Monday, September 3, 2018

Antara Ulama Dan Hadis "Sahih" Dan Islam

Apakah ajaran ulama atau ustaz mengenai najis, tetapi apakah ajaran Allah mengenai najis? Bagaimana pula dengan ajaran mengenai syahadah atau hadis ataupun sunnah? Dan apakah hukum menolak ajaran Allah yang terkandung di dalam al Quran? Hmm, betapa yang menyesatkan bukanlah Yahudi, tetapi ulama dan ustaz yang disangkakan Muslim.
       Awas, ulama Hadis janganlah disamakan dengan ulama Islam. Hadis "sahih" janganlah disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Dan mereka yang tidak betul mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam sangatlah tidak patut untuk dianggap sebagai ulama Islam, mahupun Muslim sebenar, lebih-lebih lagi mereka yang tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim. Janganlah engkau ucap "ash-hadu", kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan. Dan fahami ayat pertama di surah Munafiqun.
       Sedarlah bahawa yang sentiasa patut dijadikan pegangan adalah ajaran Allah serta hakikat, iaitu kebenaran atau fakta. Dan yang patut dipentingkan adalah pandangan Allah berbanding pandangan seramai mana pun hambaNya. Sebenarnya, siapakah pengarang Hadis "sahih"? Sedarlah bahawa kalau pengarang Hadis "sahih" bukanlah Nabi Muhammad, maka Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Nabi Muhammad. Dan kalau Hadis "sahih" bukanlah kata-kata Rasulullah, maka menolak Hadis "sahih" bukanlah bermakna mendustakan Rasulullah. Munasabahlah. Dan benar, ilmu, juga sikap, tidaklah sama pentingnya.
       Ketahuilah "ilmu sembah" dan "ilmu masuk Islam". Dan sedarlah bahawa sembahan, iaitu bukan solaat, adalah perkara yang paling penting untuk diambil-kira. Sila fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun. Dan sedarlah bahawa menyembah dan menghambakan diri dan beribadat dan mengabdikan diri adalah sama ertinya. Hmm, patutkah aku dituduh mendustakan Rasulullah kerana menolak Hadis yang dikatakan "sahih"? Janganlah memfitnah ataupun merepek. Ingat, Hadis "sahih" tidaklah patut disamakan dengan kata-kata Rasulullah. Hmm, apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan yang salah mengenai erti Hadis "sahih" ataupun sunnah?
       Apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat kepercayaan yang salah mengenai erti tuhan ataupun sembah? Dan apakah antara fitnah atau bohong atau "karut" akibat terjemahan atau pengertian yang salah mengenai "rob" atau "malik" ataupun "ilah"? Apapun, kalau engkau ingin menjadi Muslim, maka engkau perlu "aslim" di samping menyembah Allah, hanya Allah. Buktinya? Fahami erti Muslim dan surah Kafirun.