Thursday, June 30, 2016

Awas, Dan Ketahui Serta Berpeganglah Pada Hakikat Serta Ajaran Allah


Kemampuan berfikir dan tahap kepekaan kita tidaklah sama saja. Ilmu ada macam-macam, maka ulama ada macam-macam. Dan awas, betapa banyak adalah kepalsuan. Sila kaji atau selidik atau "tadabbur". Menyangka, juga menghafal, bukanlah bermakna mengetahui, usahkan memahami. Dan bertanya bukan bermakna berguru. Meniru dan mengikut tidaklah sama saja. Berniat, juga merancang, bukan bermakna berjanji. Dan jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Sebenarnya, apakah yang engkau faham, betul faham, atau tahu, betul tahu, setelah berguru atau membaca atau mendengar?
    Ketahui dan terima-pakailah hakikat, iaitu kebenaran, iaitu sesuatu yang benar. Kebenaran tidak patut ditolak, walau bagaimanapun ianya disampaikan. Dan sila ambil-tahu serta terima-pakailah ajaran Allah, terutama mengenai hukum dan penilaianNya. Kalau ajaran Allah adalah yang dicanggah atau diketepikan, atau kalau ajaran Allah adalah yang tidak diikutkan atau yang tidak dipercaya, maka apakah hasilnya, atau apakah akibatnya, atau apakah susulan itu? Adakah mendapat pahala atau ganjaran yang besar, bukan membawa ke Neraka atau sia-sia? Sebenarnya, tidakkah engkau akan menjadi sesat atau lebih sesat, atau menjadi rosak atau lebih teruk, atau mendapat dosa atau kerugian, kalau ajaran Allah atau kebenaran adalah yang engkau canggah atau ketepikan, atau kalau ajaran Allah atau kebenaran adalah yang engkau tidak ikutkan atau tidak percaya? Dan patutkah engkau berharap mendapat tempat di Syurga atau balasan yang baik dari Allah, sedangkan selain Allah adalah yang engkau sembah, sebenarnya sembah, atau sedangkan kezaliman atau kebodohan atau kepalsuan adalah yang engkau amalkan atau sokong atau percaya? Allah bukan bodoh. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. 
    Sebenarnya, ajaran atau hukum siapakah yang si ustaz atau ulama terima-pakai atau amalkan, atau percaya atau bahkan perjuangkan? Siapakah yang sebenarnya disembah, kalau mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah menyembah? Dan mengenai syafaat atau syahadah atau hadis atau sunnah atau ulama atau najis atau jihad atau solat atau baiah atau infak atau zakat atau sedekah, ajaran atau hukum siapakah yang sebenarnya engkau terima-pakai atau amalkan atau percaya? Janganlah menyangka ikut marwah ataupun ikut selesa. Lihatlah di dalam al Quran. Dan fahamilah, tidak semua mementingkan ajaran Allah, mahupun kebenaran, berbanding marwah dan kebendaan. Hmm, yang ramai adalah yang mengaku percaya kepada al Quran, tetapi tidaklah sebenarnya berpegang kepada ajaran yang terkandung di dalam al Quran. Betul pada sebutan, tetapi tidak betul pada kefahaman. Atau apa yang diucap bukanlah apa yang sebenarnya dipercaya. Dan awas, betapa ramai adalah ustaz dan imam dan ulama yang patut dianggap barua syaitan, atau Munafiq, atau yang menyesatkan, atau yang memesongkan dari Islam dan kewajaran. 
    Hmm, terjemahan atau pengertian atau kefahaman yang salah atau kurang betul. Bohong atau pengakuan palsu atau sangkaan yang tidak munasabah. Dan ajaran sesat Syahadah, iaitu ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap kalimah Syahadah. Hmm, yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Betapa ramai adalah yang melakukan solaat, tetapi tidaklah beribadat kepada Allah, iaitu tidaklah menyembah Allah. Dan yang ramai bukanlah yang beriman kepada al Quran, tetapi yang sebenarnya bercanggah dengan al Quran. Fahamilah hakikat bahawa Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah). Dan "aslim" ialah menyerah, iaitu menyerah diri. Erti Muslim yang tepat atau lebih tepat adalah yang menyerah diri kepada Allah. Dan sedarilah hakikat bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta "aslim" atau menyerah diri kepada Allah.
    Apakah bukti atau alasan yang munasabah bahawa semestinya Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah, atau bahawa masuk Islam, iaitu menjadi Muslim, mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah, serta dengan menyerah diri kepada Allah? Jawapan: 3 ayat pertama di surah Kafirun, dan erti Muslim. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun untuk sedar bahawa yang menyembah selain Allah adalah Kafir, dan bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, serta bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, iaitu bukan solaat. Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyembah Allah, hanya Allah. Sila faham bahawa masuk Islam adalah sama erti atau maknanya dengan menjadi Muslim. Dan erti Muslim adalah yang menyerah diri (kepada Allah), oleh itu, menjadi Muslim mestilah dengan menyerah diri (kepada Allah). Awas, menyerah diri tidaklah sama ertinya dengan berserah diri, sebagaimana aslim bukanlah tawakal. Dan ibadat (ibadah), bukan solaat, adalah yang patut disamakan dengan penyembahan. 
       Sebenarnya, "Islam" adalah suatu kata nama, sedangkan "aslim" adalah suatu kata kerja atau kata perbuatan. Dan fahamilah bahawa erti Islam adalah penyerahan, iaitu penyerahan diri kepada Allah. Apa itu masuk Islam, atau apa itu berada di dalam Islam, iaitu berada di dalam penyerahan diri kepada Allah? Tidakkah itu adalah atau bermakna menyerah diri kepada Allah? Fikirkanlah. Bayangkanlah. Dan patutkah mereka yang salah atau jahil mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, atau mengenai erti sembah atau tuhan atau Muslim atau Islam atau kemerdekaan atau perhambaan, dianggap pejuang atau ulama Islam, atau diambil atau diterima sebagai guru dalam mempelajari Islam ataupun al Quran? Jujurlah. Munasabahlah. Dan betapa penting adalah akal serta kejujuran, atau juga kebersihan atau kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah, Dia yang tidak memerlukan, Dia yang tetap berkuasa walaupun tidak disembah. 
    Janganlah tersalah guru ataupun kawan. Janganlah al Quran sekadar dibaca. Dan betapa tidak memikirkan atau tidak faham boleh amat merugikan atau merosakkan atau menyesatkan atau membahayakan. Ingatlah bahawa ilmu dan kewajaran membawa ke Syurga. Fahami dan sedar dan sampaikanlah bahawa mengucap "kalimah Syahadah" dan mengamalkan apa yang diuar-uarkan sebagai Rukun Islam, begitu juga yakin Muslim dan yakin betul, dan begitu juga menyayangi Nabi Muhammad serta menyayangi Allah dan semua rasulNya, tidaklah menjadikan sesiapapun Muslim, usahkan Mukmin. Dan Syurga tidaklah terletak di kaki Rasulullah, maka takkanlah Syurga terletak di kaki makhluk Allah yang lain. Fahamilah bahawa Hadis tidaklah sejajar dengan al Quran. Dan sebenarnya, adakah Allah menyuruh supaya mengikut "Sunnah Nabi" dan mempercayai ulama? 
••••• 
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan 
Muslim Dari Kafir 
- https://bit.ly/3jcAJC9 
••••• 
Sembah Dan "Ain-Ba-Dal" Dan "Ash-hadu" Dan Solaat Palsu 
- https://bit.ly/2ZF1ncw 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim 
- https://bit.ly/2Y61GMJ 
••••• 
Bohong Di Dalam Solaat, Dan Mengenai Demokrasi 
Dan Raja Dan Shirik Terhadap Allah 
- https://bit.ly/3jVajmU 
••••• 
"Aku" Atau "Saya" Dan Siapa Paling Biadab? 
- https://bit.ly/3ygnbM7