Saturday, August 17, 2019

Kalau Nak Sesat, Dan Kalau Tak Nak Sesat

Ikutlah bohong atau kepalsuan atau sangkaan, kalau nak sesat, dan berdolak-dalih atau menyangka-nyangkalah sejajar dengan "suka hati" ataupun marwah (maruah). Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. Kalau engkau pentingkan kebenaran berbanding marwah dan siapa pun, apatah lagi kalau engkau ingin masuk Syurga, maka engkau perlulah berfikir dan memikirkan secara jujur, dan engkau perlu tahu dan mengambil-kira ajaran Allah, juga fakta atau bukti atau alasan yang munasabah.
       Yang sesat bukanlah yang mempercayai ajaran Allah dan kebenaran, tetapi yang menolak atau mencanggah ajaran Allah ataupun kebenaran. Dan menolak atau mencanggah kebenaran bermakna mendustakan. Sangkaan bukanlah pengetahuan. Dan menyangka bukanlah mengetahui. Yang mengkaji adalah yang tahu atau lebih tahu berbanding yang "mengaji" (berguru). Yang hafaz (hafal) bukan bermakna yang faham, usahkan yang percaya (beriman). Dan fahamilah, kebenaran patut diterima, walaupun yang menyampaikannya adalah seorang Mushrik, najis, atau Fasiq (Fasik) atau apa pun.
•••••
9 Betul Ataukah 9 Bohong?
- http://bit.ly/2MiOpO2
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Hakikat Kristian Dan Muhammadis Dan Muslim
- https://goo.gl/BakH6w