Kalaulah si dia, sesungguh-sukanya ataupun tidak, ingin berkahwin dengan lelaki lain, sama ada demi marwah ataupun adat, ataupun demi sesuatu yang lain, maka biarlah, dan biarkanlah; yang penting bagiku adalah kepastian: biarlah, aku tidak akan memaksa ataupun mendesak; biarlah, aku juga tidak akan memujuk-rayu; dan si dia seharusnya sudah faham, cukup faham, bahawa aku bukanlah ayam, tetapi singa ataupun kuda, juga bahawa namaku bukanlah Tong Sampah, ataupun Pusat Kitar Semula, ataupun Kembalilah Asalkan Cinta. Hmm, aku letih; dan kalau benarlah bahawa si dia ingin bersuamikan lelaki lain, maka biarkanlah aku menanti, ataupun mencari, walau seramai manapun perempuan lain; dan semoga Allah, Dia, penilai terarif, Dia, hakim terwajar, Dia yang maha berkuasa serta maha kaya, segera menggantikan dengan yang baik ataupun dengan yang lebih baik. Salam.
Hmm, perempuan apakah yang sanggup bersetubuh dengan lelaki yang tidak dicintainya atau bahkan tidak dihormati: adakah special, sungguh istimewa; tidakkah low-class; atau tidakkah rendah tahap kewajarannya? Bagaimana pula dengan ibubapa yang menyuruh supaya berbuat demikian? Dan manusia apakah yang tidak mementingkan cinta serta kejujuran, berbanding marwah dan adat: adakah prihatin, berbanding mementingkan diri sendiri; adakah suci bahkan mulia; tidakkah sombong ataupun tamak, atau bahkan adalah sesat serta biadab tak sedar diri? Hmm, anak-beranak derhaka. Anak-beranak derhaka, biadab: itulah yang tepat ataupun lebih betul, serta yang lebih penting untuk disedari mengenai masyarakat Melayu, berbanding anak derhaka, biadab. Dan menshirikkan Allah, ataupun selain Allah adalah yang disembah, sebenarnya disembah: itulah yang terpenting untuk disedari mengenai penderhakaan Melayu, ataupun mengenai ketidak-sopanan Melayu terhadap Allah, termasuk atau bahkan terutamanya oleh mereka yang dipanggil imam ataupun ustaz ataupun ulama.
Hmm, letih. Banyak yang sudah aku fikir-fikirkan, atau juga jelas-nyatakan. Kalaulah, baginya, ajaran ataupun kata-kata yang telah aku sampaikan itu tidaklah berguna, ataupun tidaklah bermakna apa-apa, maka terima atau tanggunglah padahnya. Dan kalaulah si dia tak reti bahasa, apatah lagi kalau si dia terlalu degil gara-gara marwah ataupun adat, juga janganlah aku dipersalahkan. Hmm, tidakkah bodoh kalau mengambil ataupun menerima sebagai isteri seseorang yang sombong ataupun tidak jujur; dan tidakkah haram kalau aku mengambil ataupun menerima sebagai isteri seseorang yang mempertuhankan Allah, tetapi memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah? Hmm, letih: kalau memberi salam ataupun kemesraan adalah terlalu memalukan ataupun terlalu sukar untuk dia lakukan, maka dia tidaklah harus menanti-nanti kedatanganku; dan kalau berterus-terang serta jujur kepadaku adalah terlalu membebankan, maka dia tidaklah patut mengharapkan sayang apatah lagi kepercayaan dariku. Hmm, manusia apakah yang tidak mementingkan keadilan dan kebenaran dan kejujuran, berbanding marwah ataupun syahwat ataupun kebendaan duniawi ataupun adat: tidakkah pelampau; tidakkah pendusta; dan tidakkah si dangkal yang hebat perasan, bukan hebat betul?
Hmm, letih; aku sudah letih, amat letih, maka biarlah aku berehat; dan aku sudah terluka, amat terluka, maka biarlah aku pulih, sepenuhnya kalau boleh; pastinya, aku tidak mahu marah-marah.