Perempuan apakah yang sanggup bersetubuh
dengan seseorang yang tidak dicintai, atau bahkan sebenarnya tidak dihormati:
adakah istimewa; adakah tinggi nilainya; adakah suci atau bahkan mulia?
Tidak semua lelaki adalah ayam jantan, atau muka tembok;
aku adalah kuda ataupun singa, pastinya bukan si jantan yang berkokok:
kalau ibubapa tidak mahu mengajar anak supaya berterus-terang dan jujur dalam cinta,
dan menyukai kesucian, bukan sebaliknya seks, dan supaya mementing-beratkan pandangan
dan penilaian dan ajaran Allah, Dia yang akbar, maka yang sepatutnya disanjung-agungkan,
maka elok, atau bahkan patut dipujikah akibat atau hasilnya;
dan bodoh atau jahat atau biadab atau merugikankah kalau mementingkan,
atau kalau bahkan menyuruh supaya mementing-beratkan, keadilan dan kebenaran
dan kesucian dan kejujuran, lebih-lebih lagi kesetiaan kepada Allah, Dia
yang akbar tiada tandingan, Dia yang bukan sekadar tuhan?
Siapakah si dia yang cuba aku lepaskan, tinggalkan, atau biarkan saja,
sebagaimana yang telah sanggup atau pernah aku lakukan terhadap perempuan cinta pertamaku:
siapakah si dia yang perangainya serupa atau banyak persamaan, walaupun mengaku orang Islam?
Sepertimana semua atau kebanyakan ayam betina, begitulah antara sikapnya,
sedangkan aku bukanlah sepertimana semua atau kebanyakan ayam jantan;
dan sepertimana kebanyakan atau begitu ramai Melayu, dia nampaknya percaya
bahawa takkanlah perigi mencari timba, tetapi malangnya,
tak nampak dan tak sedar, atau sengaja tak terima,
bahawa takkanlah lelaki adalah timba, iaitu tempat untuk dimasukkan air;
maka, sepertimana kebanyakan atau begitu ramai Melayu, dia berpegang kepada
fahaman songsang dan ajaran yang salah mengenai perigi dan timba.
Apapun, janganlah percaya saja, apatah lagi yakin membuta:
itu kerja bodoh; itu menyesatkan; dan itu bukanlah ajaran Allah, pengarang al Quran,
iaitu Dia yang amat mementingkan kewajaran, iaitu Dia yang tidak memberi hidayah,
atau bahkan cinta sejati, kepada pelampau dan pendusta.
Kalau engkau tak faham, adakah engkau tahu, betul tahu;
dan kalau engkau tak reti bahasa, atau tak tahu erti sebenar sesuatu istilah,
maka mampukah engkau faham, cukup faham, tidak mungkin perasan yang bukan-bukan?
Fikirkanlah dengan jujur dan munasabah, serta berani; jadilah orang akal dan orang ilmiah;
dan jadilah orang wajar, bukan orang marwah, mabuk keegoan, bukan orang kebendaan, murahan.
Hmm, perempuan apakah si dia sedangkan aku bukanlah tong sampah, ataupun tempat kitar semula;
dan perempuan apakah si dia, sedangkan perempuan adalah yang sepatutnya diumpamakan timba,
yakni tempat untuk dimasukkan air, berbanding perigi, berbanding tempat yang mengandungi air?
Janganlah percaya, apatah lagi yakin ikut marwah, ikut sedap rasa, ikut suka;
janganlah tercemar, atau terpedaya, oleh sikap atau adat atau kepercayaan Melayu sesat, muslim palsu mushrik;
dan janganlah tertipu oleh mereka yang sekadar mempertuhankan Allah, walaupun Allah diperakui akbar
dan kalimah dari al Quran pula cukup sempurna serta merdu dilafazkan, dialunkan, disampaikan:
takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan;
takkanlah si makhluk adalah yang patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan;
dan takkanlah Muhammad, rasulullah, adalah penderhaka, yakni kafir, tidak taat-setia kepada Allah.
Patut-patutlah; terimalah yang munasabah, apatah lagi yang nyata benar, bukan ikut citarasa marwah,
bukan ikut adat, juga bukan ikut orang, lebih-lebih lagi yang sebenarnya shirik, yakni curang terhadap Allah,
Dia yang bukanlah sekadar ilah, Dia yang bukanlah sekadar penguasa; dan rujuklah al Quran, kalamullah:
ikutlah wahyu, bukan Hadis dan apapun yang sebenarnya bercanggahan dengan sebenar ajaran Allah;
Allah adalah akbar, bahkan tiada tandingan, maka Dialah yang patut, cukup patut untuk disanjung-agungkan,
dan amat tidak patut disama-pentingkan dengan yang lain; dan ingatlah, bahawa Allah tidak memberi hidayah,
maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta,
oleh itu, disiplinkanlah diri, dan perbaikilah sikap dan kepercayaan dan isi hati.
Hmm, sedangkan syaitan cukup layak untuk digelar mak andam kejahatan dan kebodohan,
siapakah yang tidak terpedaya, tidak yakin atau percaya yang bukan-bukan, walaupun tidaklah sejauh-sesat
dan seyakin-sembrono dia yang sepatutnya digelar Abu Jahal, yakni Bapak Bodoh atau Kepala Bangang,
iaitu dia yang sebenarnya bernama Umar ibnu Hisham, iaitu dia yang sebaliknya digelar Abu Hakam,
yakni Bapa Hikmah atau Kebijaksanaan, oleh pengikut dan penyokongnya?