Jumaat, 27 Januari 2017

Yang Membezakan Muslim Dari Kafir, Dan Erti Muslim

Pentingkan solaat? Bangga atau rasa gembira selepas melakukan solaat? Sebenarnya, bohong atau tidak dalam solaat? Sedarlah, bahawa yang bohong atau membuat pengakuan palsu dalam solaat, ataupun semasa mengucap ayat 5 surah Fatihah, sepatutnya dianggap Munafiq atau Muslim palsu, bukan sepatutnya dianggap Muslim, usahkan Mukmin. Dan apabila atau kalau terdapat percanggahan antara Hadis dan al Quran, maka ajaran atau kata-kata yang manakah patut diterima: Adakah ajaran atau kata-kata Hadis, atau adakah ajaran atau kata-kata al Quran? Fahamilah, bahawa sewel atau tidak rasional atau tidak patut adalah menerima kedua-duanya. Sebenarnya, siapakah pengarang Hadis, atau siapakah pengarang sesuatu hadis yang dikatakan sahih itu? Dan sebenarnya, siapakah pencipta Islam, maka apakah susulan itu? Beranilah untuk memikirkan secara rasional serta dengan jujur. Dan hakikat, iaitu kebenaran, sepatutnya diterima, bukan sepatutnya ditolak, walau apa pun fatwa ulama. 
Fahamilah, bahawa siapapun Rasululah adalah si hamba, sedangkan Allah adalah si tuan, juga si raja. Patutkah si hamba disama-pentingkan dengan tuannya? Dan sebenarnya, bagaimanakah Rasulullah, termasuk Ibrahim dan Muhammad, masuk Islam atau menjadi Muslim? Mengenai Muslim berbanding Kafir, apakah yang membezakan Muslim dari Kafir: Adakah solaat, atau adakah sembahan? Menurut pengarang Hadis dan ulama Hadis, solaat adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Tapi, menurut pengarang al Quran, iaitu Allah, sembahan adalah yang membezakan Muslim dari Kafir. Fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun, atau sila fikirkan, “wahai Kafir, aku tidak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tidak sembah apa yang aku sembah”. Soalnya, siapakah sembahan, iaitu yang disembah, oleh si “aku”, tetapi siapakah yang disembah oleh si Kafir? Sedarlah, si “aku”, iaitu Rasulullah atau Muslim, adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, dan bahawa si Kafir adalah yang menyembah selain Allah. Maka? Tidakkah benar bahawa yang membezakan Muslim dari Kafir adalah sembahan, menurut al Quran? Munasabahlah. Jujurlah. Dan benar adalah bahawa kita tidaklah dilahirkan Muslim, juga tidak dilahirkan Kafir. Kita dilahirkan jahil, tetapi seperti kain putih. Dan suka atau tidak, atau percaya atau tidak, Allah tetaplah memerintah sebagai tuan dan raja dan tuhan, sebagaimana Allah tetaplah pencipta dan pemberi nyawa dan pengambil nyawa. Fahamilah. Allahu akbar. Walilla-hilhamd.
Sesungguhnya, Nabi Muhammad bukan pengarang Hadis. Nabi Muhammad bukanlah pengarang Hadis, oleh itu, Hadis tidak patut didefinisikan sebagai, ataupun disamakan dengan kata-kata Nabi Muhammad. Dan Allah, hanya Allah adalah pencipta Islam. Allah, hanya Allah adalah pencipta Islam, oleh itu, hukum dan ajaran Islam adalah bergantung hanya kepada Allah, tidak bergantung kepada siapapun Rasulullah, usahkan ulama. Sila ketahui ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran, termasuk ajaran mengenai hadis dan sunnah dan ulama dan najis dan syahadah dan syafaat. Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang “aslim”, iaitu yang menyerah, yakni menyerah diri. Kepada siapa Muslim menyerah diri? Kepada Allah. Setepatnya, erti Muslim ialah yang menyerah diri kepada Allah. Maka? Dan Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah. Awas, jangan tertipu ataupun salah mengenai sembah. Mempertuankan, apatah lagi memperajakan, adalah atau bermakna menyembah. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau engkau adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan engkau. Insaflah. Dan amalkanlah, “oh Allah, penciptaku, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam”.