Sunday, January 28, 2018

Kafir Dan Sembahan Dan Ulama Islam

Yang ramai bukanlah Muslim, tetapi yang mengaku Muslim. Apapun, wahai Kafir, aku tak sembah apa yang engkau sembah, dan engkau tak sembah apa yang aku sembah: Allah, hanya Allah adalah yang aku pertuankan, dan Allah, hanya Allah adalah yang aku perajakan. Suka atau tidak, Allah tetaplah pencipta kita. Suka atau tidak, Allah tetaplah tuan kita, raja kita. Dan Allah, hanya Allah adalah tuhan, iaitu pemerintah yang tidak dikuasai.
       Janganlah salah ataupun silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan salah ataupun tertipu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Mengenai "syahadah Munafiq" ataupun "ajaran sesat Syahadah", sila fahami ayat pertama di surah Munafiqun. Awas, "shim-ha-dal" adalah menyaksikan atau "bear witness", bukan memperakui, dan bukan "declare", juga bukan "testify". Dan yang salah mengenai masuk Islam amatlah tidak patut dianggap sebagai ulama Islam.