Siapa yang tidak memilih, langsung tidak memilih? Siapa yang sebenarnya tidak berkira, atau tidak menilai? Dan walau sehebat manapun, ulama atau raja manakah yang berani untuk mubahalah demi mempertahankan ajaran atau kepercayaan bahawa menjadi Muslim atau masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah Syahadah, ataupun dengan mengamalkan “Rukun Islam”? Ada? Ataukah tiada? Apapun, kita sepatutnya memilih atau menilai atau percaya atau bertindak berlandaskan apa, atau mengikut apa? Suka atau tidak, apakah yang sepatutnya dipentingkan atau diambil-kira, tidak diperlekeh, usahkan diketepikan?
Benar, kehendak dan kepercayaan kita tidaklah sama saja, tetapi kewajaran, juga hakikat, tidak patut diketepikan. Awas, “tersalah kangkang” membawa derita atau buruk padahnya. Atau bodoh adalah berkahwin ataupun melakukan seks dengan lelaki yang sebenarnya tidak dicinta. Dan marwah mudah diperdaya. Ketahui pilihan yang bijak, sesungguhnya bijak atau tidak bodoh. Dan ketahuilah perbuatan atau penilaian ataupun hukuman yang wajar, betul wajar, tidak zalim, atau tidak melampau. Sila kenal atau ketahui keadilan. Sila sedari hakikat, termasuk atau terutama mengenai Islam dan bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan pentingkan atau ambil-kiralah pandangan atau penilaian ataupun ajaran Allah, Dia, penilai terarif dan hakim terbaik, Dia yang tidak zalim serta tidak memerlukan, Dia yang terlalu berkuasa yang kepadaNya kita dikembalikan.
Janganlah cerdik atau untung jangka pendek, tetapi bodoh atau rugi jangka panjang. Sepatutnya, jangan memilih untuk mengikut marwah dan kebendaan, tetapi memilih untuk mengikut akal serta kewajaran. Dan janganlah memilih untuk mendapat kesenangan atau untung di Dunia, lalu akan sakit atau susah ataupun rugi di Akhirat. Janganlah memilih untuk menjadi seorang yang dangkal ataupun singkat pandangan, tetapi pilihlah untuk menjadi seorang yang dalam atau menyeluruh, serta mengambil-kira Akhirat. Janganlah memilih untuk mengenepikan ajaran Allah, ataupun keadilan, ataupun hakikat. Dan janganlah mati, melainkan di dalam Islam atau sebagai Muslim, sebenar Muslim. Mengenai syahadah Munafiq, sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Awas atau sedarlah, menyaksikan ataupun bersaksi tidaklah sama ertinya dengan memperakui. Dan erti yang tepat untuk “Muslim” ialah yang menyerah diri kepada Allah, susulan itu, menyerah diri kepada Allah adalah perlu untuk menjadi Muslim. Hmm, berapa ramaikah yang percaya atau sedar bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, iaitu mempertuankan Allah, hanya Allah, dan memperajakan Allah, hanya Allah? Dan ramaikah yang memilih untuk menerima bahawa Muslim adalah yang “aslim” atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan curang ataupun shirik terhadap Allah?
Fahamilah, yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Dan kalau engkau sebenarnya bukan Muslim, maka engkau bukanlah sebenarnya pengikut Nabi Muhammad, juga bukanlah engkau sebenarnya Kristian ataupun pengikut Nabi Isa. Allah tidak memberi hidayah, usahkan SyurgaNya, kepada pelampau, juga tidak kepada pendusta, maka penting-beratkanlah kewajaran atau keadilan, dan penting-beratkanlah kebenaran serta kejujuran. Dan fahamilah, bahawa Allah berkira, sangat berkira. Sedarilah hakikat, iaitu fakta atau kebenaran, serta percayalah ia atau terimalah ia, walaupun hakikat atau fakta atau kebenaran itu sangatlah menakutkan serta menyakitkan, dan walau seramai manapun ustaz dan ulama Hadis tidak setuju. Ingatlah, hakikat dan ajaran Islam tidaklah bergantung kepada Rasulullah, usahkan ulama, usahkan ustaz. Dan hubungan yang paling penting untuk dijaga atau untuk diambil-kira adalah hubungan dengan Allah, iaitu Dia yang paling mulia serta paling berkuasa, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka, Dia yang tidak mencipta kita melainkan untuk atau supaya menyembahNya. Sedarlah, beribadat dan menyembah adalah sama ertinya, begitu juga dengan abdi dan hamba. “Rob” bukan “ilah”, maka janganlah menyamakan “rob” dengan tuhan. Dan janganlah sesat atau terpesong gara-gara erti atau terjemahan yang salah atau kurang tepat.
Al Quran, bukan Hadis sahih, adalah yang patut diambil sebagai imam. Ketahui dan terima-pakailah ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuk mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan najis. Dan Allah adalah satu-satunya pencipta Islam, oleh itu, sebenar hukum dan ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, tidak bergantung kepada Rasulullah, usahkan ulama, usahkan ustaz. Awas, melakukan sesuatu yang berdosa atau melampau, begitu juga mementingkan kebendaan atau marwah ataupun adat, adalah untuk masuk Neraka, atau untuk menjadi hina. Dan syaitan mampu untuk menghias kejahatan, juga kebodohan. Beranilah untuk memikirkan secara rasional, serta dengan jujur. Sedarlah, semakin tidak wajar atau tidak jujur atau tidak lurus, maka semakin tidak patut dihormati, juga semakin tidak patut diberikan peluang ataupun kepercayaan. Dan bohong yang paling bodoh adalah bohong kepada Allah, terutama semasa melakukan solaat atau suatu amal ibadat.