila faham, bahawa ulama, juga Rasulullah, bukanlah pencipta Islam. Dan yang salah mengenai bagaimana untuk masuk Islam, begitu juga yang salah mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, sangatlah tidak patut dianggap ulama Islam. Akur atau sedar atau fahamilah, bahawa sebenar ajaran Muhammad, Rasulullah, adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam al Quran. Dan fahamilah, bahawa hakikat bukan ditentukan oleh ulama, mahupun Rasulullah, usahkan ustaz. Hakikat, termasuklah mengenai erti Islam dan Muslim dan sembah dan tuhan, juga mengenai cara untuk masuk Islam dan menjadi Muslim, bukanlah bergantung kepada ulama, mahupun Rasulullah, usahkan ustaz. Dan janganlah mengada-ngada: Hakikat, iaitu kebenaran, iaitu sesuatu yang benar, tidaklah patut ditolak, walau siapapun yang mengajar, dan walau bagaimanapun ianya disampaikan. Wajarlah.
Kalau engkau tidak memikirkan apa yang engkau telah baca ataupun dengar, maka engkau serupa buta ataupun pekak. Dan yang patut atau lebih patut dianggap bergurukan syaitan ataupun sesat bukanlah yang tidak berguru, usahkan yang berfikir dengan rasional serta jujur, tetapi yang tersalah guru ataupun kitab, begitu juga yang salah-faham serta tidak jujur. Kalau engkau tidak memikirkan, atau tidak menggunakan otak, maka tidaklah mungkin engkau betul faham ataupun betul tahu. Kalau engkau tidak memikirkan, atau tidak menggunakan otak, maka mudahlah engkau untuk menjadi sebodoh binatang ternakan atau bahkan lebih teruk. Dan sesungguhnya, Allah mengajar supaya berfikir serta mentadabur. Sila ambil-tahu ejaan Islam dan aslam serta salam (di dalam bahasa Arab), lalu sedarlah bahawa Islam patut disamakan dengan aslam, bukan dengan salam. Dan benar, abdi adalah perkataan yang berasal dari bahasa Arab yang ertinya ialah hamba. Sedarlah, abdi dan hamba adalah sama ertinya, oleh itu, mengabdikan diri samalah dengan menghambakan diri. Sedarlah, beribadat kepada Allah samalah dengan menyembah Allah. Dan benar, kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Hayatilah.
Awas, tidak mempertuankan Allah, iaitu tidak menerima Allah sebagai tuan, bermakna tidak menghambakan diri kepada Allah. Dan tidak menghambakan diri kepada Allah bermakna tidak menyembah Allah. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah juga bahawa yang membezakan Muslim sebenar dari Kafir yang mengaku Muslim adalah sembahan, iaitu bukan solat. Akur atau sedarlah, bahawa mereka yang menyembah selain Allah adalah Kafir, walaupun melakukan solat serta bergelar ulama muktabar. Dan awas, yang membezakan beribadat dari menyembah, atau abdi dari hamba, bukanlah yang wajar diterima sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran: Begitu juga atau lebih-lebih lagi yang menyamakan “rob” dengan tuhan, iaitu “ilah”, atau menyamakan solat dengan sembahyang; dan begitu juga atau lebih-lebih lagi yang mengajar bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, atau dengan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai Rukun Islam, ataupun dengan mendapat wahyu. Jangan tersalah guru. Dan lebih penting, jangan takut untuk memikirkan.
Akur atau fahamilah, bahawa erti Muslim bukanlah yang mengucap kalimah Syahadah, juga bukanlah yang mengamalkan Rukun Islam, serta bukanlah yang mendapat wahyu. Akurlah atau sila fahami, bahawa erti Muslim, iaitu orang Islam, adalah yang aslam atau menyerah diri kepada Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan aslam atau menyerah diri kepada Allah. Dan fahamilah 3 ayat pertama di surah Kafirun, lalu sedarlah bahawa menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah. Maka? Akur atau sedarlah, bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, mestilah dengan menyerah diri kepada Allah, serta dengan menyembah Allah, hanya Allah. Sampaikan atau ingatlah, bahawa semestinya Muslim, sebenar Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah. Dan akur atau fahamilah, bahawa Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Allah berhak, sepatutnya berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Sedarlah, “rob” bukan tuhan, tetapi tuan, iaitu “lord”. Dan benar, yang tidak berhak sebagai tuan kita tidaklah berhak sebagai raja kita.
Siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu? Apakah agaknya jawapan Rasulullah kepada soalan itu? Adakah jawapan engkau atau si ustaz ataupun ulama sama saja dengan jawapan Rasulullah? Jujurlah. Dan ingat mati. Janganlah memilih-milih kebenaran, juga janganlah memilih-milih kewajaran ataupun keadilan. Yang benar, apatah lagi yang wajar ataupun adil, tidaklah patut ditolak, walaupun si pengajar bukanlah Rasulullah ataupun ulama ataupun ustaz. Dan akur atau fahamilah, bahawa pencipta Islam adalah Allah, hanya Allah, oleh itu, sebenar ajaran dan hukum Islam, termasuk mengenai Kafir dan bagaimana untuk masuk Islam, adalah bergantung hanya kepada Allah, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia, guru teralim, Dia yang tidak memberi hidayah kepada pelampau dan pendusta. Ketahuilah ajaran Allah. Pertuan-rajakanlah Allah. Dan taat, serta setialah kepada Allah.