Friday, July 9, 2021

PKP Dan Ekonomi: Siapa Gila Atau Bodoh Dalam Menangani Covid-19?


Ada berbagai putar-belit dan ada-adaan. Dan pakar tidaklah sama dalam kebijakan dan kejujuran. Sebenarnya, pakar manakah yang mengatakan bahawa pembukaan semula kegiatan ekonomi secara menyeluruh hanya wajar dilakukan kalau jangkitan harian Covid-19 sudah berada di bawah 4,000 kes sehari selama 7 hari berturut-turut, dan kalau 10 peratus populasi telah menerima dua dos suntikan vaksin? Dan pakar manakah yang mengatakan bahawa kita mesti menang dalam melawan Covid-19, walaupun kita perlu kalah dari segi ekonomi? Penduduk Malaysia adalah sekitar 32 juta. Besarkah 4,000 ataupun 40,000 berbanding 32 juta? Dan siapakah yang patut dicontohi dalam menangani Covid-19? 
       Patutkah dicontohi negara Cina Komunis? Tidakkah yang patut atau lebih baik untuk dicontohi adalah Amerika Syarikat (USA), iaitu negara yang mengamalkan sistem demokrasi di mana penduduknya yang lebih berbilang bangsa berbanding Malaysia adalah sekitar 333 juta? Dan vaksin yang dibuat oleh Pfizer, Moderna, AstraZeneca dan Johnson & Johnson adalah efektif terhadap variasi Delta, tetapi bagaimana dengan vaksin yang dibeli dari negara Cina Komunis? Apapun, aku rasa masaalah sebenar bukanlah Covid-19, tetapi keinginan Mahiaddin (Muhyiddin) dan Azmin Ali dan beberapa orang lagi untuk terus berkuasa. Aku rasa bagi mereka, biar Malaysia muflis, atau biar ramai yang menderita, asalkan mereka tetap berkuasa. Dan Pelan Pemulihan Negara (PPN) ataukah Pelan Melingkup Negara? Hmm, setakat manakah kejujuran dan keprihatinan orang Melayu yang mengaku Muslim atau orang Islam? Dan siapakah yang sebenarnya disembah? 
••••• 
Antara Melayu dan Islam @ Sedarlah Wahai 
Orang UMNO Dan Orang PAS, Juga Orang Tabligh 
- https://bit.ly/2UpBBdi 
••••• 
Ilmu Masuk Islam @ Bagaimana Untuk 
Masuk Islam @ Menjadi Muslim Yang Sebenar 
- https://bit.ly/3wlgvuy 
••••• 
Reaksi Kepada "DAP Sedang Menanti Beraksi" 
Dan "Mengharap Menang Sorak?" 
- https://bit.ly/3gOrqaV