Si ayam jantan mengejar-ngejar si ayam betina: adakah itu kerana cinta; dan begitukah sepatutnya kita dalam hal cinta ataupun kasih-sayang, ataupun dalam hal seks? Si ayam jantan mengejar-ngejar si ayam betina, atau bahkan sanggup bergaduh dengan ayam jantan yang lain: adakah itu akibat ataupun gara-gara cinta, terutamanya cinta sejati; tidakkah itu sebenarnya kerana syahwat, atau juga kerana marwah? Hmm, berita mengenai perkahwinan si dia telahpun aku terima: kalau benar, maka salam; oh Allah, salam; dan semoga Allah segera menggantikan dengan yang baik ataupun dengan yang lebih baik. Macam bisu; macam batu; ataupun macam tunggul kayu: begitulah sikap ataupun pendekatan si dia terhadapku; tidak mesra, juga tidak berterus-terang, atau bahkan si dia sudah pun curang. Sesungguhnya, haramkah, yakni berdosakah kalau si perempuan berterus-terang dan jujur, di samping memberi salam dan kemesraan, kepada si lelaki yang dicintai ataupun disukainya? Malangnya atau tidak, aku adalah singa ataupun kuda, pastinya bukan si jantan yang berkokok; malangnya atau tidak, aku bukanlah bohjan ataupun orang syahwat, juga bukanlah aku si muka tembok ataupun tak tahu malu, di samping bukanlah aku si jantan yang mabuk ataupun pening di buaian marwah; dan malangnya atau tidak, aku tidaklah mahu menjadi tong sampah ataupun tempat kitar semula, terutamanya untuk si dia.
Kalau si dia adalah macam pelacur ataupun macam penari gelek Arab, itu Allah tahu; begitu juga kalau si dia bukanlah perempuan yang cukup sesuai untukku; dan begitu juga kalau si dia bahkan adalah kafir serta mushrik, tidak taat-setia kepada Allah yang konon disembah. Sedarlah, walaupun memakai purdah ataupun serban, ataupun kupiah ataupun songkok, dan walaupun mengucap dua kalimah syahadah serta melakukan solat, seseorang yang sebenarnya menyembah selain Allah tetaplah kafir mushrik, iaitu biadab, amat biadab terhadap Allah, di samping sesat, amat sesat; sedarlah, mushrik adalah najis menurut ayat 28 surah Taubah, maka mushrik adalah hina, tidak suci usahkan mulia; dan walau seramai manapun membantah, tidak rela, tidak lapang dada, Allah tetaplah berkuasa, juga sewajarnya berhak, sebagai rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia. Ilah, bukan rob, adalah tuhan; solat bukanlah sembahyang; dan bukanlah sembahyang namanya kalau tidak menyembah: siapakah yang engkau sembah, sebenarnya; dan siapakah yang sebenarnya disembah oleh si ustaz atau si imam, atau oleh seseorang yang engkau sanjung atau hormat atau sayang?
Kalau ada hamba ataupun abdi maka mestilah juga ada tuannya; abdi dan hamba adalah sama ertinya; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya: maka, engkau adalah hamba ataupun abdi siapa, yakni siapakah tuanmu, atau bahkan rajamu; sebenarnya, siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Dan erti menyembah adalah menghambakan diri; dan raja adalah berhak sebagai tuan: maka, kepada siapakah engkau menyembah, yakni kepada siapakah engkau menghambakan diri; maka, siapakah yang engkau pertuankan, atau bahkan perajakan? Sebenarnya, menyembah Allah, hanya Allah, adalah mentauhidkan Allah, tetapi menyembah siapapun selain Allah adalah menshirikkan Allah; betul, raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya, tetapi tidaklah makhluk patut dipertuankan, apatah lagi hamba diperajakan; dan sedarlah, bahawa kufur, shirik, tidak mentauhidkan Allah, samalah erti atau maknanya dengan derhaka, curang, tidak setia kepada Allah: fahamkanlah, Allah bukanlah sekadar tuhan dan penguasa, juga bukanlah Allah Si Bangang Yang Mabuk Kemarwahan, ataupun Si Bodoh Yang Patut Diajar; fahamkanlah, tidaklah Allah letakkan keadilan dan kebenaran dan kejujuran di bawah telapak kaki siapapun rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa, usahkan di bawah telapak kaki suami; dan fahamkan serta ingatlah, bahawa tidaklah Allah memberi hidayah, maka apatah lagi keredhoan dan kasih dan SyurgaNya, kepada pelampau dan pendusta; subhanallah, walhamdulillah, wallahu akbar.