Apa itu ajaran sesat? Ajaran sesat adalah ajaran yang menyesatkan atau ajaran yang salah. Ajaran sesat adalah ajaran yang memesongkan atau yang terpesong dari kebenaran atau ajaran Allah. Dan ajaran sesat adalah ajaran yang bercanggah dengan kebenaran atau ajaran Allah. Apakah ajaran sesat yang lebih bahaya berbanding ajaran sesat Syahadah? Untuk makluman, ajaran sesat Syahadah adalah ajaran yang mengatakan bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Sesungguhnya, bohong besar atau tidak benar adalah bahawa masuk Islam atau menjadi Muslim adalah dengan mengucap "kalimah Syahadah". Dan tidakkah ulama dan "imam besar" dan ustaz yang tidak betul mengenai bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim patut dianggap sebagai barua atau ejen syaitan?
Apapun, apakah padah atau akibat kalau engkau kena tipu atau silap atau tidak betul mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim? Tidakkah engkau akan menjadi Kafir yang bertopengkan Islam, atau tidakkah engkau akan menjadi Muslim palsu? Tidakkah sia-sia adalah solaat dan amal ibadat lain yang engkau lakukan? Dan tidakkah kejahilan atau kesilapan mengenai masuk Islam membawa ke Neraka? Sedarlah bahawa 2 ciri utama Muslim adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Mengenai hakikat bahawa Muslim adalah yang menyembah Allah, hanya Allah, fahami bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah (Quran 1:5) dan 3 ayat pertama di surah Kafirun (Quran 109:1-3). Dan Muslim adalah sama ertinya dengan yang "aslim" (kepada Allah), maka "aslim" (kepada Allah) adalah perlu untuk menjadi Muslim. "Aslim" adalah menyerah, sedangkan "tawakkal" adalah berserah. Dan lawan kepada menyerah adalah menentang atau melawan. Fikirkan. Rasa. Dan bayangkan. Fahamilah bahawa Muslim adalah yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, tidak sombong, usahkan derhaka, usahkan curang terhadap Allah. Dan kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang berhak sebagai tuan kita. Ajaran Allah dan kebenaran sentiasa patut diterima, atau tidak patut ditolak, walau siapa pun yang memberitahu. Dan yang tahu atau lebih tahu adalah yang mengkaji berbanding yang "mengaji" (berguru). Ajaran Allah dan kebenaran bukanlah ajaran sesat. Ulama mazhab janganlah disamakan dengan ulama Islam. Dan tidakkah ulama Hadis atau siapapun yang memesongkan dari ajaran Allah atau kebenaran patut dianggap sebagai barua atau ejen syaitan, bukan atau berbanding pewaris Nabi?
Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim, maka sebutlah (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Fikir, tidakkah masuk akal kalau kita merendahkan diri, bahkan menghambakan diri kepada pencipta kita, iaitu Allah? Suka atau tidak, Allah adalah pencipta kita. Allah berhak sebagai tuan ke atas setiap ciptaanNya. Dan menurut ayat 56 di surah Zariyat (Quran 51:56), Allah tidak mencipta jin dan manusia melainkan untuk menyembahNya. Apa itu sembah? Fahami bahawa "sembah" dan "hamba" di dalam bahasa Arab adalah perkataan yang ejaannya adalah "ain-ba-dal" atau mengandungi "ain-ba-dal". Abdi adalah sama ertinya dengan hamba. Dan kalau ada hamba, maka adalah tuan. Ringkas kata, menyembah adalah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba, dan sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Menyembah selain Allah adalah shirik. Dan syaitan mampu untuk menghias kejahatan dan kebodohan.
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Hakikat "Syahadah", Dan Muslim = Yang "Aslim", Maka?
- https://bit.ly/2V5hdLv
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @ Antara Ajaran Sesat
Atau Bohong Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab
- https://bit.ly/352upWH
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd
•••••
Antara DAP Dan Islam @ Jangan Silap Mengenai Islam
- https://bit.ly/3Brvzcw