Sunday, August 18, 2019

Quranis Dan Pro-Hadis

Quranis? Erti Quranis ialah pengikut al Quran, maka? Tidakkah Nabi Muhammad adalah pengikut al Quran, maka dia adalah Quranis? Dan tidakkah Hadisis, iaitu pro-Hadis, sebenarnya mencanggah ajaran al Quran, termasuk mengenai najis dan hadis dan sunnah? Apakah hukum atau akibat menolak ajaran Allah? Dan pencipta agama Islam adalah Allah, hanya Allah, dan Allah adalah pengarang al Quran, maka? Fahami dan ikutlah ajaran Allah yang ada di dalam al Quran. Tidak ada mazhab di dalam agama Islam. Dan semakin engkau tidak tahu ajaran Allah, maka semakin mudahlah engkau untuk disesatkan oleh Hadisis.
       Hmm, macam-macam sangkaan dan dolak-dalih pengikut "ajaran sesat Syahadah". Bukalah minda dan fahami fakta. Dan awas, tidakkah yang ramai adalah Quranis palsu dan Muhammadis palsu dan Muslim palsu dan Kristian palsu? Ketahuilah, "ajaran sesat Syahadah" adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan mengenai "syahadah Munafiq", fahami ayat 1, surah Munafiqun. Ingat, yang sesat bukanlah yang mempercayai ajaran Allah dan kebenaran, tetapi yang menolak atau mencanggah ajaran Allah ataupun kebenaran. Dan awas, menolak atau mencanggah kebenaran bermakna mendustakan. Keyakinan tidak mengubah hakikat. Bukalah minda. Dan jujurlah.
•••••
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya
- https://bit.ly/371oNdv
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah
@ Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN
•••••
Munafiq (Munafik) Dan Guru, Dan Bohong 2 Kali
- http://bit.ly/2FuCHtU
•••••
9 Betul Ataukah 9 Bohong?
- http://bit.ly/2MiOpO2