Wednesday, January 24, 2018

Tuhan Dan Kebodohan, Dan Yang Patut Dipentingkan

Sebenarnya, betulkah bodoh atau sia-sia? Atau betulkah jahat atau salah ataupun rugi? Atau betulkah Kafir atau sesat ataupun najis, menurut ajaran atau pandangan Allah? Janganlah "main petik" ataupun ikut sedap marwah. Dan janganlah takut untuk memikirkan dan memahami. Betul, Tuhan tidak buat "benda" yang bodoh atau sia-sia, tapi tahukah engkau menilai, atau setakat manakah engkau boleh nampak atau sedar atau faham? Sebenarnya, adakah Allah bodoh kalau atau kerana mencipta kita untuk menyembahNya? Rasional atau munasabahlah.
       Menyangka, begitu juga menghafal, bukanlah mengetahui. Dan Allah adalah penilai terarif, dan hakim terbaik. Janganlah salah ataupun tertipu mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan salah ataupun tertipu mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Dan ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Hakikat dan ajaran Allah: Ketahuilah, dan terima-pakailah. Dan ingat atau fahamilah, bahawa yang patut dipentingkan dan diinginkan adalah keredhoan dan penghormatan Allah, Dia yang maha mulia, Dia yang maha berkuasa, Dia, pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita.