Berpisah secara baik;
pastinya, aku tidak mahu marah-marah;
hubungan dengan si dia adalah suatu kaji-selidik;
dan entah apa lagi yang aku telah fikirkan ataupun bayangkan.
Atau adakah si dia masih lagi dara, bukan bekas sesiapa?
Kalau perempuan yang tidak jujur sukar untuk disayang dan diterima,
maka apatah lagi perempuan yang tidak setia.
Janganlah syahwat disangkakan cinta;
takkanlah pelampau ataupun pendusta mendapat cinta sejati;
dan cinta sejati, apatah lagi hidayah dan kasih Allah, bukanlah untuk semua.
Berterus-terang dan jujur, bukan berahsia, bukan bermain teka-teki,
bukan main jual mahal mengikut marwah ataupun adat:
begitulah caranya kalau tidak mahukan percintaan dipenuhi
oleh kesakitan ataupun kesukaran;
pastinya, begitulah cara untuk memudah-cepatkan urusan,
tidak menambah susah, tidak menjadikan rumit, tidak menjadikan mustahil;
dan jujur, lebih-lebih lagi adil, adalah nilai murni, maka mesti dipenting-beratkan.
Takkanlah perigi mencari timba, tetapi sedarlah juga, takkanlah lelaki adalah timba,
iaitu tempat untuk dimasukkan air; maka, bukanlah perempuan,
tetapi lelakilah yang patut diumpamakan perigi, iaitu tempat yang ada air.
Marwah, sebagaimana syahwat, tidaklah bijak, juga tidaklah murni,
usahkan taat-setia kepada Allah, usahkan bertaqwa kepada Allah;
malu yang mengikut acuan marwah ataupun adat tidaklah sama nilainya
dengan malu yang berlandaskan kewajaran ataupun kesucian;
dan berpandukan Hadis ataupun Sunnah, begitu juga mengikut Mazhab,
tidaklah sama nilainya dengan berpandukan al Quran, kalamullah.
Beban di jiwa; perasaan di dada; siapa si dia; dan apa-apa lagi:
Allah tahu; Allah maha kaya; Allah maha berkuasa;
semoga Allah melindungi dan membantu.