Tuesday, February 12, 2019

Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim

Adakah kita seagama? Agamaku adalah Islam, iaitu Penyerahan, yakni penyerahan diri kepada Allah, Dia, pencipta manusia, tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Maka? Jujurlah. Terima dan sampaikanlah yang benar. Dan perbaikilah isi hati.
•••••
Apakah Kristian? Erti Kristian ialah pengikut Jesus Christ. Dan Jesus Christ ialah Isa al-Masih, iaitu Nabi Isa, Rasulullah. Maka? Pendek kata, erti Kristian ialah pengikut Nabi Isa. Dan erti Muhammadis ialah pengikut Nabi Muhammad. Malangnya, yang ramai sebenarnya bukanlah Kristian, juga bukanlah Muhammadis. Sedarlah. Fikirkanlah. Dan fahamilah, Kristian bukanlah agama sebagaimana Muhammadis dan Muslim bukanlah agama.
       Siapapun Rasulullah menyembah Allah, hanya Allah, dan beragamakan Islam, begitulah juga dengan pengikutnya, sebenar pengikutnya. Bagaimanakah Rasulullah masuk Islam, yakni menjadi Muslim? Dan adakah "Jesus Christ" ataupun Nabi Muhammad mengucap "ash-haduan-na Muhammadar rasulullah" untuk masuk Islam? Sedarlah, bidaah dan bohong dan menyesatkan adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Suka atau tidak, Kristian dan Muhammadis adalah Muslim dan bersaudara, sebagaimana Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah Muslim dan bersaudara. Dan kalau agamamu bukanlah penyerahan diri kepada Allah, maka agamamu bukanlah Islam.
       Muslim ialah orang Islam, dan Muslim adalah yang berada di dalam Islam, tetapi sedarlah juga bahawa Muslim ialah yang "aslim". Dan aslim ialah menyerah, sedangkan tawakkal ialah berserah. Fahamilah, yang menyerah (Muslim) adalah sama ertinya dengan yang berada di dalam penyerahan (Islam). Maka? Benar, erti Islam ialah penyerahan, bukan "salaam", bukan aman, juga bukan "peace". Sesungguhnya, erti Muslim bukanlah pengikut Nabi Muhammad. Yang berada di dalam "salaam", iaitu aman atau "peace", patut dipanggil Muslaam, bukan Muslim. Dan benar, Islam adalah agama ciptaan Allah, Dia, pencipta kita, Dia, pengarang al Quran, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka. Maka?
•••••
Bukalah minda. Fikir dan fahamilah fakta. Hmm, penyakit menyangka-nyangka. Penyakit syok sendiri. Dan penyakit marwah gila. Apapun, janganlah bodoh tak boleh diajar, usahkan sesat tak boleh dibimbing. Ada otak, sila guna. Ada akal, sila fikir. Dan janganlah untung jangka pendek, tetapi rugi jangka panjang. Allah bukan bodoh. Dan Neraka sedia menanti.
•••••
Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal
https://goo.gl/nEYowK
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Tuan Dan Hamba, Dan Kewajaran
https://goo.gl/atM53P
•••••
Najis, Sebenar Najis
https://goo.gl/Zs3dQP

Sayangi Malaysia: Reformasi Pencen @ Gaji Buta

Berapakah harga se tan sawit di Indonesia atau negara lain? Dan setujukah Mahathir dan menteri Malaysia yang lain bahawa pencen adalah "gaji buta", juga "tongkat"? Apapun, kepada Menteri Kewangan atau Yang Tahu, berapakah jumlah kos atau bayaran pencen setiap bulan, dan siapakah yang mendapat lebih dari 1 bayaran pencen atau mendapat pencen lebih dari RM5,000 dari kerajaan setiap bulan? Boleh berterus-terang? Atau siapakah yang menghalang? Dan fahamilah, bilangan pesara dan penduduk bertambah setiap tahun. Maka?
•••••
Pencen: Bagaimanakah sistem atau program pencen di USA atau Jepun atau China? Apakah bezanya? Pendek kata, sistem atau program yang baik patut dicontohi walau dari manapun datangnya ia. Dan kalau negara tak cukup duit, maka apakah akibatnya? Harga sawit dan getah menurun? Saman meningkat? Bantuan kewangan untuk bujang B-40 dihapuskan? Apapun, jom ubah, atau jom sokong untuk perubahan demi kebajikan masyarakat dan kemajuan negara. Tak perlu guna senapang dan berlandaskan marwah, tetapi akal yang waras dan keprihatinan. Benar, fakta dan ajaran Allah patut disedari dan disampaikan. Dan sila buktikan, kalau engkau fikir bahawa aku salah.
•••••
Patriotik? Pejuang? Prihatin? Siapakah menteri atau "orang kuat" ataupun seseorang yang berani atau mahu untuk mengubah sistem pencen negara supaya lebih dana dapat diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan, ataupun supaya negara mempunyai cukup atau lebih wang untuk melaksanakan program kebajikan dan kemajuan? Anwar Ibrahim? Azmin Ali? Mahathir Mohammad? Zahid Hamidi? Hadi Awang? Siapa? Dan apakah yang boleh dilakukan supaya negara Malaysia akan bebas dari hutang dalam masa 5 hingga 10 tahun? Ingat, takkanlah setiap orang yang sedang atau akan mendapat bayaran pencen yang "lumayan setiap bulan" akan setuju untuk membuat perubahan kepada sistem pencen sedia-ada. Dan fikir, bolehkah PH ataupun BN menang kalau tidak mendapat undi perokok dan bujang B-40? Janganlah syok sendiri, usahkan melampau ataupun bohong.
•••••
Pencen adalah gaji buta, juga boleh dianggap sebagai tongkat yang kukuh. Sistem Pencen patut diubah demi kebajikan masyarakat dan kemajuan negara. 1 individu dapat 1 pencen sahaja dan amaunnya tidak lebih dari RM5,000 sebulan. Dan pewarisan pencen tidak lebih dari 3 tahun. Okay? Atau apakah yang lebih baik? Fikirlah. Jadilah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan. Awas, jangan silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam, usahkan silap mengenai "masuk Islam". Dan untung atau selamatkah kalau mati sebagai seorang yang sebenarnya menyembah selain Allah?
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq"
Dan Hadis "Sahih"
https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
https://goo.gl/pezs6w
•••••
Ulama Dan Bukti, Dan Erti Islam
https://goo.gl/UpQzHH