Apakah erti Muslim? Apakah erti Islam? Apakah erti sembah? Apakah erti tuhan? Bagaimana pula dengan shirik (syirik) dan tauhid dan perhambaan dan kemerdekaan dan hadis dan sunnah dan najis? Janganlah main cakap atau main sangka. Janganlah betul pada sebutan, tetapi salah pada kefahaman atau pada kepercayaan atau pada perbuatan. Dan janganlah melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah kalau engkau memperajakan atau mempertuankan selain Allah, atau kalau engkau sebenarnya tidak menyembah hanya Allah. Dengan melafazkan atau mengucap bahagian pertama pada ayat 5, surah Fatihah, engkau sebenarnya mengatakan bahawa hanya Allah adalah yang engkau sembah, tetapi adakah atau betulkah engkau menyembah Allah, hanya Allah? Sebenarnya, apakah erti menyembah atau beribadat?
Awas, bohong di dalam solaat adalah kesalahan yang serius dan sangat merugikan, walaupun Allah tidak tertipu. Jujurlah. Dan sedarlah bahawa memperajakan atau mempertuankan selain Allah bermakna menyembah selain Allah. Menyembah selain Allah adalah shirik. Menyembah selain Allah adalah kesalahan yang paling hina. Dan menyembah selain Allah adalah kebiadaban yang paling teruk. Benar adalah bahawa menyembah adalah menghambakan diri, tetapi sedarlah juga bahawa mempertuankan adalah menyembah, begitu juga atau lebih-lebih lagi memperajakan. "Raja manusia" di dalam bahasa Arab adalah "malikin-nas". Dan Allah adalah "rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas", iaitu tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Suka atau tidak, Allah berhak sebagai tuan ke atas ciptaanNya. Dan kita adalah ciptaan Allah. Fikir, tidakkah masuk akal kalau kita taat kepada pencipta kita? Dan tidakkah masuk akal kalau kita menghambakan diri kepada pencipta kita dan setia kepadaNya? Suka atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah. Allah, hanya Allah adalah yang berhak sebagai tuan kita. Dan 2 ciri utama Muslim atau orang Islam adalah menyembah Allah, hanya Allah dan "aslim" atau menyerah diri kepada Allah. Dengan kata lain, kalau engkau (atau si imam) bukanlah seorang yang menyembah Allah, hanya Allah, atau kalau engkau (atau si imam) bukanlah seorang yang "aslim" atau menyerah diri kepada Allah, maka engkau (atau si imam) sebenarnya bukanlah Muslim. Sedarlah.
Mengucap "kalimah Syahadah" bukanlah bagaimana untuk masuk Islam atau menjadi Muslim. Mengenai "Syahadah Munafiq" di dalam al Quran, fahami ayat pertama di surah Munafiqun (Quran 63:1). Dan kalau engkau sebenarnya tidak menyaksikan bahawa emak dan bapa engkau bernikah, maka engkau tidak boleh "bersaksi" bahawa emak dan bapa engkau bernikah. Fikirkanlah. Fahamilah. Ingat, kebenaran dan ajaran Allah patut diterima, atau tidak patut ditolak. Dan keyakinan tidak mengubah hakikat. Jangan kena tipu atau silap mengenai erti sembah dan tuhan dan Muslim dan Islam. Janganlah kena tipu atau silap mengenai masuk Islam, iaitu mengenai bagaimana untuk menjadi Muslim, sebenar Muslim. Dan kemerdekaan adalah hak asasi manusia, sedangkan ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia, si pencipta, si pemberi nyawa, Dia yang paling berkuasa, Dia yang paling mulia. Fikir, Allah adalah yang paling berkuasa dan yang paling mulia, maka tidakkah kesalahan terhadap Allah adalah kesalahan yang paling besar, dan tidakkah ajaran Allah adalah ajaran yang paling penting?
•••••
Ajaran Sesat Yang Paling Bahaya
Dan Barua Syaitan
- https://bit.ly/3ok8qVg
•••••
Solaat Sampah Dan Yang Membezakan
Muslim Dari Kafir
- https://bit.ly/3jcAJC9
•••••
Erti Islam Dan Muslim @ Erti Islam
Bukanlah "Salaam" Atau "Peace"
- https://bit.ly/34Sfrmd
•••••
Erti "Rob" (Rabb) Dan Tuhan @
Antara Ajaran Sesat Atau Bohong
Melalui Doa Di Dalam Bahasa Arab
- https://bit.ly/352upWH
•••••
Antara DAP Dan Islam @
Jangan Silap Mengenai Islam
- https://bit.ly/3Brvzcw