walaupun setelah beratus, atau bahkan beribu perkataan aku sampaikan:
tidakkah aku adalah yang lebih berusaha, atau bahkan yang betul cukup berusaha;
dan tidakkah kerana kejahilan atau ketidak-sedarannya,
atau adakah hanya kerana sikapnya, lalu aku masih di sini, sendiri, lebih mahu bersendiri,
walaupun cinta sering terasa menghalang pernafasan, atau bahkan menyesak dada?
Hmm, bilakah agaknya si dia akan menjadi mesra dan manja,
tidak tetap berada di tembok diam atau rahsia, menghalang aku dari menyampaikan sepenuh kasih-sayang?
Sungguh, tidaklah aku nakkan si dia supaya menyerah kepadaku, hampir sebanyakmana tidak aku nakkannya
supaya meninggi diri atau mengada-ngada, menyusahkan aku atau bahkan melukakan;
tidaklah aku mahukan si dia supaya menyerah kepadaku, hampir sebanyakmana tidak aku mahukannya
supaya memberikan aku suatu isyarat atau tanda yang boleh diragui, atau dipertikai, atau bahkan diketawakan;
dan walaupun manis serta indah kalau si dia mahu menyerah, tetapi bukanlah itu yang sungguh aku mestikan:
tidaklah si dia mesti menyerah kepadaku, tetapi yang aku mahukan, atau sebenarnya amat perlukan,
adalah supaya si dia berterus-terang dan jujur kepadaku,
lalu akan mudahlah untuk aku rela menyayanginya, serta untuk aku mahu menghampiri dan mendampingi,
atau setidak-tidaknya aku tahu, betul tahu, tidak teragak-agak hingga keletihan, atau hingga tertolak kesabaran;
tidaklah si dia mesti menyerah kepadaku, namun kejujuran adalah nilai murni, dan penting untuk kebahagiaan,
di samping penting untuk mendapat pengampunan dan hidayah dari Dia, Allah, penguasa mutlak Syurga,
tidak seperti sombong, tidak sepertimana meninggi diri, tidak sebagaimana mengikut marwah;
dan tidaklah si dia mesti menyerah kepadaku, tetapi tidaklah si dia patut sombong atau angkuh terhadapku.
Sebenar-benarnya, tidakkah si dia mahukan, atau bahkan perlukan aku untuk menyayangi dan menyentuhnya,
atau adakah aku, sejak sekian lama, sememangnya gila bayang, atau mabuk kepayang,
atau bertepuk sebelah tangan, perasan atau bahkan percaya yang bukan-bukan?
Hmm, betapa si dia adalah sepertimana kekasih yang telah sanggup aku tinggalkan,
walaupun nampaknya orang Islam atau bahkan mulia kepada ramai orang;
betapa perjalanan cinta ini adalah sepertimana perjalanan cinta pandang pertamaku yang lalu;
dan betapa pertemuan, dan jodoh, dan hati, adalah di dalam kekuasaan Allah, Dia yang tidak bodoh:
Allah tahu pelik atau lainnya perjalanan, atau kesan, atau apa-apa lagi mengenai cinta ini;
cinta syahwat, apatah lagi cinta kebendaan, tidaklah sama saja dengan cinta sejati;
dan Allah, pencipta Islam, pengajar al Quran, pun ada rancangan.
Kalau tidak berterus-terang dan jujur dalam cinta, sama ada demi marwah atau adat atau apapun,
atau kalau tidak sukakan kesucian, tetapi seks, atau kalau tidak mementing-beratkan pandangan dan penilaian
dan perintah dan ajaran Allah, iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan,
maka elok, atau bahkan patut dipujikah akibat atau hasilnya?
Bukanlah sebenarnya orang Islam, usahkan bertaqwa kepada Allah, kalau Allah sebenarnya tidak disembah;
menyembah Allah, yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah,
kerana kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri;
dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas setiap ciptaanNya, sedangkan Dialah yang akbar berbanding semua,
apatah lagi sedangkan hanya Dia adalah sebenar tuhan, iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai:
rela menerima atau tidak, kita adalah ciptaan dan hamba kepunyaan Allah, Dia yang tetap berhak
sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia;
kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah;
dan mushrik, iaitu bukan babi, adalah najis, yakni tercemar, iaitu kotor berdosa, tidak suci usahkan mulia.
Dan kalau engkau ikutkan marwah, maka takkanlah engkau menyerah, walaupun kepada Allah,
sedangkan erti Islam adalah penyerahan, yakni penyerahan diri, iaitu kepada Allah,
dan sedangkan syaitan, penderhaka, cukup mampu untuk menghias-indahkan
kejahatan dan kebodohan, menyeleweng-sesatkan, memperdaya.
»»» Perihal Akal, Dan Islam Dan Ahlinya «««
Antara Melayu atau siapapun yang mengaku, atau bahkan yakin berugamakan Islam, siapakah yang betul menyembah Allah, bukan cakap saja, dan siapakah yang layak untuk dikatakan pengikut Muhammad, rasulullah, atau bahkan pewarisnya? Sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan, dan perajakan, dan pertuhankan: adakah jawapan engkau sama saja dengan jawapan Muhammad, atau rasulullah yang lain; dan adakah Allah, atau adakah syaitan, adalah yang suka atau redho dengan jawapan, atau sikap, atau perbuatan engkau itu?
Sedarlah, solat dan sembahyang tidaklah sama; zikrullah adalah akbar berbanding solat, dan mushrik, yakni yang curang terhadap Allah, tidak setia kepada Allah, adalah yang dikatakan najis oleh pengarang al Quran, iaitu Allah, penguasa mutlak Syurga dan Neraka; dan Allah tidak memberi hidayah, maka apatah lagi kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta: fikirkanlah dengan jujur, dan insaflah. Ingatlah, erti menyembah adalah menghambakan diri, oleh itu, sembahyang adalah penghambaan diri, iaitu suatu sikap, bukan suatu cakap; rob dan ilah tidaklah sama ertinya, begitu juga dengan abdi dan aiman; dan sedarlah, bahawa ilmu dan kewajaran membawa ke Syurga, sedangkan tak reti bahasa dan ketidak-jujuran, lebih-lebih lagi sombong dan mengikut marwah, adalah membawa ke Neraka. Fikir dan munasabahlah: tidakkah percaya saja, apatah lagi yakin ikut selesa, adalah kerja bodoh, juga menyesatkan?