patutkah yang curang atau derhaka terhadap Allah dipadankan dengan yang setia kepada Allah;
dan tidakkah merosakkan kalau yang sebenarnya sombong terhadap Allah dipadankan dengan
yang menyerah atau menghambakan diri kepada Allah?
Allah tuanku, rajaku, tuhanku; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita;
dan sama ada rela menerima, atau memilih untuk membantah,
Allah adalah dan tetap rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas,
yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, semua manusia:
hak dan kekuasaan Allah, begitu juga kemuliaan dan kedudukan Allah,
tidaklah bergantung kepada penerimaan seramai manapun manusia dan jin;
kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya
dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang bukan sekadar penguasa;
dan takkanlah patut, atau tidak berdosa, kalau curang atau derhaka terhadap Allah
sedangkan Dia adalah akbar berbanding semua, apatah lagi sedangkan Dia adalah tuhan,
sebenar tuhan, iaitu penguasa atau pemerintah yang tidak dikuasai, sesungguhnya tidak dikuasai.
Tidakkah Iblis dan syaitan, bukan Allah, bukan tenteraNya, dan bukan rasulNya, adalah yang suka,
atau yang redho, kalau engkau memperajakan seseorang hamba, atau mempertuankan seseorang makhluk;
betul baik, atau cukup baikkah sikap dan layanan engkau terhadap Allah, Dia yang akbar tiada tandingan,
Dia yang sepatutnya dipertuan-agungkan, Dia yang bukanlah sekadar pentatbir dan tuhan;
dan patutkah seseorang yang sebenarnya curang atau derhaka terhadap Allah
diambil sebagai imam atau guru ugama, sedangkan Syurga atau keredhoan Allah adalah yang engkau mahu?
Mengaku diri adalah hamba Allah, tetapi tidaklah Allah dipertuan-rajakan, sedangkan kalau ada hamba
maka mestilah ada tuan: tidakkah syaitan boleh tersenyum, atau ketawa, atau bahkan merasa bangga?
Ketuanan Allah ke atas manusia bermakna kemerdekaan untuk manusia, juga kesaksamaan,
tetapi ketuanan makhluk bermakna perhambaan, juga penderhakaan dan shirik terhadap Allah;
takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka mestilah ada tuan;
dan tidaklah Islam sebaik-baik ugama, ataupun sistem politik, kalau ia tidak bercanggah dengan perhambaan
dan pemaksaan dalam hal ugama dan perkauman, khususnya, dan dengan kezaliman dan kebodohan, amnya:
muslim adalah yang memerdekakan atau pro kemerdekaan,
dan tidaklah seugama, serta tidaklah sedarjat, dengan muslim palsu mushrik;
sekadar mempertuhankan Allah bermakna tidak menyembah Allah, kerana menyembah Allah,
yakni menghambakan diri kepada Allah, mestilah bermakna mempertuankan Allah,
kerana kalau ada hamba maka mestilah ada tuan, dan erti menyembah adalah menghambakan diri;
dan mushrik, iaitu bukan babi, juga bukan anjing, adalah najis, yakni tercemar, iaitu kotor berdosa.
Suka atau tidak, takkanlah yang setia kepada Allah sepadan dengan yang curang terhadap Allah;
bermarwah, begitu juga bersyahwat, tidaklah sama faedahnya, dan kebaikan dan nilainya, dengan berakal;
dan Allah tidak memberi hidayah, apatah lagi penghormatan dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta.
Antara Melayu atau siapapun yang mengaku, atau bahkan yakin berugamakan Islam, siapakah yang betul
menyembah Allah, sedangkan erti menyembah adalah menghambakan diri,
dan kalau ada si hamba maka mestilah juga ada si tuan, walaupun tuan tidaklah semestinya raja;
layakkah engkau mendapat hidayah, atau juga hikmah, dan cinta apakah yang sepadan dengan sikap engkau,
sedangkan Allah, si pemberi, si penguasa, tidaklah bodoh, juga tidaklah zalim, serta tidaklah memerlukan;
dan antara Melayu, atau mereka yang dikatakan pewaris Nabi, atau mujahid Islam, atau pejuang,
siapakah yang setia kepada Allah, tidak derhaka terhadap Allah, tidak sebenarnya menyembah selain Allah,
sedangkan berada dalam Islam bermakna menyerah diri kepada Allah, Dia, tuan Alam di mana Bumi berada?
Tidakkah bijak, betul bijak, adalah orang akal dan kewajaran, bukan orang marwah dan kebendaan;
tidakkah bijak, betul bijak, adalah menghambakan diri dan menyerah kepada Allah,
iaitu Dia yang akbar tiada tandingan, iaitu Dia, pencipta dan penguasa mutlak Syurga dan Neraka;
dan tidakkah akibat mengikut atau mementingkan marwah, maka Iblis menderhaka, yakni kufur,
lalu menjadi hina, rendah nilai sebenar diri, walaupun ramai adalah pengikutnya?
Allah tuanku, rajaku, tuhanku; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita; kita adalah ciptaan,
dan hamba, milik Allah, Dia yang sepatutnya disanjung-agungkan, Dia yang sepatutnya dipertuan-rajakan:
siapakah, antara Melayu atau kaum apapun, yang sedia untuk melafazkan kalimah-kalimah ini dengan jujur;
dan adakah pula yang sudi untuk memberikan aku kemesraan, lalu akan terbina kasih-sayang?
»»» Mengenai Kemuliaan Dan Kejayaan «««
Tidaklah mulia kalau kotor berdosa; tidaklah bertaqwa kalau zalim; dan mushrik adalah najis: adil, bukan sayang, dan bukanlah solat, adalah yang hampir kepada taqwa; yang mulia pada pandangan Allah adalah yang berjaya; dan yang terbaik adalah yang paling bertaqwa; namun, bukanlah orang Islam, usahkan bertaqwa, kalau Allah sekadar dipertuhankan, tidak dipertuan-rajakan, tidak sebenarnya disembah. Ingatlah, ilmu dan kewajaran membawa ke Syurga, sedangkan tak reti bahasa dan ketidak-jujuran, lebih-lebih lagi sombong dan mengikut marwah, adalah membawa ke Neraka: fikir dan munasabahlah; percaya saja, apatah lagi yakin melulu, adalah kerja bodoh, juga menyesatkan; dan hidayah, apatah lagi Syurga, bukanlah untuk pelampau dan pendusta.