Monday, July 5, 2021

Kepada Cina Dan India DAP @ Insaflah Melayu


Sila beritahu Melayu UMNO dan PAS dan PPBM dan sesiapa saja bahawa Allah adalah pencipta kita, tuan kita, raja kita, tuhan kita. Kalau mereka membantah atau tidak percaya, maka beritahu mereka supaya memahami ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56) dan 3 ayat pertama di surah an-Nas (Quran 114:1-3), terutama kalau mereka mengaku mempercayai kitab al Quran. Dan erti tuhan bukanlah sembahan, tetapi pemerintah yang tidak dikuasai. Mengenai kebenaran bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, fahami 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3). Dan ketahui bahawa Muslim = yang "aslim" (kepada Allah). Sila selidik. Janganlah main sangka, usahkan main yakin. Dan keyakinan tidak mengubah hakikat. 
       Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. Munasabah? Dan fikir, bolehkah engkau "bersaksi" atau "naik saksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah? Sedarlah, bohong adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan Nabi Ibrahim, bahkan Nabi Muhammad tidaklah mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Masuk akal? Hmm, adakah kitab yang mengatakan bahawa Nabi Ibrahim atau Nabi Muhammad mengucap "kalimah Syahadah" untuk masuk Islam atau menjadi Muslim? Jangan silap atau kena tipu. Munasabahlah. Jujurlah. Dan mengenai "syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Sesungguhnya, Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Sembah, apa itu sembah? Sembah atau menyembah di dalam bahasa English adalah "worship" atau "to worship", dan hamba adalah "slave", bukan "servant". Ketahui bahawa "to worship" dan "slave" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal", maka? Sembah atau menyembah ada kaitan dengan hamba, atau dengan menjadi hamba. 
       Kesimpulannya atau pendek kata, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba. Sila perhalusi bahawa menyembah = menghambakan diri, dan bahawa kalau ada hamba ataupun abdi, maka adalah tuan, dan bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Betul, menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau apatah lagi memperajakan. Dan betul, Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Pendek kata, kalau engkau ingin menjadi Muslim atau orang Islam yang sebenar, maka sebut (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Bukalah minda. Fikirkanlah. Dan buatlah apa yang patut dibuat. Allah tidak memerlukan. Dan Neraka sedia menanti. 
••••• 
Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" 
Dan "Mengharap Menang Sorak?" 
- https://bit.ly/3gOrqaV 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
The Meaning Of God @ What Is "God" 
And So, Who Is Truly A God? 
- https://bit.ly/39jS2x8 
••••• 
The True Meaning Of Worship, And Regarding 
Fake Muslims And The Enemies Of Islam 
- https://bit.ly/3657r1o 
••••• 
9 Ajaran Sesat Atau Bohong Yang Paling Bahaya 
- https://bit.ly/371oNdv