Khamis, 9 Januari 2014

Ajaran Sesat Dan Bohong Sunni @ Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ)

“Hanya Engkau (Allah) adalah yang kami sembah” adalah antara mesej di dalam surah Fatihah: maka, yang tidak menyembah Allah, hanya Allah, adalah yang membohong ataupun membuat pengakuan palsu semasa melakukan solat, iaitu semasa membaca surah Fatihah. Dan “wahai kafir, tidak aku sembah apa yang engkau sembah, dan tidaklah engkau sembah apa yang aku sembah” adalah antara mesej di dalam surah Kafirun: soalnya, siapakah yang si kafir sembah, tetapi siapakah yang si aku sembah? Sedarlah, yang tidak menyembah Allah bukanlah orang Islam; dan yang menyembah selain Allah adalah kafir. “Rob” bukanlah “ilah”. Dan takkanlah Allah bukan tuan ke atas hambaNya, sedangkan kalau ada hamba maka adalah tuan, apatah lagi sedangkan Allah adalah yang paling berkuasa. Dan betapa perlu adalah akal serta kejujuran untuk mendapat kefahaman sebenar dan hidayah Allah.
    Betapa ramainya muslim palsu dan kafir tak sedar diri. Tak mahu terpesong, padahal sedang sesat. Dan betapa ustaz adalah ataupun bagaikan barua murahan syaitan. Yang menyembah selain Allah tidaklah mentauhidkan Allah, serta bukanlah yang mendapat hidayah, tetapi adalah yang sesat, sangat sesat. Dan ingatlah, yang menyembah selain Allah adalah kafir, bukan orang Islam, bukan sebenarnya orang Islam, serta adalah mushrik, iaitu paling biadab terhadap Allah, walau sehebat manapun gelaran dan pengaruhnya. Dalam menilai sesuatu ajaran ataupun kepercayaan ataupun hukuman ataupun undang-undang, fikirkanlah juga siapa yang suka ataupun redho: adakah Allah, atau adakah syaitan? Jadilah seorang yang rasional serta jujur, bukan yang ikut sedap marwah, bukan yang ikut suka hati. Dan jadilah engkau seorang yang baik atau bahkan mulia pada pandangan Allah, Dia, penilai terarif, Dia, satu-satunya tuhan, iaitu “sovereign ruler”, yakni pemerintah yang tidak dikuasai, Dia, penguasa mutlak Syurga dan Neraka yang kepadaNya kita pasti dikembalikan. Marwah, sebagaimana syahwat dan nafsu, adalah sesuatu yang patut dikuasai ataupun dikawal ataupun diketepikan. Mushrik yang mengaku orang Islam, begitu juga munafik yang mengaku orang Islam, adalah lebih menyesat-rosakkan ataupun lebih menjauhkan dari Islam, sebenar Islam, berbanding kafir yang tidak mengaku orang Islam, sebagaimana (imam) Abu Jahal adalah lebih menyesat-rosakkan ataupun lebih menjauhkan dari Islam, sebenar Islam, berbanding seseorang Yahudi ataupun Kristian ataupun Orientalis. Dan yang berikut adalah beberapa ajaran ataupun perkara yang menjauhkan ataupun boleh menghalang seseorang dari berada dalam Islam, sebenar Islam, ataupun dari keredhoan Allah dan SyurgaNya:
1. Hadis adalah kata-kata Nabi Muhammad
2. Masuk Islam adalah dengan mengucap kalimah syahadah
3. Ulama adalah pewaris Nabi
4. Tidak berguru bermakna bergurukan syaitan
5. ASWJ (Ahli Sunnah Wal Jamaah) dipimpin oleh Nabi Muhammad
6. Tidak perlu menyembah Allah untuk berada dalam Islam
7. Tidak perlu menyerah diri (“aslam”) kepada Allah untuk berada dalam Islam
8. Tidak salah kalau memperajakan ataupun mempertuankan selain Allah
9. Tidak wajib ataupun tidak perlu setia kepada Allah
10. “Rob” adalah tuhan, iaitu “god”, bukan tuan, bukan “lord”
11. Solat adalah sembahyang ataupun ibadat ataupun “worship”
12. Rob-binnas, malikin-nas, ila-hinnas bukanlah tuan manusia, raja manusia, tuhan manusia
13. Erti tuhan, sebenar tuhan, adalah sembahan, ataupun bukanlah pemerintah yang tidak dikuasai
14. Menyembah adalah mempertuhankan, bukan mempertuankan, bukan memperajakan
15. Menyembah selain Allah tidaklah shirik, yakni tidaklah menshirikkan Allah
16. Yang menyembah selain Allah tidaklah sangat sesat, juga tidaklah sangat biadab, serta tidaklah najis
17. Menghafaz al Quran adalah suruhan Allah ataupun adalah lebih baik berbanding mentadabbur
18. Marwah patut diikutkan ataupun wajar dipertahankan
19,20,21,22,23,24,25,26... = ????????...
    Kalau ada sesuatu yang salah ataupun kurang tepat, sila buktikan ataupun nyatakan sejelas yang boleh. Dan bagaimana pula halnya dengan pengikut mazhab Syiah ataupun sesuatu kumpulan yang juga mengaku beragamakan Islam? Sedarlah, dan sila sampaikan kepada yang lain, bahawa masuk Islam sebenarnya bukanlah dengan mengucap dua atau berapapun kalimah syahadah. Sesungguhnya, orang Islam yang sebenar semestinya adalah menyembah Allah, hanya Allah, serta menyerah diri kepada Allah. Fahamilah surah Kafirun dan tujuan Allah mencipta jin dan manusia, serta fahamilah takrif sebenar mengenai sembah dan muslim dan tuhan. Sesungguhnya, al Quran, kitab wahyu, kalamullah, adalah sumber Islam dan kewajaran, juga sumber kebenaran, tetapi Hadis adalah sumber bidaah dan kesesatan, juga sumber kezaliman dan kebodohan. Dan tidaklah Islam sempurna ataupun indah, berbanding agama ataupun sistem politik lain, kalau ia tidaklah bercanggah dengan perhambaan, dan dengan pemaksaan dalam agama, dan dengan perkauman, terutamanya, dan dengan kezaliman dan kebodohan dan kepalsuan, amnya. Namun syaitan cukup mampu untuk menghias-indahkan kejahatan dan kebodohan. Hidayah, bahkan kefahaman sebenar, dan begitu juga cinta sejati, bukanlah untuk semua dan sesiapa saja. Perbetulkanlah sikap dan kepercayaan, juga keinginan. Dan sesungguhnya, sebenar ajaran Nabi Muhammad, rasulullah, termasuklah mengenai hadis dan sunnah dan kafir dan sembah dan ulama dan jihad dan rugi dan syafaat dan najis dan kejayaan, adalah sepertimana yang dinyatakan dalam al Quran, kitab wahyu, kalamullah. Ketahuilah sebenar ajaran Allah yang terkandung dalam al Quran. Ikutlah wahyu, yakni terima-pakailah kata-kata ataupun ajaran Allah, Dia yang maha mengetahui, Dia yang maha mulia, Dia yang berkuasa ke atas semua. Dan janganlah menjadi pelampau ataupun pendusta.
    Wahai kafir, hanya Allah adalah sembahan aku, yakni yang aku pertuankan, juga perajakan, bukan sekadar pertuhankan. Oh Allah, tuanku, rajaku, tuhanku, kepadaMu aku menyerah diri; salam, oh Allah, salam: begitulah sikap utama orang Islam yang sebenar, lebih-lebih lagi rasulullah; dan begitulah cara untuk masuk Islam ataupun untuk berada dalam Islam, sebenar Islam. Dan kalau ada abdi maka adalah tuan, oleh itu, mengabdikan diri bermakna mempertuankan. Kalau engkau sembah Nabi Muhammad ataupun sesuatu selain Allah, yakni kalau engkau memperajakan ataupun mempertuankan Nabi Muhammad ataupun sesuatu selain Allah, maka siapakah yang sebenarnya suka ataupun redho, atau bahkan merasa bangga: adakah Allah, atau adakah syaitan? Dan antara ulama ataupun pakar ataupun ustaz yang tidak setuju denganku, siapakah yang berani ataupun sanggup untuk mubahalah kepada Allah menentang aku, bukan sebenarnya ataupun bagaikan lebih sanggup makan taik babi sambil yakin betul? Insaflah.