Thursday, September 6, 2018

Al Quran Dan Hadis: Kata-Kata Siapakah?

Penulis bukan bermakna pengarang. Apapun, kenapakah al Quran bukanlah kata-kata Rasulullah, atau tidak patut dianggap sebagai kata-kata Rasulullah? Jawapan: Sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Fahamilah. Luruslah. Sesungguhnya, al Quran bukanlah kata-kata Rasulullah sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Bagaimana pula dengan Hadis "sahih" atau "Hadis Rasulullah": Siapakah pengarangnya?
       Penulis berbanding pengarang: Fahamilah bahawa yang berkata-kata adalah si pengarang. Hadis "sahih" ataupun "Hadis Rasulullah" bukanlah kata-kata Rasulullah sebab pengarangnya bukanlah Rasulullah. Dan setepatnya, Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Rasulullah, oleh itu, menolak ataupun mencanggah Hadis "sahih" bukanlah bermakna mendustakan Rasulullah. Faham? Ada akal, sila fikir. Dan janganlah tertipu, usahkan menipu ataupun berdolak-dalih. Engkau tidak faham? Sila fikir, apakah yang engkau belum tahu, atau sedang salah-percaya, lalu engkau tidak dapat untuk memahami atau menyedari?
       Hmm, apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan atau ajaran yang salah mengenai erti Hadis "sahih" atau sunnah ataupun syahadah? Awas, terjemahan atau pengertian yang salah adalah menyesatkan atau memesongkan. Dan perlu atau sangatlah penting adalah akal serta kejujuran, atau juga keadilan serta kebaikan hati, untuk mendapat kefahaman sebenar dan kesedaran, apatah lagi untuk mendapat penghormatan Allah dan suatu tempat di SyurgaNya.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN