Friday, September 7, 2018

Hukum "Syarak" Dan Muslim Sebenar

Betapa ramai yang tidak mempercayai ajaran Allah mengenai najis. Betapa ramai adalah Kafir atau pelampau yang mengaku Muslim. Dan betapa ramai yang sedang sesat akibat pengertian yang salah mengenai Hadis "sahih" dan sunnah. Sebat atau rejam: Apakah ajaran Allah, Dia, pengarang al Quran, Dia, "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas"? Apakah pula ajaran Allah mengenai najis atau hadis atau sunnah ataupun syahadah?
       Ajaran Allah dan hakikat: Ketahuilah, dan jadikanlah pegangan. Allah adalah pencipta Islam, satu-satunya pencipta Islam, maka? Sedarlah, kalau ia bukan hukum Allah, maka ia bukanlah hukum Islam. Tidak ada mazhab di dalam Islam. Dan jadilah Muslim, iaitu bukan pengikut apa pun mazhab. Al Quran, bukan Hadis "sahih", adalah panduan kepada Nabi Muhammad dan Muttaqin serta Muslim sebenar yang lain. Dan sebenar ajaran Nabi Muhammad mengenai sebat atau najis atau apa pun adalah sepertimana yang dinyatakan di dalam al Quran.
       Kalau ingin tahu sebenar ajaran Allah ataupun ajaran Nabi Muhammad, begitu juga kalau ingin tahu mengenai apa yang patut dibuat atau dipercaya atau dipenting-beratkan, maka ketahuilah ajaran yang terkandung di dalam al Quran. Pendek kata, al Quran adalah sumber Islam dan kewajaran, tetapi Hadis "sahih" adalah sumber bidaah dan kesesatan. Awas, terjemahan atau pengertian yang salah janganlah tidak disedari, usahkan diterima-pakai. Sedarlah, yang penting bukanlah "betul sebut", tetapi "betul faham" dan "betul percaya". Dan Nabi Muhammad, begitu juga Muslim sebenar yang lain, bukanlah yang percaya bahawa masuk Islam adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah".
       Fahami atau sedarlah bahawa kita adalah ciptaan serta hamba kepunyaan Allah. Benar, Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita. Dan suka atau tidak, kita wajib taat dan setia kepada Allah. Sesungguhnya, Rasulullah, begitu juga Muslim sebenar yang lain, adalah yang menyembah hanya Allah, iaitu menghambakan diri hanya kepada Allah, tidak mempertuankan selain Allah, usahkan memperajakan selain Allah. Ingatlah, yang penting atau lebih penting adalah penilaian Allah. Dan mati, ingatlah mati.
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob", Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Kafir, Menurut Al Quran
https://goo.gl/8oW1ZD