Saturday, July 27, 2019

Siapa Patut Belajar, Atau Akal Kat Mana?

Engkau menyombong atau yakin betul, lalu menyuruh aku supaya belajar lagi? Hmm, apakah yang aku tidak tahu atau tidak betul? Bagaimana pula dengan engkau, atau si guru atau ustaz yang engkau hormat dan percayakan? Menyangka bukanlah mengetahui. Sangkaan bukanlah pengetahuan. Menyangka-nyangka dan berdolak-dalih: Hmm, akal kat mana? Janganlah "main petik", usahkan membuta percaya dan sembrono yakin: Tuduh atau sangka atau percayalah berlandaskan fakta atau bukti atau alasan yang munasabah. Bukalah minda. Bukalah minda. Dan janganlah tersalah kitab ataupun guru, usahkan takut untuk memikirkan.
       Allah menyuruh supaya tadabbur, bukan hafaz. "Betul faham" lebih penting berbanding "betul sebut". Dan ingatlah, yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih tahu berbanding yang "mengaji" (berguru). Mengenai solaat, Hadis manakah yang menunjukkan cara melakukan solaat? Ada ke? Sedarlah. Solaat tidaklah sama ertinya dengan sembahyang. Dan sedarlah, mengucap 2 "kalimah Syahadah" bermakna bohong 2 kali. Maka? Dan janganlah mendustakan atau memutar-belit ataupun berdolak-dalih: Wahabi atau Sunni atau Kristian atau tidak, kebenaran patut diterima, walau siapapun yang menyampaikannya. Apakah hukum menolak atau mencanggah ajaran Allah ataupun kebenaran? Dan keyakinan tidak mengubah hakikat.
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Erti "Amal Ibadat" Dan "Rob",
Dan Mengenai Menyembah Hanya Allah
- https://goo.gl/pezs6w
•••••
Rasulullah Dan "Syahadah Munafiq" Dan Hadis "Sahih"
- https://goo.gl/1LwnQ8
•••••
Tersalah Guru, Dan Mengenai Berakal
- https://goo.gl/nEYowK