Hakikatnya, mengabdikan diri = menghambakan diri = menyembah = "worship" (bukan "prayer", dan bukan solaat). Abdi = hamba, sebagaimana "abdullah" = hamba Allah. Dan solaat tidaklah patut disamakan dengan sembahyang. Mengenai sembah atau menyembah, sila perhalusi hakikat bahawa menyembah ialah menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba (ataupun abdi), maka adalah tuan, dan bahawa raja, juga "master", adalah tuan (ke atas yang dikuasainya).
"Rob-binnas" (tuan manusia) tidaklah sama ertinya dengan "ila-hinnas" (tuhan manusia). Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan, oleh itu, kalau kita adalah hamba Allah, maka Allah adalah tuan kita. Apakah sepatutnya hak Allah ke atas ciptaanNya, sedangkan Dia adalah yang lebih berkuasa? Allah berhak sebagai tuan, juga sebagai raja ke atas ciptaanNya. Dan kita, ciptaanNya, adalah wajib, sangat wajib setia kepada Allah, di samping wajib taat kepadaNya. Hmm, nak jadi Muslim, tapi jadinya Muslaam. Nak jadi Quranis, tapi jadinya Quran-miss. Hmm, betapa ramai yang sesat atau terpesong akibat pengertian yang salah, atau akibat pengertian yang diada-adakan, ataupun akibat ketidak-jujuran sendiri.