Ahad, 28 Oktober 2012

Hakikat Dan Perjuangan

Sembah Allah tidak, sebenarnya tidak, tetapi mengaku orang Islam ataupun Kristian; takut sesat padahal sedang sesat, percaya atau bahkan yakin yang bukan-bukan; dan bodoh ataupun salah tak sedar diri: hmm, berdolak-dalih, tidak jujur; mengada-ngada, syok sendiri; dan betapa pengikut Hadis dan Mazhab tidaklah sejajar dengan al Quran, kitab wahyu. Erti menyembah adalah menghambakan diri; kalau ada hamba maka adalah juga tuan; dan raja adalah tuan ke atas yang dikuasainya: maka, siapakah yang engkau sembah, yakni siapakah yang engkau pertuankan atau bahkan perajakan; sebenarnya, imam atau ustaz atau Melayu atau manusia manakah yang menyembah Allah, betul menyembah Allah, bukan cakap bohong, bukan cakap saja; dan imam atau ustaz atau ulama atau paderi manakah yang sanggup untuk mubahalah kepada Allah menentang aku yang mengatakan bahawa sembahyang adalah penghambaan diri, yakni ibadat, bukan solat, dan bahawa yang memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah adalah yang menshirikkan Allah, juga adalah najis, di samping sangatlah sesat serta sangatlah biadab? Apapun, siapakah yang layak untuk mendapat kesedaran serta dilapangkan pula dada untuk menerima; siapakah yang tidak mahu tersalah percaya lalu bersungguh-sungguh dalam menyiasat serta memikir-mikirkan?
       Allah tidaklah memerlukan; dan tidaklah Allah letakkan kebenaran dan keadilan dan kejujuran, apatah lagi hidayah dan keredhoan dan SyurgaNya, di bawah telapak kaki rasulNya, usahkan di bawah telapak kaki ibubapa dan suami: fahamkanlah juga, bahawa hidayah Allah, juga cinta sejati, bukanlah untuk kebanyakan sedangkan kebanyakan tidaklah mementingkan kebenaran dan keadilan dan kesucian dan kejujuran, berbanding marwah dan syahwat dan penampilan dan kebendaan duniawi; Allah tidak bodoh, usahkan bangang, juga tidaklah Allah lemah ataupun zalim. Patut-patutlah; disiplinkanlah diri; dan jadilah pejuang, bukan pelampau, pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif, hakim terbaik, Dia, rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas, yakni tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka: walaupun semua tidak percaya, ataupun tidak mengamalkan, namun sesuatu yang benar ataupun munasabah tidaklah patut diketepikan, juga tidaklah patut diperlekeh; keredhoan, bahkan kasih dan sanjungan siapapun yang tidak setia kepada Allah tidaklah patut dipenting-harapkan; dan arus kesesatan ataupun kebodohan, begitu juga fahaman songsang, yakni fahaman yang bercanggah dengan kewajaran ataupun dengan kebenaran, janganlah diikutkan, usahkan dipertahankan, usahkan diperjuangkan. Kita adalah ciptaan serta hamba milik Allah, Dia yang akbar berbanding semua, Dia yang akbar tiada tandingan: Allah adalah tuanku, rajaku, tuhanku, dan kepadaNya aku menyerah diri; dan Allah adalah tuan kita, raja kita, tuhan kita, dan kepada Allah kita wajib, sangatlah wajib menyerah diri, tidak sombong, usahkan derhaka.