Setiakah engkau kepada Malikin-Nas, yakni Raja Manusia;
dan apakah sepatutnya hak Allah sebagai pencipta dan pemberi nyawa,
sedangkan Dia adalah yang maha berkuasa berbanding semua, bahkan akbar
tiada tandingan, bukan yang dikuasai, usahkan yang diperhambakan?
Allah bukanlah sekadar Ila-Hinnas, yakni Tuhan Manusia;
dan erti tuhan, sebenar tuhan, bukanlah sembahan, sebenarnya,
tetapi pemerintah yang tidak dikuasai, sungguh tidak dikuasai oleh siapapun:
ketahuilah, bahawa Allah, hanya Allah, adalah tuhan, sebenar tuhan;
dan sedarlah, bahawa Allah, hanya Allah, adalah yang patut serta mesti disembah.
Wujudnya tuhan, sebenar tuhan, bukanlah akibat perbuatan ataupun sikap manusia;
dan tidaklah Allah menjadikan jin dan manusia melainkan supaya menyembahNya,
yakni supaya menghambakan diri kepadaNya:
sewajarnya, ketuanan adalah hak asasi Allah, Dia yang mencipta, Dia yang memberi nyawa,
Dia yang tidak dikuasai, dan kemerdekaan, maka kemerdekaan, adalah hak asasi manusia;
dan hakikatnya, kalau ada hamba, ataupun abdi, maka mestilah juga ada tuannya,
oleh itu, takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya.
Ada hamba adalah tuan; maka, engkau hamba siapa, yakni siapakah tuanmu?
Dan erti menyembah adalah menghambakan diri; maka, siapakah yang engkau sembah,
yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri,
yakni siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan?
Siapakah yang engkau redho ataupun sanggup pertuankan, atau bahkan perajakan;
siapakah yang engkau sanjung-hormat serta agungkan; siapakah tuanmu, rajamu, tuhanmu:
apakah jawapan Nabi Muhammad, atau Jibril, atau siapapun rasulullah;
adakah jawapan engkau sama saja, tidak satu pun berbeza, atau adakah wujud ketidak-sehaluan?
Allah tuanku, rajaku, tuhanku; Allah tuan kita, raja kita, tuhan kita semua: sedar dan hayatilah.
Sesungguhnya, tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan;
suka atau redho atau tidak, Allah tetaplah berkuasa sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas,
yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, di samping tetaplah Allah maha mulia;
dan ketahuilah, kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan
derhaka, curang, tidak setia kepada Allah, Dia yang bukanlah sekadar tuhan dan penguasa,
Dia yang tidaklah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan SyurgaNya,
kepada pelampau dan pendusta: subhanallah; walhamdulillah; wallahu akbar.