Jangan mengada-ngada: "Aku" dan "saya" adalah sama saja, begitu juga "engkau" dan "kamu". Dan janganlah mendustakan, usahkan melampau. Yang halal janganlah diharamkan. Dan penilaian atau pandangan Allah adalah yang paling penting untuk diambil-kira berbanding penilaian atau pandangan siapa pun. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas kita, ciptaanNya. Kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah. Dan menyembah selain Allah adalah perbuatan atau sikap yang paling biadab. Apa itu menyembah? Menyembah adalah menghambakan diri, iaitu merendahkan atau meletakkan diri sebagai hamba.
Menyembah adalah sama ertinya dengan menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. Fahami bahawa kalau ada hamba, maka adalah tuan. Dan fahami bahawa raja adalah tuan (ke atas yang dikuasainya). Pendek kata, kalau engkau ingin masuk Islam atau menjadi Muslim yang sebenar, maka sebutlah (kepada Allah), dan lebih penting, hayati atau amalkan, "Oh Allah, penciptaku, tuhanku, hanya Engkaulah tuanku, rajaku, dan kepadaMu aku menyerah diri; salaam, oh Allah, salaam". Ingat, ajaran Allah dan kebenaran patut diterima, atau tidak patut ditolak, walau apa pun. Janganlah putar-belit atau berdolak-dalih. Hmm, tidakkah menolak ajaran Allah atau kebenaran adalah biadab atau kurang ajar? Disiplinkanlah diri. Dan perbaikilah sikap dan kepercayaan dan keinginan.
•••••
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya Dan Barua Syaitan
- https://bit.ly/3ok8qVg
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan
Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Ilmu Masuk Islam Dan Sembah @
Bagaimana Untuk Menjadi Muslim Sebenar
- https://bit.ly/2UkNtaN