Cepat aku hantarkan mesej yang aku tergerak dan bertenaga untuk buat; tidak aku sangka, ada dan cepat pula aku mendapat balasan, iaitu satu panggilan yang pada mulanya aku fikir adalah dari seorang kawan; namun, bunyi muzik yang kuat, atau juga kerana keadaan telefon, menyebabkan aku tidak dapat mendengar kata-kata si pemanggil dengan jelas, maka aku mengagak-agak: apapun, aku fikir dia bertanya aku siapa, lalu aku menjawab mengatakan bahawa aku adalah Prof; kemudian aku bertanya siapa dia, lalu dia mengatakan bahawa dia adalah tunang si dia, dan meminta aku supaya tidak mengganggu si dia; aku mengatakan bahawa aku tidak tahu bahawa si dia sudah bertunang, dan bahawa si dia diam saja, iaitu tidak memberitahu aku mengenai pertunangan itu.
Aku ditanya, namun tidak aku beritahu siapa si dia kepada Han yang duduk semeja denganku; biarlah rahsia; dan sebenarnya, sampai sekarang, emak dan adik-beradik masih tidak tahu siapakah si dia yang aku telah jatuh cinta. Han, yang mengaku bercakap berlandaskan pengalamannya, tidak percaya bahawa si dia sudah bertunang; apapun, bagiku yang penting adalah hakikat atau kemunasabahan bahawa si dia tidak berminat: munasabah untuk aku memutuskan, atau patut untuk aku membuat rumusan atau kesimpulan, bahawa si dia tidaklah sebenarnya berminat terhadapku; maka, mudahlah jadinya, atau tidaklah payah bagiku untuk membuat keputusan untuk mencari atau menanti seseorang yang lain. Hmm, antara yang mengaku berugamakan Islam, siapakah yang betul menyembah Allah, bukan cakap saja, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri; siapakah yang setia kepada Allah, betul mentauhidkan Allah, tidak shirik terhadap Allah, sedangkan Allah adalah rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia; dan siapakah yang bahkan mengajar, atau memperjuangkan, bahawa Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua, walau apapun jantina dan kaum dan ugama dan tempat lahir kita, manusia?
“Jom keluar minum? Kalau diam, tidak membalas mesej ini, maka sekian, wassalam. Sila sedar dan fahamkan bahawa aku adalah pemikir, bukan pengorat, bukan orang syahwat, usahkan bohjan. Dan kalau nak jual mahal mengikut adat atau marwah atau nafsu kebendaan, sila katakan sekarang.” Fikirkanlah; itulah mesej melalui telefon yang telah aku hantar kepada si dia, setelah bertahun aku berada di arus percintaan, terkena tsunami cinta, tsunami cinta kali ke dua. Kalau si dia sesungguhnya tidak tahu bahawa akulah orang yang telah menghantar SMS itu, dan dua SMS sebelumnya, di mana aku tidak mendapat apa-apa balasan, maka siapakah yang patut atau lebih patut dipersalahkan? Dan aku dikatakan mengganggu? Hmm; secukup-adilnya, tidakkah lelaki yang tidak dicintai adalah yang patut atau lebih sesuai untuk dikatakan mengganggu; dan tidakkah lelaki yang tidak dicintai itulah yang layak, cukup patut untuk dipanggil perosak, atau bahkan musuh cinta; cinta, ia itu pemberian Allah? Apapun, setelah lebih setahun aku menjauhkan diri, merajuk dan meradang dan entah apa lagi, biarlah sekarang aku “kira tahu” hitam-putihnya supaya mudah, atau tidak lebih payah untuk aku meneruskan kehidupan, dan perjuangan; aku letih, sudah lama tertekan: tidaklah aku mahu pastikan mengenai pertunangan si dia; Allah tahu; dan aku bukanlah tong sampah ataupun tempat kitar semula, terutama untuk si dia. Salam; semoga si dia bahagia. Salam.
Terimakasih kepada Allah kerana memberikan cinta ini; Allah tahu ganjil atau lainnya perjalanan atau kesan atau apa-apa lagi mengenainya; dan Allah, pencipta Islam, pun ada rancangan: suka atau tidak, banyak kebaikan ilmiah, termasuk kesedaran yang ada kaitan dengan kewajaran, atau dengan Islam khususnya, yang telah aku peroleh; fikirkanlah; fahamilah. Dan terimakasih kepada Allah kerana hidayah dan pertolonganNya, dan kerana perlindunganNya: Allah, Dialah sehebat-hebat pelindung dan pemberi pertolongan, Dialah guru teralim dan yang terbaik dalam mengajarkan al Quran, dan Dialah yang akbar berbanding semua, bahkan akbar tiada tandingan.
Cinta syahwat, kajungan; cinta kebendaan, murahan; cinta sejati, baik atau murni: cinta apakah yang sepadan dengan sikapmu; setakat manakah kebaikan di hatimu; siapakah yang cukup sesuai sebagai jodohmu? Janganlah tak tahu menilai; janganlah percaya saja, apatah lagi yakin membuta ikut sedap rasa; dan janganlah sesuatu yang bercanggah dengan suatu ajaran yang terkandung dalam al Quran diterima-pakai atau dipercaya: ingatlah bahawa tak reti bahasa dan ketidak-jujuran, apatah lagi sombong dan mengikut marwah, boleh amat menyesatkan; rujuklah al Quran, kalamullah, dengan jujur dan munasabah, dan ikutlah wahyu; dan jagalah diri agar tidak menjadi pelampau atau pendusta pada pandangan Allah. Sedarlah, baik-jahat bukanlah bergantung kepada purdah atau serban atau apapun pakaian, tetapi kepada sikap dan kepercayaan; sikap dan layanan terhadap Allah adalah yang penting berbanding sikap dan layanan terhadap siapapun yang lain; dan sedarlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, adalah sama erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah: terima atau tidak, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan; takkanlah Allah tidak berhak sebagai tuan, juga sebagai raja, ke atas setiap makhlukNya, sedangkan Dia adalah tuhan, sebenar tuhan, iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai; dan secukup-warasnya, takkanlah si makhluk patut dipertuankan, apatah lagi si hamba diperajakan, diagungkan.
Hak dan kekuasaan Allah, dan kemuliaan dan kedudukan Allah, dan kebenaran dan penilaian Allah, tidaklah bergantung kepada citarasa seramai manapun manusia; menurut al Quran, kalamullah, zikrullah adalah akbar berbanding solat, dan mushrik, iaitu bukan babi, juga bukan anjing, adalah najis, yakni tercemar, iaitu kotor berdosa, tidak suci usahkan mulia, walau seramai manapun penyembah atau penyanjungnya; dan hidayah, begitu juga cinta sejati, apatah lagi Syurga, bukanlah untuk semua: Allah tidak bodoh, usahkan gila; Allah tidak zalim, usahkan hina; dan Allah, satu-satunya tuhan, sebenar tuhan, tidaklah memerlukan; namun Neraka adalah untuk mereka yang derhaka, tidak taat kepada Allah, lebih-lebih lagi untuk mereka yang shirik, tidak setia kepada Allah, tidak terkecuali mereka yang mempertuhankan Allah, tetapi tidak mahu mempertuan-rajakan Allah, dan mereka yang menyamakan solat dengan sembahyang, walau seteguh manapun keyakinan mereka.
Salam; semoga aku tenang, dan tabah, tidak hilang akal, tidak kurang siuman. Salam; tidak mengapa kalau tiada jodoh di Dunia: menjadi seorang yang betul menyembah Allah dan berada dalam Islam, sebenar Islam, bukanlah mudah, sedangkan Allah mementing-beratkan keadilan dan kebenaran dan kesucian dan kejujuran, dan sedangkan syaitan adalah yang mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Dan salam; tidak mengapa kalau aku tiada jodoh di Dunia: yang penting adalah kehidupan di Akhirat. Semoga Allah menolong....